Kulit Cantik · Premium Product · Produk · Set Kecantikan · Testimoni · Testimoni Youth Skincare · Youth · Youth Skincare

Cara Memilih Skincare Untuk Mengelak Kulit Breakout Teruk

Tips Pemilihan Skincare Untuk Mengelak Breakout

Penjagaan muka amatlah penting untuk memastikan kulit kita sentiasa cantik dan awet muda. Ini akan meningkatkan keyakinan diri. Orang pandang pun selesa. Nak deal bisnes pun mudah je. Compared to nak berurusan dengan orang yang muka berjerawat, agak-agak mana orang akan pilih?

Salah satu sebab kulit kita mengalami breakout adalah kita tersalah memilih produk muka. Bukan semua produk muka serasi dengan kulit muka kita tau. Lagi-lagi kalau produk yang kita guna tu adalah produk lokal yang tak tau asal usulnya. Jadi, amatlah penting untuk kita tahu cara nak pilih skincare terbaik untuk kulit muka kita tau.

Nak pilih skincare yang macam mana ye?

Bila nak pilih skincare, Syu akan guna kriteria-kriteria ini. Syu memang jenis yang memilih bab set penjagaan muka nie, takut nanti muka tak cantik. Syu tak boleh ada jerawat banyak nie. Rasa tak selesa sangat muka kalau jadi macam tu.

Korang pun gunalah kriteria nie bila pilih skincare ye.

1. Bebas bahan kimia bahaya

Ini adalah yang paling penting sekali. Skincare yang Syu guna mestilah bebas bahan kimia bahaya seperti merkuri dan paraben. Kalau ada bahan kimia bahaya, confirm Syu tak beli.

Kenapa tak boleh guna produk yang tinggi bahan kimia? Sebab ia akan buat kulit kita nipis, mengelupas, dan gatal-gatal. Yang paling tak best, kulit boleh naik jerawat bernanah merah-merah penuh satu muka tau.

Moga sentiasa dilindungi kulit muka kita dari jadi macam tu.

2. Semulajadi dan organik

Syu sentiasa akan pilih bahan semulajadi dan organik walaupun mahal. Mahal tak kisah lagi asalkan mesti berkesan dan melindungi kulit kita.

Kalau guna produk yang merosakkan kulit, memanglah murah dan cantik pada awalnya sahaja, tapi last-last kulit kita rosak teruk. Akhirnya kita still kena labur duit untuk jumpa pakar kulit yang harga ribu-ribu untuk merawat kulit kita.

Kalau macam tu, baiklah Syu labur siap-siap duit untuk produk yang mahal tapi berkesan untuk mencantikkan kulit yang confirm takkan rosakkan kulit Syu.

3. Mempunyai kajian dari saintis syarikat mereka

Setiap produk yang dikeluarkan oleh satu-satu syarikat, mestilah ada saintis yang mengkajinya. Kalau tak, macam mana kita nak tahu produk tu berkesan kan?

Cuba tengok produk yang korang guna tu, ada tak kajian ataupun kilang yang mengeluarkan produk tersebut? Takut-takut produk tu sebenarnya produk timbang kilo yang dibeli di negara jiran dan di pack semula untuk menjadi brand sendiri.

Jangan terpedaya dengan produk timbang kilo tau. Produk timbang kilo memang kesan cepat sebab ianya mengandungi bahan kimia bahaya yang sangat tinggi. Tapi, kalau kita pakai berpanjangan, kulit kita akan rosak teruk.

So, bila nak pilih skincare, pilihlah yang mempunyai syarikat dan mempunyai saintis yang mengkaji setiap produk sebelum ianya dipasarkan.

4. Sesuai untuk semua jenis kulit

Produk skincare yang elok biasanya sesuai dengan semua jenis kulit, dan bukannya untuk sesetengah kulit sahaja.

Lagipun, produk yang sesuai dengan semua jenis kulit nie boleh share-share duit untuk beli. Jimat duit kan?

5. Membaiki dan mencantikkan muka, bukan memudaratkan

Inilah yang kesan paling penting yang kita mahukan. Skincare yang kita pilih mestilah memberi kesan mencantikkan dan memudakan kulit kita, bukannya makin memudaratkan kulit. Tak nak la pakai skincare, tapi kulit masih kusam, masih berjerawat, masih berjeragat bagai kan?

