my life

Cara Mudah Nak Rajin Lipat Baju

Tips Untuk Rajin Lipat Baju

Perkara yang paling mak-mak malas nak buat di rumah adalah lipat baju. Sampai berbakul-bakul pun memang tak dilipat. Ada mak-mak yang sampai sediakan satu bilik letak baju tak lipat je. Syu pun tak terkecuali. Memang ada banyak bakul untuk letak baju-baju tak berlipat tu. Macam mana nak buat supaya kita rajin lipat baju eh?

Ada sesetengah orang memang ada tukang lipat baju, tapi kalau kita yang kena lipat baju sendiri, macam mana nak buat? Meh Syu kongsi tips-tips rajin lipat baju.

1. Basuh baju setiap hari

Setiap hari, pastikan kita basuh baju walaupun sikit. Kalau macam Syu yang anak ramai nie, biasanya separuh mesen basuh je. Tapi, still Syu basuh juga. Bila baju yang basuh tu sikit, senanglah nak sidai dan lipat baju-baju tu.

Kalau baju memang sikit je, bolehlah basuh baju tu masa mandi. Jangan tunggu baju kita banyak baru nak basuh.

2. Terus Lipat

Bila dah basuh baju setiap hari, maka sikit je la baju nak lipat kan? Bila dah kering dan angkat baju tu, terus lipat baju tau. Jangan simpan dalam bakul tunggu menimbun baru nak lipat. Kalau macam tu, memang liat la nak lipat.

3. Asingkan Baju-baju Sebelum Lipat

Untuk yang anak ramai, bolehlah asingkan baju mengikut anak dulu. Kita lipat ikut baju anak. Baju anak kecil biasanya malas sikit nak lipat sebab kecil sangat.

Kalau anak yang kecil, kitalah yang lipat. Kalau ada anak dah besar, bagi je bakul suruh diorang lipat sendiri.

Kurang sikit kerja melipat kita kan?

4. Jangan Ada Bakul Banyak-banyak

Bila kita ada bakul banyak-banyak, memang kita akan biar je baju dalam bakul tu. Jangan sediakan tempat langsung untuk baju kita tersadai macam tu je.

Dan jangan sediakan bilik untuk letak baju tak lipat lagi. Lama-lama nanti akan jadi gunung baju tak berlipat. Susah nak cari baju nanti.

5. Gantung je semua baju

Yang ni memang untuk orang yang tak suka lipat baju sangat…hehe… Kita gantung semua baju dan seluar. Lepas tu, kita gantung ikut kategori. Tshirt dengan Tshirt, seluar dengan seluar.

So, yang tinggal kena lipat tu tak banyak dah kan. Cuma perlu lipat kain batik/pelikat dan underwear. Takkan tu pun malas juga kan?

.

Cara-cara nie sangat mudah untuk kita buat kan? Moga lepas nie kita rajinlah lipat baju ye. Senang nak cari baju yang kita nak pakai nanti.

Selamat mencuba 🙂

Love,

Syu Amir

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.