Darah Tinggi · Produk

8 Risiko Bahaya Apabila Kita Menghidapi Darah Tinggi

Risiko-rosiko yang Terpaksa Kita Hadapi Apabila Menghidapi Darah Tinggi

Perasan tak sekarang ini ramai yang ada penyakit darah tinggi. Bukan setakat yang tua je ada penyakit ini, tapi yang muda-muda pun ramai yang mendapat tekanan darah tinggi ini. Gerun tau bila tahu yang muda pun boleh ada tekanan darah tinggi.

Cuba bayangkan umur 20-30an dah ada darah tinggi, apa pula la penyakit kronik yang mereka boleh hidapi apabila semakin berusia nanti kan? Tahu tak, bila kita ada penyakit tekanan darah tinggi ini, kita sebenarnya terdedah kepada pelbagai lagi penyakit kronik yang lain. Semuanya bermula dengan tekanan darah tinggi.

Punca Darah Tinggi

Darah tinggi ini boleh terjadi dengan macam-macam faktor. Antaranya:

1. Pemakanan yang tinggi garam dan lemak

2. Kurang bersenam

3. Kurang air

4. Stress

5. Merokok

6. Gemuk atau obes

7. Alkohol yang berlebihan

8. Genetik dan keturunan

.

Apabila kita melakukan perkara-perkara seperti di atas, kita memang berisiko untuk dapat tekanan darah tinggi. Masa itu, kita mungkin akan kerap:

  • sakit kepala
  • sesak nafas
  • mual dan muntah
  • Pandangan kita menjadi kabur
  • Hidung berdarah
  • Kebas-kebas tangan dan kaki

Apabila kita kerap rasa sebegini, pergilah berjumpa dengan doktor untuk minta pendapat dan pengesahan mengenai penyakit kita ini. Dan, kita wajib turunkan tekanan darah kita ke paras yang normal untuk mengelakkan penyakit lain dari terjadi pada kita.

8 Komplikasi Bahaya Akibat Tekanan Darah Tinggi

Akibat dari tekanan darah tinggi, kita boleh dapat penyakit lain yang lebih bahaya lagi, dan komplikasi-komplikasi penyakit ini boleh membawa maut tau. Jadi, hati-hatilah dan ambil berat lah mengenai penyakit yang kita ada sekarang ini supaya tidak bertambah teruk.

Antara risiko-risiko yang kita mungkin akan dapat adalah:

1. Kerosakan pada salur darah

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada dinding salur darah kita. Ia akan buat dinding salur darah kita jadi keras dan tebal (arteriosclerosis).

Pada masa yang sama, apabila lemak-lemak dari makanan yang kita makan melalui salur darah yang rosak itu, ia boleh menjadikan salur darah bertambah sempit (atherosclorisis) dan ini akan menyebabkan darah susah nak lalu. Jadi, bekalan oksigen dan nutrient juga akan susah nak sampai pada organ-organ penting dalam badan kita.

Aneurysm – apabila dinding saur darah kita semakin rosak dan lemah, ia akan membentuk satu lapisan dinding baru yang kurang stabil dan nipis. Dinding salur darah inilah yang dipanggil aneurysm dan ianya mudah pecah. Jika pecah, ia akan menyebabkan pendarahan dan boleh bawa maut.

2. Kerosakan jantung

Salur darah yang sempit akan mengakibatkan bekalan darah kurang sampai pada jantung kita. Salur darah yang sedia sempit ini akan tertutup terus apabila lemak yang melalui salur darah itu tersumbat dan termendak di situ ataupun terdapat darah beku di dalam salur darah tersebut. Ini boleh menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba dan kalau lambat mendapat rawatan, ia boleh membawa kematian.

Selain dari itu, jantung kita juga boleh jadi bengkak apabila bekalan darah berkurangan. Ini kerana jantung kita terpaksa bekerja keras untuk terus mengepam darah dengan lebih cepat dan lebih laju.

Dinding jantung kita akan bertambah lemah dan kurang efisyen apabila kerap bekerja keras. Lama-lama, jantung kita boleh berhenti terus dari berfungsi.

3. Kerosakan pada otak

Akibat dari kekurangan bekalan darah ke otak, pesakit darah tinggi boleh mengalami stroke ataupun lebih dikenali dengan angin ahmar.

4. Kerosakan buah pinggang

Buah pinggang berfungsi untuk menapis air dan toksin di dalam badan kita dan buah pinggang kita sangat bergantung pada salur darah yang sihat dan dapat berfungsi dengan baik.

Tapi, jika salur darah kita rosak, buah pinggang tidak dapat menapis dengan baik, Air dan toksin akan berkumpul di dalam badan kita. Sebab itulah terjadinya pesakit yang terpaksa kena dylisis sepanjang hidup akibat dari kerosakan buah pinggang.

5. Kerosakan mata

Tekanan darah yang tinggi boleh merosakkan salur darah pada mata terutamanya retina. Jika ini berlaku, ia boleh mengakibatkan pendarahan, mata menjadi kabur dan seterusnya boleh jadi buta.

Kenapa sampai buta? Sebab apabila kurang aliran darah ke bahagian mata, saraf-saraf juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebab tu la boleh hilang penglihatan jika kita tidak kawal tekanan darah kita.

6. Kegagalan fungsi seksual individu

Seperti kes organ yang lain, samalah juga dengan organ seksual individu tersebut. Akibat dari bekalan oksigen dan nutrient yang tidak mencukupi kepada organ seksual, ia akan buatkan organ seksual kita gagal berfungsi dengan baik.

7. Tulang jadi rapuh

Tekanan darah tinggi boleh meningkatkan pengeluaran kalsium melalui air kencing. Ia akan mengurangkan kekuatan jisim tulang kita dan menyebabkan osteoporosis.

8. Preeclampsia

Bagi ibu mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, ia boleh menyebabkan sawan (preeclampsia) kepada ibu yang hamil. Ini boleh membahayakan nyawa ibu dan juga nyawa kandungannya.

.

Daripada yang Syu terangkan ini, kita boleh nampak kan betapa bahayanya tekanan darah tinggi ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit bahaya yang lain yang boleh bawa kepada kematian.

Jadi, kawallah tekanan darah kita agar kita tidak terdedah kepada risiko dan komplikasi sebegini. Amalkanlah gaya hidup sihat agar kita mampu untuk mencegah daripada penyakit-penyakit kronik ini.


Turunkan Tekanan Darah Tinggi Ke Paras Normal Dengan Mudah!


Jagalah kesihatan kita dengan baik. Jangan sesekali abaikan kesihatan walau macam mana sibuk sekali pun. Baiklah kita cegah sebelum ianya menjadi lebih parah.

Ingat, nyawa kita cumalah satu. Jaganya sebaik mungkin.

Love,

Syu Amir

Pencinta Suplement Semulajadi

0192198621

2 thoughts on “8 Risiko Bahaya Apabila Kita Menghidapi Darah Tinggi

    1. yup..terkejut kan muda pun boleh ada penyakit bahaya nie…

      nampak sangat gaya hidup sekarang tak bagus…haha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.