.

Mesti ramai yang fikir, Syu nie mengada je nak pilih skincare pun ada macam-macam kriteria kan?

Eh…mestilah. Muka kita nie satu je. Kalau kita tak jaga seeloknya, mana kita nak letak muka kita kan? Bukan boleh sorok pun muka kita kalau kita keluar rumah (unless pakai purdah ataupun topeng la).

Orang akan nampak muka kita setiap kali kita bertembung dengan orang ramai kan? Orang yang kita kenal mungkin akan faham dan takkan mengata. Tapi, orang yang kita tak kenal? Orang yang mulut laser? Silap hari bulan kita yang kena gelak or kena sindir dengan mereka. Nak ke?

Korang tahu tak, Syu guna skincare yang memang fit all the criteria tau.

Skincare yang Syu guna memang bebas dari lebih 1500 bahan kimia bahaya.

– menggunakan bahan semulajadi dan organik.

– Sesuai dengan semua jenis kulit dan ianya tidak langsung menyumbatkan liang-liang pori muka.

– Skincare ini juga dikaji khas oleh saintis yang memang dah publish beratus-ratus artikel mengenai kajian mereka.

– Dan yang paling penting, skincare ini memang 100% berkesan dalam mencantikkan, memudakan, mencerahkan, dan menganjalkan kulit kita.

Set penjagaan muka yang Syu guna ini tak lain dan tak bukan adalah Youth Skincare dari Shaklee. Sejak guna Youth, memang Syu tak pilih yang lain dah. Youth bantu baiki sel kulit muka Syu dengan baik sekali. Memang nampak berbeza kulit Syu sebelum guna Youth dan selepas 8 bulan menggunakan Youth.

Dan Syu yakin Youth amat berkesan untuk membaiki muka kita, walaupun mengalami breakout yang teruk. Jangn risau, Youth boleh bantu.

Kenapa Syu yakin sangat? Sebab Youth dah bantu baiki muka breakout dari ramai pengguna Youth. Jom tengok gambar testimoni di bawah ini.

Youth Adalah Penyelamat Kulit Breakout!

Di dalam Youth, memang terdapat 5 bahan utama yang amat amat membantu dalam membaiki dan melindungi kulit kita. Bahan-bahan ini membantu dalam membaiki, melembab, merawat, dan mencantikkan kulit kita, malah lebih cantik dari sebelum ini.

Bahan-bahan yang amat berkuasa itu adalah:

– Lotus Japonicus

  • mengaktifkan protein Youth untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin
  • menjadikan kulit kita lebih tegang dan anjal

– Apple Stemcell Extract

  • mempercepatkan pembaharuan sel kulit yang breakout teruk
  • bila sel lebih cepat diperbaharui, maka lebih cepat la kulit kita akan dibaiki dan menjadi lebih cantik

– Schisandra Chinensis

  • memberikan nutrient yang mencukupi untuk kulit kita. Lagi banyak nutrients, lagi cantik kulit kita kerana kulit kita mendapat makanan yang diperlukan untuk cantik

– Anggur Muscadine

  • membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA untuk merawat kulit kita.
  • Sel yang sihat akan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kita untuk merawat kulit kita, dan sel yang sihat akan menghasilkan kulit yang cantik.

– Vital Repair Vitamins And Nutrients

  • Ia adalah kombinasi dari vitamin A, B, C, E yang amat tinggi antioksidan nya untuk melindungi kulit dari dirosakkan.

.

Dengan adanya bahan-bahan ini di dalam Youth, memang tak terkejutlah yang kulit breakout kita mampu dibaiki dengan cepat dan berkesan.

So, janganlah berkira-kira lagi, kulit breakout kita amat perlu dibaiki. Jangan biarkan kulit rosak kita lebih lama lagi.

Jangan jadikan muka kita sebagai bahan sindiran orang. Cantikkan kembali muka kita untuk kita dapatkan semula keyakinan diri untuk lawan semua segala sindiran dan gelakan orang.

Kita berhak dapat wajah yang cantik dan berseri dengan selamat dan semulajadi. Dan Youth adalah harapan anda semua! Boleh nampak perbezaan dalam masa seminggu penggunaan je.

Hubungi Syu di 0192198621 untuk dapatkan Youth Skincare anda segera.

.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Oversea Juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.