Kanser · Produk

7 Sebab Mengapa Lebih Ramai Wanita Kini Mengalami Kanser Payudara

Mengapa Lebih Ramai Wanita Kini Mengalami Kanser Payudara?

Kanser payudara ini dah menjadi penyakit yang biasa didengari di kalangan wanita 30-50 an. Dah makin ramai wanita sekarang ini yang mengalami kanser payudara. Kes kanser payudara pada tahun 2003 melibatkan 172 orang, tapi pada tahun 2013, kes kanser payudara meningkat kepada 323 orang. Dan 2 tahun lepas, ia meningkat lagi kepada 32.1% wanita mengalami breast cancer. Takutnya! tapi, mengapa perkara ini berlaku? Kenapa bertambah ramai wanita mendapat kanser payudara nie?

Sekarang ini, gaya hidup kita dah jauh berbeza dengan gaya hidup orang tahun 90an dulu. Syu ingat lagi, mak Syu kerja cikgu tahun 90an balik kerja jam 2 mesti dah ada di rumah bersantai-santai dengan kami. Syu pulak jadi cikgu zaman 2012 tapi balik kerja jam 4 petang paling awal. Nampak tak berbezanya hidup kita?

Sama la dengan kes kanser payudara ini. Semua jenis kanser bermula dengan genetik yang tidak normal pada DNA kita. Struktur DNA kita diganggu hinggakan ia mengganggu fungsi normal sel kita. Inilah yang dinamakan mutasi DNA yang menyebabkan kanser terjadi.

Tapi, kenapa makin ramai wanita yang mendapat kanser payudara ini?

Ada macam-macam faktor yang menyebabkan makin ramai wanita mendapat breast cancer ini.

1. Stress

Kebanyakan wanita sekarang semuanya bekerja. Dan kerja-kerja di pejabat memanglah banyak, Ya Allah, kalau boleh tidur kat office, memang dah tidur rasanya sebab tak siap kerja lagi.

Bila kerja banyak tapi semua pun nak kena siapkan cepat, bos push-push suruh hantar report bagai nie, semua nie mengundang stress yang tinggi.

Bila selalu sangat stress, imun badan kita bertambah lemah tau sebenarnya. Jadi, ia berisiko untuk mengundang kanser dalam badan kita.

2. Makanan Yang Tidak Seimbang

Bila dah sibuk buat kerja, mana ada masa nak fikir makan makanan yang berkhasiat lagi. Makan je apa yang ada, apa yang boleh kita dapat dngan cepat. Sebab tu la selalu je fast food menjadi pilihan. Makanan fast food dah la tinggi minyak, tinggi lemak, tinggi pengawet pulak tu.

Lepas tu, tengah buat kerja, sibuk mengunyah kerepek la, keropok la, asam-asam la. Mana la sel kanser tak suka.

Semua benda nie boleh membawa kepada kanser tau.

3. Lambat kahwin/Tak kahwin

Wanita yang tak kahwin ataupun kahwin lambat (melebihi umur 30 baru nak kahwin) memang tinggi risiko mendapat kanser payudara.

4. Lambat Dapat Anak/Takde Anak

Wanita yang mendapat anak selepas umur 30 tahun ataupun wanita yang langsung tiada anak lebih tinggi risiko mendapat kanser dari wanita yang mempunyai anak awal. Ini kerana hormon penyusuan ibu-ibu dapat mengurangkan risiko kanser payudara.

5. Ambil Pil Perancang

Disebabkan kesibukan yang melampau,dan kos sara hidup yang tinggi, ramai pasangan tak nak anak ramai ataupun nak jarakkan setiap anak supaya boleh stabilkan kewangan keluarga.

So, ambil pil perancang. Tapi, pil perancang nie kan mengganggu hormon badan kita. Bila kita ambil dalam jangka masa yang lama, ia boleh membuatkan kanser menyerang badan kita.

6. Merokok

Ada ramai wanita yang merokok sekarang ini. Memang tak terkejut dah la bila nampak wanita yang merokok nie.

Tapi, ingatlah, bila kita merokok, ia akan meningkatkan risiko kanser, termasuklah kanser payudara.

7. Alkohol dan Arak

Wanita yang suka minum arak pun boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara. Ini kerana arak amatlah berasid dan sel kanser amat mudah membiak dalam keadaan yang berasid.

.

So, kita kena jaga-jaga badan kita ini. Kita tak tahu bila badan kita mula mendapat kanser dan kita tak sedar pun bila sel kanser mula merebak dengan cepat.

Jadi, ambillah langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko kanser payudara ini.

a. Buat check-up selalu

Buatlah check up setahun sekali untuk ambil tahu sama ada kita nie ada kanser atupun tak. Sebab 60% wanita di Malaysia ini hanya menyedari mengenai kanser apabila dah stage 3 ataupun 4.

b. Amalkan pemakanan seimbang

Pemakanan sihat memang wajib kita amalkan untuk mengurangkan risiko kanser. Kena tukar apa yang kita makan, makan lebih sayur dan buah-buahan, dan banyakkan air masak.

c. Bersenam

Bersenam pun termasuk dalam gaya hidup sihat. Banyakkan bersenam untuk menurunkan paras estrogen yang boleh menyebabkan kanser terbentuk.

d. Vitamin Dan Suplement

Kanser boleh dielakkan apabila kita mengambil makanan yang mengandungi kandungan anti-radang, anti-oksidan dan juga resveratrol yang tinggi. Makanan sebegini dapat mencegah dari mendapat kanser payudara.

.

Vivix – Suplement Terbaik Anti-Kanser

Vivix amat membantu dalam mencegah kanser dan juga mematikan sel-sel kanser jika kita memang disahkan menghidap kanser. Ini kerana dalam Vivix, memang ada kandungan resveratrol dan polifenol yang tinggi, memang bersifat anti-radang, dan Vivix memang agen anti-oksidan yang amat bagus.

Disebabkan Vivix mengandungi Resveratrol terbaik, ini menjadikan Vivix agen anti-kanser paling baik untuk diamalkan.

  • Resveratrol membantu melindudngi sel-sel yang sihat dan pada masa yang sama mematikan sel-sel kanser.
  • Resveratrol memberhenti dan menghalang segala signal dari sel nuklear kanser kepada sel-sel kanser yang lain. Apabila tiada sebarang signal yang sampai, sel kanser tidak akan membiak lagi.
  • Resveratrol menggalakkan proses Apoptosis untuk berlaku dengan normal. Apoptosis adalah proses di mana sel-sel kanser itu mematikan diri sendiri tanpa menjejaskan sel-sel yang lain.
  • Resveratrol juga menghalang sel-sel kanser untuk ‘duplicate’ dan terus membiak dan menjangkiti sel-sel yang sihat.
  • Resveratrol membantu membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA. Bila sel sihat, tisu dan organ pun akan lebih sihat untuk melawan kanser. 

.

Jadi, untuk adik-adik, kakak-kakak, dan makcik-makcik, amalkanlah Vivix untuk mencegah kanser. Dan kalau memang dah disahkan kanser, ikhtiarlah dengan Vivix juga.

Janganlah biarkan sel-sel kanser terus membiak dan merebak ke organ kita yang lain. Takut nanti organ-organ kita rosak sehingga mengancam nyawa kita pulak.

Makanlah Vivix untuk memastikan sel kanser tidak kembali lagi. In sya Allah.

Hubungi Syu di 0192198621 untuk mendapatkan Vivix anda hari ini.

.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.