Berpantang · Produk

Cara Cuci Luka Jahitan Czer Agar Tidak Dijangkiti Kuman

Bismillah.

Hari nie tetiba Syu teringat pasal luka jahitan czer yang hampir-hampir bernanah suatu ketika dulu. Masa tu memang takut sangat sebab banyak sangat orang cerita luka jahitan terbukak sampai kena jahit semula. Seramnya. Memang mohon sangat dijauhkan dari Syu pun kena alaminya.

3 minggu lepas bersalin, luka jahitan czer tu masih belum kering sepenuhnya. Malah ada bahagian yang masih basah dan kadang-kadang keluar darah lagi. Syu memang cuak setiap kali darah keluar di celah-celah jahitan tu. Setiap kali nampak darah ataupun cecair melekit yang keluar, Syu akan fikr “kalau kena bukak jahitan nie balik macam mana? Takkan nak kena lalui proses kena jahit tu semula?” Fikir pun dah gerun.

So, Syu tanyalah ramai kawan-kawan yang pernah czer macam mana nak buat dengan luka jahitan nie. Apa nak buat untuk keringkan luka yang keluar darah nie?

Kawan Syu ada sorang nie bagi tips nak cuci luka jahitan bersalin nie. Syu ikut cara kawan Syu. Alhamdulillah, setelah beberapa hari, darah yang keluar tu akhirnya kering juga.

So, Syu kongsikan cara mudah untuk cuci luka jahitan czer ini. Syu yakin semua mummy boleh cuci luka sendiri lepas nie.

Cara mudah untuk cuci luka jahitan czer

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Air Garam suam
  • Kapas

Cara-cara cuci:

  • rendam kapas ke dalam air garam suam dan dap-dap sepanjang luka jahitan pembedahan.
  • Lakukan beberapa kali sebab pertama dan kedua kali tu biasanya akan keluar daki-daki yang terdapat disekeliling jahitan tersebut.
  • Anginkan bahagian luka jahitan tersebut dan biarkan ia kering sendiri.
  • Ambil Zinc Complex (ada dalam set berpantang Premium Shaklee) dan hancurkan zinc tersebut menjadi serbuk. Letak serbuk zinc itu di sepanjang tempat jahitan untuk mempercepatkan luka tu kering.

Mummy boleh mencucinya dengan kerap setiap hari. Syu pun cuci 4-5 kali setiap hari. Akhirnya, baik juga tempat luka yang keluar darah tu.

Lepas nie, mummy pun boleh cuci luka sendiri. Senang je kan?

Nanti share dengan Syu tau berkesan ke tak cara nie dengan mummy ye.

Hanya ingin berkongsi,

Syu Amir

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.