Berpantang · Produk

Atasi Luka Jahitan Bersalin Dalam Masa Seminggu

Cara Pulihkan Luka Bersalin Dengan Cepat

Bila kita fikirkan nak kena jahit lepas bersalin, memang akan buat kita trauma dan fikir berkali-kali untuk bersalin lagi. Luka jahitan lepas bersalin bukannya muda untuk pulih kalau kita sendiri tak jaga dengan betul. Ada yang sampai berminggu-minggu pun masih terasa ngilu tempat yang dijahit itu. Takut kan?

Syu tahu mengandung dan bersalin memang perkara paling dinanti oleh wanita, tapi bab nak kena jahit hidup-hidup bahagian yang koyak tu memang mengerikan. Tapi, Syu ada cara untuk pulihkan luka jahitan bersalin tu dalam masa seminggu je.

Betul ke boleh baik dalam masa seminggu?

Syu pernah alami luka jahitan yang lambat sembuh masa bersalinkan anak sulung. 2 minggu pun masih tak baik juga. Nak jalan susah, nak duduk susah, nak menyusukan anak susah, nak baring pun susah. Masa tu memang taubat tak nak bersalin lagi dah. Cukuplah seorang tu je.

Tapi, masa bersalin anak ke 2 Syu risau sangat kalau kena jahit banyak. Memang pun. Berkali-kali kena jahit. Ada part yang doktor pelatih tu buka balik jahitannya sebab katanya tak kemas. Redha je la, nak buat macam mana kan?

Tapi, yang peliknya, kali nie luka jahitan Syu cepat je baik. Takde masalah langsung. Masa nurse datang rumah check di hari ke 5, luka Syu memang dah kering. Nurse pun pelik juga la. Syu memang bersyukur sangat-sangat. Takde masalah langsung berpantang anak kedua.

Tips mengeringkan luka jahitan bersalin dengan cepat dan berkesan

Masa bersalin dan berpantang anak kedua, Syu memang takde masalah langsung. Memang bersyukur sangat-sangat. Ye la, kalau tak larat, macam mana la nak jaga Zuhayr yang sedang lasak dan membesar kan?

Dalam masa 3 hari je Syu dah bertenaga untuk bangun dan menguruskan anak dan keluarga macam biasa. Takde lagi duduk je macam orang letih bekerja sepanjang hari. Luka jahitan memang tak memberi masalah langsung pada Syu kali nie. Memang cepat je kering.

Syu kongsikan tips untuk pastikan luka jahitan cepat kering dalam masa lebih kurang seminggu sahaja.

1. Pastikan bahagian jahitan sentiasa kering

Setiap kali lepas buang air, lap kering-kering tempat jahitan itu. Gunakan kain tuala yang menyerap dan tekap pada bahagian jahitan dengan lembut sehingga kering.

2. Sapu ubat

Pihak hospital akan bagi kita ubat kuning antiseptik tu sebelum kita balik. Sapu ubat tu setiap kali selepas ke tandas. Kalau tak cukup sebotol, minta suami beli lagi. Syu biasanya pun pakai 2 botol juga la untuk seminggu tu. Ada masa Syu tuang je ubat tu pada bahagian jahitan tu.

3. Salin pad dengan kerap

Darah nifas kita memang banyak kan masa awal-awal bersalin. Jadi, pastikan tukar pad kita dengan kerap untuk elakkan jangkitan dan juga melambatkan jahitan tu sembuh.

4. Banyakkan berehat

Jangan banyak bergerak sebab pergerakan kita boleh buat luka lambat sembuh. Minta tolonglah dengan sesiapa sahaja untuk membantu kita semasa berpantang.

Kalau terpaksa buat sendiri pun, jangan lasak sangat. Buat kerja perlahan-lahan.

5. Pengambilan set berpantang 

Suplement berpantang memang amat membantu Syu dalam mengeringkan luka jahitan selepas bersalin. Inilah perbezaan ketara antara berpantang anak sulung dan berpantang anak no. 2 nie.

Set Berpantang Shaklee Sangat Berkesan Mengurangkan Masalah Semasa Berpantang

Syu amalkan set berpantang Shaklee semasa tempoh berpantang anak kedua, sehinggalah menyusukan anak sampai umur 2 tahun.

Dalam set berpantang Shaklee ini terdapat pelbagai vitamin yang amat membantu untuk mengeringkan luka jahitan. Set ini juga mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi ibu baru bersalin seperti:

  • sembelit
  • sakit-sakit pinggang
  • susu cair dan sikit je
  • lemah tak bermaya
  • kulit kusam
  • selalu lapar
  • Gemuk

Dalam Set Berpantang Shaklee ini, terdapat beberapa jenis vitamin seperti:

  • ESP
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Bcomplex
  • Vitalea
  • Omega Guard
  • Alfalfa Complex

Masa berpantang anak kedua, asbab mengamalkan set berpantang Shaklee ini, masalah-masalah di atas memang takde langsung.

– Syu langsung tak mengalami sembelit. Mungkin itupun faktor yang menyebabkan luka jahitan cepat sembuh. 

– Syu langsung takde masalah letih walaupun terpaksa menjaga anak sulung yang aktif masa tu. Boleh je uruskan anak sulung walaupun tengah berpantang masa tu.

– Syu takde langsung masalah sakit-sakit pinggang dan tak cukup tidur walaupun kerap bangun malam untuk susukan anak.

– kulit muka cantik je walaupun baru lepas bersalin. Berseri je muka.

– Berat badan Syu cepat je turun ke berat normal sebelum mengandung dalam masa kurang dari 6 bulan. 

– Syu takde langsung masalah susu kurang atau susu cair sepanjang tempoh berpantang. Susu sangat pekat dan berlebih-lebih sampai bengkak susu jadinya. 

.

Jadi, bagi mummy-mummy yang lain yang bakal bersalin, sediakanlah set berpantang Shaklee ini siap-siap kerana ia amat membantu proses berpantang dan juga selepas berpantang anda semua. Jangan risau, ia amatlah jimat sebab lepas berpantang pun kita masih lagi boleh mengamalkan suplement yang sama. Tak de la membazir, betul tak?

Jangan tunggu lama, takut nanti trauma berpanjangan sebab luka jahitan bersalin tu lambat sembuh. Takut trauma sembelit datang lagi nanti. Sediakan set berpantang Shaklee ini dan segala masalah semasa berpantang akan selesai dengan izinNya.

Hubungi Syu segera di 0192198621 untuk dapatkan set berpantang premium Shaklee anda hari ini juga.

.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.