Anak-anak · Resepi

Cara-cara Membuat Playdough Paling Mudah Dan Cepat

Resepi Playdough Tahan Lama Yang Senang Je Nak Buat

 

Baru-baru nie anak-anak Syu dapat chicken pox. So, semua tak pergi sekolah sebab kuarantin di rumah. Hari pertama tak pergi sekolah asyiklah tengok youtube. Lama-lama mereka bosan. Syu pun pening anak asyik dengan tablet lama sangat.

 

Untuk kurangkan mereka dari tengok tv je sepanjang hari, Syu pun carilah aktiviti-aktiviti yang boleh anak-anak Syu buat sementara diorang di rumah nie. Dah macam cuti sekolah pulak bila semua ada di rumah..hehe…

Syu pun teringat Basyiirah pernah minta buat playdough. Syu pernah buat playdough dulu-dulu, tapi dah lama sangat tak buat playdough sendiri. So, semalam Syu pun buatlah.

Dalam banyak-banyak resepi playdough yang Syu dah cuba, resepi nie yang paling mudah dan paling cepat. Yang paling penting, tak melekat atas lantai dan tahan lama. 4-6 bulan boleh tahan kalau jaga elok-elok.

Syu kongsikan resepi playdough nie di sini la ye supaya semua mummy pun boleh buat untuk anak-anak tersayang.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung
  • 1/3 cawan garam
  • 2 sudu kecil cream of tartar
  • 1 sudu besar minyak
  • warna kegemaran

Cara-cara:

1. campurkan semua bahan-bahan tadi (kecuali pewarna) dan gaul sebati.

2. Asingkan bahan-bahan tersebut kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna yang disukai.

3. Masak setiap bahagian tadi sehingga menjadi dough.

4. Biarkan sejuk seketika.

5. Uli dough sehingga menjadi licin.

.

Bagi mummy yang baru anak sorang, bolehlah guna cara di atas supaya takde la banyak sangat dough yang terhasil. Tapi, anak Syu semua dah besar-besar, semua pun nak playdough sendiri.

Syu guna satu adunan untuk satu warna. Jadi, semua akan dapat banyak playdough nya. Boleh main puas-puas sampai pengsan..haha..

Anak-anak Syu boleh main playdough berjam-jam sampai tertidur kadang-kadang. Lepas tu bangun tidur sambung main lagi. Memang lupa la pasal tv kalau dah ada playdough nie.

Kebaikan Homemade Playdough

Syu lebih suka buat playdough sendiri berbanding beli playdough di kedai.

  • Lebih murah kita buat sendiri – Bahan-bahan tu baru berapa ringgit je tapi boleh dapat banyak.
  • Tahan lama – Simpan dalam petia ais setiap kali selepas main. Biasanya 4-6 bulan boleh tahan, tapi biasanya playdough anak-anak Syu dah lunyai diorang main sebelum tu lagi…
  • Selamat – kadang-kadang anak kecil nie suka makan playdough. Playdough buat sendiri tak pakai bahan-bahan bahaya pun. Tapi, kalau playdough beli tu, entah apa la bahan yang diorang pakai kan. Walaupun kata ‘selamat untuk kanak-kanak’, tapi kita mana tahu kan.
  • Tak melekit – Playdough yang kita sendiri buat memang tak melekit sebab ada minyak. Lantai mungkin berminyak sikit la bila anak kita main.
  • Tak melekat – Syu paling pantang kalau playdough melekat atas lantai. Memang kena buang la playdough tu nanti.

So, lepas nie mummy pun bolehlah buat playdough sendiri ye untuk mengisi masa lapang anak di rumah.

Selamat mencuba 🙂

Love,

Syu Amir

Work-at-home-mom

4 thoughts on “Cara-cara Membuat Playdough Paling Mudah Dan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.