Cuci Usus · Detoks · Produk

8 Kebaikan Detoks Yang Wajib Kita Tahu

Kenapa Wajib Detoks?

Tahu tak, semua benda yang kita makan setiap hari akan menyebabkan toksin berkumpul dalam badan kita. Apabila kita tak buat apa-apa, toksin ini akan semakin bertambah banyak dan ia akan membuatkan badan kita lemah dan terdedah kepada pelbagai penyakit.

Jadi, kita wajib detoks badan sselalu. Kenapa? Sebab detoks merupakan proses menyingkirkan toksin dari badan kita, tak kiralah dengan cara peluh mahupun air kencing.

Syu tahu ramai yang fikir bahawa badan kita mempunyai organ-organ yang boleh menyahtoksinkan segala macam bahan kumuhan berlebihan dalam badan kita. Tapi, kalau dah banyak sangat, organ kita pun tidak boleh nak jalankan kerja mereka dengan efektif.

So, kita kena juga selalu detoks badan kita ye. Jangan risau la, tak lama pun proses detoks nie. Seminggu je untuk satu-satu sesi detoks.

8 Kebaikan Detoks Yang Kita Wajib Tahu

Ada beberapa kebaikan detoks yang kita perlu tahu. Ye la, kalau dah tahu, mesti kita lagi semangat nak berdetoks kan? Jom Syu terangkan.

1. Kuruskan Badan

Tahu tak, bila kita detoks, kita mampu untuk turunkan berat badan dengan lebih berkesan dan lebih cepat?

Betul, Syu tak tipu. Ini sebab toksin yang banyak dalam badan akan menyebabkan badan kita susah nak bakar lemak dan kalori.

Macam mana pula tu kan? Sebab toksin dah melekat pada ‘mesin’ pengeluar lemak kita. Jadi, mesin ini akan mula keluarkan lemak yang berlebihan.

Dah la lemak susah nak dibakar sebab banyak toksin, lepas tu banyak pula lemak yang dihasilkan lagi. Lemak tu terkumpul je la dalam badan kita. Sebab tu la boleh gemuk.

Untuk kurus, kita kena buang toksin yang melekat tu supaya tiada lemak berlebihan yang akan dihasilkan oleh mesin pengeluar lemak badan kita dan juga supaya lemak-lemak jahat dalam badan boleh disingkirkan. Faham tak?

2. Kebersihan Usus

Kebanyakan kita suka makan makanan yang tak berkhasiat sekarang nie, seperti processed food dan juga fast food kerana ia memudahkan kerja kita dan ianya boleh disediakan dengan cepat.

Tapi, sisa makanan tu akan melekat di dinding usus kita kalau kita tak selalu bersihkan. Makin lama makin banyak. Lama kelamaan, usus kita akan berkerak. Bila jadi macam nie, kita senang nak kena sembelit dan juga senak perut.

Apabila kita berdetoks, kita akan buat usus kita bertambah bersih dari kerak-kerak yang melekat, menjadikan sistem penghadaman kita bertambah baik. Dan sekaligus menjadikan usus kita berfungsi dengan bagus untuk menyingkirkan sisa buangan yang bahaya.

3. Beri Tenaga

Selalu rasa letih dan lesu je tak walaupun tak buat kerja berat pun masa tu?

Salah satu sebab adalah toksin yang tinggi. Kita akan cepat penat sebab kadar metabolisma kita bertambah rendah disebabkan toksin tersebut.

Organ badan kita pun akan penat apabila perlu menyingkirkan terlalu banyak toksin.

Jadi, kita wajib buang toksin supaya badan kita lebih bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti harian dengan baik.

4. Mengurangkan ‘Craving’

Orang yang tinggi toksin selalunya mengidamkan makan junk food dan juga makanan manis. Memang kadang-kadang tak boleh nak kawal ‘craving’ nie.

Toksin akan menyebabkan otak kita beri signal untuk makan benda yang merapu dan tidak berkhasiat.

Tapi, bila kita dah detoks, badan pun dah bertambah sihat, otak kita akan menyukai makanan yang sihat juga. Otak akan beri signal untuk makan makanan yang sihat sahaja.

5. Kulit Cantik

Sama ada kulit kita cantik ataupun tak bergantung kepada dalaman kita bagus atau tak juga. Kalau dalaman kita tak cantik, ia akan memberi kesan kepada luaran kita.

Toksin akan buat kulit kita tak berseri, tapi dengan berdetoks, kulit kita akan bertambah cantik.

Macam mana? Toksin yang terkumpul dalam badan kita akan berkumpul di lapisan bawah kulit dan ia akan jadikan kulit kita bermasalah, seperti kulit berminyak, berjerawat, dan berjeragat.

Jadi, apabila toksin-toksin ini dikeluarkan, masalah-masalah ini akan berkurang juga. Sebab tu la kulit bertambah cantik dan berseri.

6. Mengurangkan Stress

Toksin yang banyak akan menyebabkan badan kita susah nak serap nutrisi yang bagus untuk badan kita. Dan ini akan memberi signal kepada hormon ‘Cortisol’ untuk marah.

Hormon ini akan memberi kesan kepada mood kita sepanjang hari. Sebab tu, kita stress. Bila stress, kita akan makan, jadilah gemuk macam Syu cakapkan tadi.

Tapi, bila toksin berkurang, otak kita mampu untuk memberi arahan kepada hormon Cortisol tadi untuk bertenang.

Dalam erti kata lain, bila toksin kurang, otak kita lebih waras untuk berfikir dengan tenang.

7. Menguatkan Sistem Imunisasi Badan

Badan kita memang terdedah kepada radikal bebas yang sering merosakkan sel badan kita. Tapi, bila toksin dalam badan kita banyak, ia akan menyebabkan radikal bebas nie terus membiak dengan lebih banyak.

Lagi banyak radikal bebas, lagi rendahlah sistem imun badan kita. Sebab tu orang yang banyak toksin nie mudah sakit.

Jadi, kita wajib detoks badna selalu supaya toksin akan dapat disingkirkan dan badan kita akan dapat fokus untuk menguatkan sistem pertahanan badan.

8. Tidur Yang Lebih Baik

Toksin juga mengganggu jadual dan masa tidur kita. Kita akan jadi tak boleh tidur malam ataupun tidur kita kurang berkualiti. Bangun tidur pun macam orang tak tidur je. Penat badan.

Tapi, dengan detoks, badan kita akan resetkan semula sleeping pattern kita dan akhirnya kita akan dapat tidur yang lebih berkualiti.

.

Anda mengalami masalah-masalah seperti di atas? Kalau ye, cepat-cepatlah detoks badan anda.

Tak tahu nak mula macam mana? Jom ikut detoks Plan, The Shaklee Way. Tak susah pun, hanya mengambil masa 7 hari sahaja untuk anda kembali cergas dan bertenaga tanpa toksin.

Hubungi Syu cepat-cepat di 0192198621. Syu akan guide korang untuk berdetoks sehingga mendapat kesan yang mantap.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan sekitarnya

Founder Diamonds Legacy

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.