Produk · Set Kecantikan

Atasi Kulit Muka Yang Rosak Teruk Dengan Selamat Tanpa Bahan Kimia Bahaya

Tips Untuk Cantik Secara Selamat, Menggunakan Produk Organik Terbaik

Semua orang mesti mahukan kulit yang cantik dan awet muda kan? Wanita mahupun lelaki mesti nak nampak cantik dan tampan dengan kulit licin bersih tanpa jerawat dan jeragat. Jangan tak tahu ye, lelaki zaman sekarang ramai yang metroseksual tau, semua pun mementingkan penampilan.

Sebab itu semua orang suka nak mencuba pelbagai petua mahupun produk, asalkan dapat kulit yang cantik licin tanpa jerawat dan parutnya dengan cepat. Orang suruh cuba apa pun, dia cuba. Orang suruh beli produk itu ini, dia takkan ketinggalan juga. Orang cakap produk ini bagus, sapu-sapu terus putih, dia pun akan beli juga. Akhirnya, rosaklah kulit kita akibat salah guna produk.

Menangis tak berlagu la kita masa tu.

Krim yang cepat putih rupanya penuh bahan kimia bahaya.

Pil yang dikatakan selamat rupanya hanyalah produk timbang kilo je. Campur itu sikit, campur ini sikit, buat pil dan cakap ianya adalah pil dari bahan semulajadi dan organik.

Salah kita sebab cepat sangat percaya cakap orang.

Salah kita sebab kita nakkan kulit cantik dengan cepat tanpa fikir side effectnya.

Yang menjadi mangsa adalah kulit kita.

Kulit kita last-last jadi:

  • kemerahan dan pedih akibat kulit semakin nipis
  • jadi sensitif, tak boleh kena panas sikit nampak macam udang kena bakar.
  • jerawat batu penuh muka. Siap pakej menanah lagi.
  • tona jadi tak sekata
  • jeragat keluar banyak, sampai nampak macam satu tompok hitam pada kulit. Malunya
  • pori-pori jadi besar

Basically, kulit kita bukan setakat tak cantik, malah lebih hodoh dari sebelumnya. Padahlah sebab kita yang tak reti nak bersabar.

Disebabkan kulit yang rosak teruk, kita jadi malu nak jumpa orang sebab takut orang gelak tengok muka kita yang bertompok-tompok jerawat. Kita jadi tak yakin langsung nak berdepan dengan orang ramai. Rasa nak menyorok bawah katil je.

.

Bagaimana Nak Baiki Muka Yang Rosak Teruk Sekarang Nie?

Janganlah risau. Kulit yang breakout teruk mana pun masih boleh dibaiki. Cuma kita perlu gunakan cara yang betul untuk memastikan kulit kita dirawat sebaiknya.

Apa yang perlu kita lakukan?

1. Pemakanan

Benda pertama kita kena buat adalah jaga apa yang kita makan. Makanan yang masuk dalam badan kita mestilah membantu untuk membaiki sel-sel badan kita, bukannya jadikannya bertambah teruk.

Antara makanan yang penting untuk membaiki sel-sel badan kita mestilah yang kaya dengan Vitamin C kerana Vitamin C bantu cepatkan proses penyembuhan sel-sel yang rosak. Vitamin C akan cepat kecutkan jerawat yang bernanah tu.

Kita juga perlukan makanan yang tinggi protein supaya dapat membaiki tisu yang rosak. Ia penting untuk membaiki pigmentasi pada kulit kita dan juga akan mengurangkan kesan parut jerawat pada kulit kita.

2. Air Kosong

Minum air kosong dengan banyak setiap hari. Pastikan kita minum 1 liter air bagi setiap 25 kg berat badan kita ye.

Air kosong ini penting untuk bantu kita menyingkirkan toksin-toksin yang banyak dalam badan kita.

3. Detoks

Detoks juga amat penting bagi orang yang mempunyai masalah breakout yang teruk. Kita WAJIB singkirkan toksin sebelum kulit kita boleh cantik dengan semulajadi. Jadi detoks adalah cara terbaik untuk buang toksin bahaya itu.

Ada macam-macam detoks yang kita boleh ikut, tapi pilih yang bersesuaian dengan diri kita ye.

4. Berjumpa Pakar Kulit

Bagi yang berkemampuan, bolehlah jumpa pakar kulit untuk meminta nasihat apa yang perlu dilakukan. Dan doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk masalah kita. Tapi, kosnya agak mahal la sebab kita perlu pergi berkali-kali dan tak semestinya berkesan untuk kita.

5. Skincare Organik

Apabila kita memilih set penjagaan muka, pilihlah yang terbukti berkesan untuk merawat kulit yang rosak. Pilih juga yang organik, tanpa bahan kimia bahaya dan yang paling penting selamat untuk kulit kita.

6. Vitamin Dan Suplement

Selain dari menjaga makan yang elok, kita juga memerlukan suplement dan vitamin untuk membaiki sel-sel kulit kita yang rosak.

Dengan bantuan suplement dan vitamin, ia akan mempercepatkan proses penyembuhan kulit kita untuk kembali cantik seperti sedia kala.

.

Ramai dari kita mesti takut nak mencuba produk baru selepas salah ambil produk dulu kan? Takut nanti kulit bertambah teruk dari sekarang.

Tapi, produk Shaklee adalah produk terbaik yang menjamin bahan-bahan yang digunakan adalah selamat, tanpa sebarang bahan kimia bahaya. Setiap bahan yang nak digunakan pun WAJIB melalui lebih daripada 350 ujian untuk memastikan yang bahan tersebut bebas dari bahan kimia bahaya.

So, janganlah was-was pada produk Shaklee. Yakinlah yang suplement dan skincare Shaklee mampu membuat kulit kita kembali berseri-seri, malah lebih awet muda dari sebelum nie.

Set Kulit Shaklee – Membaiki Kulit Yang Rosak Dari Dalam

Untuk membaiki kulit kita yang breakout teruk, kita perlu baikinya dari dalam lagi. Kita perlu buang toksin dan bahan kimia bahaya yang dah menyerap masuk ke dalam sel-sel kulit kita. Apabila dah bersih segala toksin, kulit kita akan bertambah baik dan bertambah cantik, percayalah.

Tapi, kita WAJIB bersabar sebab ia makan masa, bergantung kepada berapa banyak toksin yang ada, which kita tak tahu pun kan..hehe..

Untuk permulaan membaiki wajah kita yang breakout, kita memerlukan:

1. Vivix

Vivix amat penting untuk membaiki sel-sel kulit kita. Ia akan baiki sel-sel kita hingga ke peringkat DNA lagi. Bila sel kita sihat, ia mampu untuk melawan bakteria yang menyebabkan jerawat di samping membaiki parut jerawat yang ada di muka kita.

Vivix mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi untuk membaiki sel kulit kita. Selain itu, anggur muscadine mempunyai sifat anti-penuaan, jadi Vivix akan jadikan kulit kita awet muda, semuda 25 tahun dari usia sebenar.

2. ESP

ESP adalah sumber protein soya yang sangat penting dalam membaiki luka dan tisu yang rosak, dan akan membaiki pigmentasi kulit kita. ESP juga akan bantu mencerahkan dan melicinkan kulit kita.

Dengan ESP, jerawat batu dan nanah itu akan dapat dipulihkan dengan lebih cepat.

3. Vitamin C

Sustained-release Vitamin C amat membantu dalam membaiki luka dengan lebih cepat. Ia akan kecutkan jerawat tanpa meninggalkan kesan dan parut.

Tapi, perlu diingat, Vitamin C akan mengeluarkan segala toksin yang ada di dalam badan kita. Jadi, semasa proses membaikpulih muka kita ini, ada kemungkinan untuk jerawat naik lagi banyak dari biasa. Ini kerana itu adalah salah satu cara toksin dikeluarkan.

Tapi, jangan riau, ia cuma sementara sahaja. Apabila toksin dah habis dinyahkan, kulit kita akan licin berseri tanpa parut jerawat lagi.

4. Youth Skincare

Selain dari pembaikan dalaman, kita memerlukan juga pembaikan dari luar. Ia akan melindungi sel-sel kulit dari rosak kembali, dek kerana pencemaran, kotoran, dan sinaran UV.

Jadi, Youth adalah skincare organik terbaik yang takkan ada di mana-mana. Hanya di Shaklee.

Youth Skincare akan membaiki, melembab, melindungi, dan menjadikan kulit wajah kita lebih muda dari umur kita.

Youth mampu menyelesaikan masalah kulit muka kita dengan cepat, seawal 7 hari sahaja walaupun produk ini adalah 100% berasaskan tumbuhan.

Dengan Youth,

  • tiada lagi jerawat dan parut jerawat
  • tona kulit makin sekata
  • tiada lagi jeragat
  • kulit berminyak pun takde dah
  • liang pori mengecil
  • kulit bertambah licin dan berseri-seri
  • menjadikan kulit kita lebih muda dari umur kita

.

Jadi, jangan takut nak cuba produk Shaklee. Inilah produk terbaik untuk baiki kulit muka kita yang rosak teruk akibat dari salah guna produk.

Inilah harapan terakhir untuk kita kembali cantik secara semulajadi dan selamat.

Dan inilah juga harapan terakhir kita untuk kembali yakin untuk berdepan dengan orang ramai tanpa ada rasa malu dan takut.

Hubungi Syu segera untuk mendapatkan Set Kecantikan ini. Call/Whatssap je nombor 0192198621.

Jangan tunggu lama-lama, jangan fikir lama-lama. Kulit muka yang teruk tu perlu dibaiki segera.

Dengan Set Kecantikan Shaklee, kita berhak cantik!

.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

2 thoughts on “Atasi Kulit Muka Yang Rosak Teruk Dengan Selamat Tanpa Bahan Kimia Bahaya

  1. Nak cantik kena sabar. Betullah kalau ambil krim yang dapat putihkan kulit seawal 3 hari mesti Ada bahan kimia berbahaya tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.