Uncategorized

Bagaimana Blog Boleh Bagi Kita Pendapatan 6 Angka?

Blog Mampu Beri Kita Income 6 Angka Dari Jualan Perniagaan

Macam tak logik kan blog boleh bagi kita income sampai 6 angka tapi itulah hakikatnya. Syu tak tipu. Blog memang boleh bagi kita pendapatan jangka panjang, walaupun masa itu kita sedang bersuka ria bercuti bersama keluarga. Tak ke best ada blog yang macam tu kan? Tapi, macam mana blog yang boleh jadi lubuk duit kita?

Syu mempunyai blog syuamir.com yang fokus kepada perniagaan Shaklee sepenuhnya. Apa yang Syu tulis adalah berkaitan dengan Shaklee, sama ada mengenai produk Shaklee ataupun mengenai bisnes Shaklee itu sendiri. Syu akan update blog Syu setiap hari supaya orang mengenali Syu sebagai blogger yang dipercayai.


Apa Yang Perlu Kita Buat Setiap Hari Untuk Jana Pendapatan Dari Blog?


 

Mesra Google

Syu menulis entry setiap hari adalah supaya blog Syu dikenali oleh Google. Penting tau blog kita ini mesra Google supaya entry-entry blog kita akan berada di first page senarai Google search. Bila entry kita berada di first page, ianya mudah ditemui oleh prospek yang mencari barangan yang kita jual itu.

Percaya tak, orang takkan tengok pun senarai yang berada di page 3 dan seterusnya? Jadi, kalau entry kita berada di page 3 dan seterusnya itu, besar kemungkinan takde orang pun yang baca entry kita itu.

Kena usaha supaya blog kita tersenarai dalam muka depan Google Search Engine OK?

Update Selalu

Syu akan update blog selalu. Itu sahaja caranya untuk blog kita dikenali oleh encik Google. Lagi kerap kita update, lagi banyak entry kita berpotensi untuk berada di muka depan Google. Lagi banyak entry berada di muka depan, lagi cepat blog kita ‘disukai’ oleh Google.

Bila dah update, pastikan kita share kepada orang ramai. Kita boleh gunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi. Lagi ramai yang baca, lagi mudah entry kita akan naik di first page. Itu menunjukkan entry kita bermanfaat kepada orang ramai.

Content Bermanfaat

Orang menggunakan google untuk mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Jadi, kita sebagai penjual kenalah menulis entry yang boleh menyelesaikan masalah mereka itu. Contoh, Syu jual Vivix dan Syu nak fokus kepada pesakit kencing manis, Syu akan buat banyak entry mengenai Vivix yang menyelesaikan masalah orang kencing manis ini.

Bila mereka jumpa entry Syu yang menyelesaikan masalah kencing manis mereka, mereka akan tertarik untuk beli dengan Syu.

Jadi, kena fokus kepada penyelesaian masalah, jangan semata-mata nak menjual je. Kita sebagai penjual di blog mesti berfikir cara pembeli. Kita kena fikir apa yang mereka mahukan, barulah mudah untuk kita menulis entry yang bermanfaat kepada prospek.

.

Conclusion

Kandungan bermanfaat adalah perkara paling penting dalam menulis blog. Apabila orang percaya apa yang kita tuliskan, dan ianya menepati apa yang mereka mahukan, mesti mereka akan membeli dengan kita. Masa itu mulalah perjalanan bisnes buat duit dari blog.

Macam mana nak tulis entry yang mempunyai content yang bermanfaat? Nanti kita cerita dalam entry akan datang.

Pastikan blog kita sentiasa di-update supaya prospek tahu yang kita betul-betul komited dalam mengembangkan bisnes melalui blog ye.

.

Nak mulakan lubuk emas 6 angka dengan Syu? Hubungi Syu segera. Syu akan ajar cara-cara nak mulakan.

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge