Business Opportunity

Cara Tulis Entry Blog Yang Memukau Hati Pembaca

Cara Tulis Entry Blog Yang Memukau Hati Pembaca

Untuk kita yang baru nak berjinak-jinak menulis blog memang akan perah otak nak tulis apa, betul tak? Kita tak tahu sama ada apa yang kita tulis tu orang baca ke tak, orang suka ke tak. Kita akan cepat putus asa untuk menulis apabila kita tidak nampak apa-apa hasil. Maklumlah hasil dari blog tu lambat dan makan masa.

Mula-mula Syu pun rasa susah nak menulis entry supaya dapat menjual produk Shaklee. Syu rasa apa yang Syu tulis terlalu formal, tak masuk hati pembaca pun. Syu baca pun rasa bosan.

Syu belajar macam-macam teknik menulis entry blog supaya sampai kepada hati pembaca. Lama-lama rasa seronok menulis.

Apa Yang Perlu Kita Tulis Supaya Dapat Convert Jadi Sale

Dalam menulis blog ada macam-macam teknik penulisan. Syu kongsikan apa yang Syu amalkan dalam menulis entry. Syu rasa cara-cara ini sangat berkesan dalam menarik hati pembaca untuk terus membaca setiap entry.

1. Headline

Tajuk mestilah menonjol sebab itu adalah pandangan pertama pembaca pada entry kita. Kalau mereka rasa tajuk kita menarik, mereka akan tekan dan baca.

Jadi, pemilihan tajuk mestilah catchy dan menarik.

2. Story-telling

Teknik bercerita memang sentiasa memukau hati pembaca. Kita ceritakan kisah dari awal apa masalah yang dihadapi sampailah akhir apa yang berjaya diselesaikan.

Untuk orang yang mempunyai masalah yang sama, mereka mesti nak juga mencuba apa yang kita amalkan supaya masalah mereka juga dapat diselesaikan.

Jadi, sentiasa bercerita apa yang benar dan apa yang betul-betul kita alami supaya kita dapat menerangkan apa yang berlaku kepada bakal pembeli kita.

3. Penyusunan

Cara kita menyusun cerita kita juga memainkan peranan penting untuk memukau pembaca. Janganlah kita campur adukkan cerita kita. Nani orang tak faham apa yang berlaku.

4. Bayangkan kita sebagai pembeli

Apabila kita menulis, kita bayangkan diri kita sebagai pembeli. Kalau ini yang pembeli cari, apa yang membuatkan beliau nak beli produk ini?

Kita letakkan diri kita sebagai pembeli, kita akan dapat tahu apa yang kita nak tulis sebenarnya kerana kita perlu tahu apa yang pembeli nakkan dari kita.

5. Soft selling

Orang tak suka baca entry yang terlalu berfakta sampai mereka tidak faham. Orang tak nak beli sebab fakta-fakta saintifik, tetapi orang membeli sebab mereka percaya produk itu dapat menyelesaikan masalah mereka.

Jadi, janganlah menulis entry yang terlalu hard-selling (nak menjual sangat) tetapi banykkanlah soft-selling, iaitu menjual penyelesaian kepada masalah.

.

Jadi, bagi sesiapa yang baru nak mula membuat blog, bolehlah mulakan dengan teknik ini. Jangan risaukan apa yang kita tulis pada awal ini, kerana penulisan yang baik makan masa. Jafi, tulis sahaja dan teruskan menulis untuk mendapat gaya penulisan kita sendiri yang buat orang tertarik dengan kita.

Dengan kesetiaan pembaca pada kita, lama kelamaan pembaca-pembaca itu akan bertukar kepada pembeli yang setia. In sya Allah.

Love,

Syu Amir

♥️ MDAEmpire ♥️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.