Produk · Set Kurus

Cara Mudah Kuruskan Badan Bagi Yang Bekerjaya

Orang Bekerjaya Pun Boleh Kurus Tau!

Perasan tak, ramai orang yang bekerja, terutamanya yang bekerja di pejabat, yang lebih banyak duduk di kerusi dari bergerak, ramai yang mempunyai badan agak gempal dan perut buncit. Ini adalah biasa di kalangan yang kerja pejabat sebab mereka tidak banyak bergerak.

Lemak-lemak dalam badan tidak dibakar dengan baik, ditambah pula dengan lemak-lemak yang baru masuk dalam badan dek kerana makanan yang berminyak dan tinggi lemak. Tinggi kemungkinan untuk menjadi gemuk. Macam mana nak kurus nie kalau duduk di pejabat sepanjang hari balik rumah pun dah malam?

Jangan risau, di pejabat pun boleh kurus la. Nak atau tak je.

Apa yang boleh buat di pejabat untuk kuruskan badan?

Ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk pastikan kalori kita dapat dibakar juga walaupun kita berada di pajabat.

  1. Naik tangga

Ini senaman paling mudah didapati di pejabat. Kalau kita perlu pergi ke tingkat yang berbeza, selalulah gunakan tangga. Elakkan dari menaiki lif. Lif buat kita statik berdiri, tak membantu kita bergerak pun.

Tangga akan buat kaki kita lebih kuat, di samping kita dapat bersenam untuk singkirkan lemak-lemak jahat dalam badan kita.

2. Pengambilan air masak

Air masak amat membantu untuk kuruskan badan. Air masak akan bantu untuk bakar kalori semasa kita duduk di kerusi.

Selain itu, air masak juga akan bantu untuk kurangkan nafsu kita untuk makan lebih banyak dari yang sepatutnya.

3. Gerakkan kaki

Semasa duduk di kerusi, gerak-gerakkanlah kaki. Ini juga adalah satu bentuk exercise yang dapat bantu bakar kalori.

4. Berjalan

Walaupun kita banyak kerja dan tidak boleh rasanya nak bangun dari kerusi tu, paksa diri juga. Pastikan setiap 45 minit bekerja kita bangun dan berjalan selama 10 minit. Tak kiralah pergi ambil air ke, pergi tandas ke, asalkan kita bangun.

Ianya amat penting untuk meregangkan otot-otot dan juga menggerakkan lemak-lemak yang berkumpul di sekitar pinggang tu. Bila kita jarang bergerak, lemak tu berkumpul je di bahagian pinggang, memang senang la nak buncit.

5. Makan seadanya

Semasa di pejabat, makanlah mengikut masa, bukannya makan setiap masa. Makan sarapan, lunch, jangan tinggal.

Akan tetapi, makanlah ikut portion suku-suku-separuh dan pilihlah lauk yang kurang lemak dan kurang minyak. Minuman pula, pilihlah air masak je. Tak payah la minum air manis.

Lepas makan, make sure jalan perlahan-lahan untuk hadamkan makanan. Bukannya makan dan duduk lepak sampai masa masuk kerja, lepas tu mulalah berlari naik ke pejabat. Senak perut tu nanti.

6. Suplement dan vitamin

Amalkanlah suplement yang sesuai untuk buang lemak dan kuruskan badan. Syu amalkan tips di atas, ditambah dengan SET KURUS Shaklee, memang membantu turunkan 3-4 kg sebulan. Cubalah.

SET KURUS Lengkap Shaklee

Antara vitamin-vitamin Shaklee yang penting dalam proses menguruskan badan ialah:

Vivix

Kandungan resveratrol dalam Vivix ini membantu hati dan otot kita menukarkan kalori kepada tenaga. Ia akan memberi galakan kepada metabolisma badan kita untuk membaiki kadar pembakaran kalori dalam badan.

Lagi banyak kalori dibakar, lagi cepatlah kita boleh kurus.

Lecithin

Lecithin adalah pengemulsi lemak semulajadi yang akan melekat pada lemak-lemak dalam badan kita. Lemak-lemak kita tu akan terapung dan ia tiadak akan melekat pada dingding-dinding membran dan juga keliling organ badan.

Omega Guard

Leptin di dalam Omega Guard akan bertindak mengawal selera makan kita dan bantu membakar lemak-lemak tepu yang lama termendak pada dinding-dinding membran dan organ-organ kita.

Ia juga akan bantu membakar lebih banyak lemak semasa kita bersenam. Jadi, pengambilan Omega Guard sebelum bersenam amatlah digalakkan.

Alfalfa Complex

Alfalfa ialah sejenis herba yang membantu membersihkan segala toksin-toksin dalam badan kita. Ia juga akan membuatkan bdan kita lebih mudah membuang dan menyingkirkan lemak yang terapung tadi.

ESP

ESP akan buat kita kenyang lebih lama dan secara tak langsung, mengurangkan kita makan. Ia akan mencepatkan proses kita untuk kurus.

Cinch Shake

Cinch Shake amat penting bila nak kurus nie. Sebab Cinch Shake mempunyai serat yang tinggi, ia menjadikan kita kenyang lebih lama (sepertimana ESP juga). Tapi, Cinch Shake akan mengurangkan nafsu kita untuk makan, jadi kita akan cepat kurus.

Cinch Shake juga akan bantu untuk melindungi otot kita semasa kita bersenam. Ia akan hanya bakar lemak sahaja, tapi akan melindungi jisim otot kita. jadi, bila minum Cinch Shake, kita tidak akan mudah untuk gemuk semula dengan cepat.

.

Nampak tak mudahnya untuk kurus walaupun kita nie bekerja super sibuk sekali pun? Syu yakin semua orang boleh kurus secara sihat dan selamat.

Selamat mencuba semua 😀

Love,

Syu Amir

Shaklee ID: 1139539

0192198621

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge