About

 

Noor Syuhada Amir Hassan, atau lebih mesra dengan panggilan Syu hanyalah seorang ummi yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga. Bekerja sebagai seorang guru di MRSM di Johor Bahru, Syu juga mengharapkan kejayaan yang terbaik untuk para pelajar.

Syu mempunyai 4 orang anak-anak lasak dan aktif. Seorang hero, dan 3 orang puteri-puteri comel dan cantik. Syu juga seorang isteri kepada doktor yang sibuk dalam bidang kerjanya.

Syu suka semua perkara mengenai parenting. Pada Syu, ia adalah penting untuk Syu memahami anak-anak Syu yang berlainan kerenah dan perangainya.

Selain itu, Syu suka ilmu-ilmu berkaitan kehamilan, berpantang, bersalin dan juga penyusuan. Banyak yang Syu boleh bantu ibu-ibu lain apabila Syu mempunyai ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan.

Sekarang ini, Syu sedang belajar selok-belok perniagaan online. Syu nak jana pendapatan secara atas talian, dan Syu nak bantu orang-orang lain menjana pendapatan online juga. Best tau buat bisnes atas talian ini. Pergi bercuti bersama keluarga pun, bisnes tetap jalan, barang tetap ada yang beli. Siapa nak Syu ajar, PM tepi ye.

Paling penting sekali, Syu nak membantu orang ramai meningkatkan taraf kesihatan masing-masing. Syu nak bantu orang lebih sihat dengan asbab Shaklee. Syu pengamal Shaklee, Syu kongsikan kebaikan Shaklee dan atas sebab itu, Syu jual produk Shaklee.

Simple je kan hidup Syu? Salam perkenalan Syu ucapkan kepada semua pembaca dan followers blogsyuamir.com. Jangan segan-segan bertegur sapa dengan Syu ye.

Whatssap je di 019 219 8621.

Follow fb Syu Amir dan private message Syu di Facebook.

jangan lupa follow juga Instagram Syu di vitamin.shaklee_bysyuamir 🙂