Badan Bertenaga · Berpantang · Produk

Berpantang Lebih Bertenaga Tanpa Luka Jahitan Yang Menyakitkan

Berpantang lebih bertenaga, Luka Jahitan Pun Cepat Baik

Hari-hari berpantang amat meletihkan ibu yang baru lepas bersalin. Penat meneran, tambah lagi luka jahitan yang banyak tu lagilah menyakitkan. Nak menyusukan anak lagi, stress jaga anak yang lain lagi, semua ini boleh menyebabkan ibu lepas bersalin nie meroyan tau. Rasa nak marah, nak nangis, macam-macam yang bermain dalam fikiran si ibu. Masa tu memang lesu tak bertenaga je rasa.

Ibu-ibu pun pernah rasa begitu kan? Rasa tak bertenaga nak buat apa-apa pun lepas bersalin.

Syu pun pernah rasa macam tu. Tapi, tak pernah la sampai ke tahap depression. Walaupun tak sampai ke tahap tu, tapi banyak tenaga Syu pakai untuk tenangkan fikiran je. Menangis memang menjadi teman masa tu. Anak-anak pun pelik je tengok Syu menangis macam budak-budak.

Post-natal Depression

Ibu yang baru lepas bersalin mempunyai kecenderungan untuk dapat post natal depression. Bila kita rasa kita tak boleh nak handle anak-anak dengan baik, kita akan rasa diri ini sangatlah tak berguna. Kalau kita tak kaawal, memang boleh dapat kemurungan yang berpanjangan. Sampai nak bunuh diri atau nak bunuh anak pun ada tau. Anak menangis tak berhenti pun kita dah rasa nak baling je anak tu. Fikiran macam ini akan mengacau emosi dan kehidupan kita semasa berpantang tu.

Kebiasaannya, kita jadi begini sebab kita terlalu penat, tapi pada masa yang sama kita ada banyak benda kita perlu uruskan.

Apa yang kita boleh buat untuk elakkan depression

1. Janganlah duduk bersendirian semasa kita berpantang tu.

Ajaklah mak atau adik kakak teman kita sampailah kita cukup kuat untuk buat semua kerja sendiri.

2. Rehat secukupnya untuk dapat tenaga semula.

Penat tau lepas meneran nak keluarkan baby kita. Jadi, minta tolonglah orang lain untuk uruskan segala kerja-kerja rumah buat sementara. Jangan paksa diri untuk buat sendiri. Kalau tak de orang yang boleh buatkan, tunggu je la suami balik untuk kemas. Biarkan je rumah tu bersepah kalau kita sendiri tak larat nak kemas.

3. Jangan stress

Jangan stress sebab benda-benda kecil. Kalau anak menangis tak berhenti, letak anak dan tinggalkan anak sebentar sampai kita tenang. Kalau ada orang yang boleh jaga anak kita, minta tolonglah mereka untuk jagakan anak kita.

4. Tidur

Tidur dapat mengurangkan stress dan depression. Tidurlah secukupnya untuk dapat tenaga semula. Bila anak tidur, kita pun tidurlah sama. Janganlah masa anak tidur, kita buat kerja-kerja rumah yang tergendala tu. Tidurlah sebentar, lepas tu barulah bangun untuk siapkan kerja.

5. Bercakap

Ceritalah masalah kita dengan orang lain. Jangan simpan dalam hati. Nanti kita akan stress. Kalau kita sedih, kita cerita. Kalau kita gembira, kita cerita. Benda tu akan buat kita tenang dan gembira.

.

Bila kita bertenang dan cukup rehat, kita akan dapat kembali tenaga dengan cepat. Mesti boleh buat kerja-kerja rumah semula bila kita bertenaga kan? Jadi, banyakkan rehat dulu baru kita boleh fikir benda lain.

Semasa Syu berpantang, alhamdulillah tiada masalah lemah lesu masa berpantang. Badan sentiasa bertenaga dan aktif sentiasa. Tiada langsung masalah-masalah yang biasa ibu berpantang hadapi.

  • Tiada masalah sembelit – mudah je lawas, setiap hari mesti membuang tanpa masalah
  • Tiada masalah sakit pinggang
  • Tiada masalah susu badan kurang – memang meriah dan pekat sangat susu
  • Tiada masalah kulit kusam – berseri-seri je kulit muka walaupun anak dah 4
  • Tiada masalah berat badan bertambah – cepat je kurus lepas bersalin

Ini semua asbab set berpantang Shaklee dan juga Vivix yang Syu amalkan. Suplement berpantang ini amat membantu Syu untuk dapat kembali tenaga dan mengatasi masalah semasa berpantang.

Set berpantang Shaklee sangat penting buat semua ibu berpantang. In sya Allah tiada masalah meroyan dan lemah tak bermaya semasa berpantang. Best sangat.

Tapi, bagi Syu yang super penat dan super tak bertenaga, Syu amat-amat berterima kasih kepada Vivix kerana mengembalikan tenaga dengan cepat. Lepas bersalin, masuk je wad, Vivix yang Syu cari dulu.

Bagaimana Vivix Memeberikan Tenaga Dengan Cepat?

  • memberi tenaga kepada mitochondria, iaitu pusat janakuasa sel. Bila pusat janakuasa sel kita aktif, sel-sel kita akan sihat dan bertenaga. Ia akan buat badan kita bertenaga. Untuk kita yang baru lepas bersalin yang banyak kehilangan tenaga, Vivix akan mempercepatkan kita dapat tenaga.
  • Mempercepatkan pemulihan sel badan kita. Masa bersalin, banyak urat kita putus dan banyak tenaga yang kita gunakan. Jadi, dengan pengambilan Vivix, cepat dapat tenaga semula.
  • Cepat pulihkan luka jahitan ibu baru lepas bersalin. Bila luka jahitan kita cepat baik, takde la asyik terbaring je. Terbaring tu yang buat kita lemah lesu tau.

.

Jadi, untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin, elok sangat-sangat amalkan set berpantang dan juga Vivix ini. Ia akan bantu ibu-ibu mendapat tenaga di samping membaikkan luka jahitan dengan lebih cepat dan berkesan.

Jadi, masa berpantang ibu-ibu akan lebih mudah dan selesa walaupun tiada orang yang dapat bantu kita buat segala kerja rumah dan jaga anak.

Tiada masalah dengan Vivix!

Hubungi Syu di 0192198621 segera untuk dapatkan Vivix dan set berpantang Shaklee hari ini juga.

.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.