Business Opportunity · my life

6 Prinsip-Prinsip Yang Wajib Kita Ada Dalam Berbisnes

Prinsip-prinsip Yang Wajib Ada Dalam Bisnes

Minggu lepas, Syu menghadiri satu kelas bisnes di Kuala Lumpur. Gigih drive dari JB ke KL semata-mata untuk menghadiri kelas yang amat ‘mahal’ ilmunya. Dan dalam kelas itu, satu perkara yang menarik perhatian Syu, iaitu mengenai prinsip-prinsip dalam kita berbisnes.

Bagi yang masih belum mengetahuinya, Syu sekarang ini full-time WAHM yang menguruskan bisnes Shaklee sendiri dari rumah. Bila buat bisnes dari rumah nie, faham-fahamlah kadang-kadang kita ikut suka kita je. Bila nak buat, buat, bila rasa nak rehat, kita langsung tak sentuh bisnes kita. Itu salah sebenarnya kerana dalam bisnes, kita mesti mempunyai prinsip-prinsip yang akan menggerakkan bisnes kita walau apa juga yang berlaku pada masa itu.

Masa kelas itu, speaker ini berceritalah pasal cerita PASKAL yang baru keluar wayang tu. Masa tu, tak sempat lagi tengok cerita nie walaupun ramai yang cakap cerita nie memang best. Tapi, Syu bukan nak cerita pasal movie PASKAL. Syu nak cerita yang dalam bisnes kita juga wajib ada PASKAL.

Apa Itu PASKAL Dalam Bisnes Kita?

Mesti terkejut kan? Apa la PASKAL dalam bisnes nie kan? Ingatkan Pasukan Khas TLDM je. hahaha….

Ye dalam bisnes pun kena ada prinsip PASKAL ini. Jom Syu kongsi satu-satu 🙂

P – Passion

Dalam berbisnes, kita mesti ada passion. Kiranya rasa seronok dengan bisnes kita setiap hari. Bila kita ada passion yang menggunung tinggi, kita akan redah juga tak kiralah mood kita macam mana masa tu. Kalau gembira, kita semangat berbisnes, kalau emosi tak stabil pun, kita masih semangat untuk teruskan share mengenai bisnes yang kita buat ini.

A- A Strong Desire

Desire ini ibarat impian yang kita ada. Big Why kita. Puch factor kita untuk terus bergerak ke hadapan dengan lebih berjaya.

Bila kita ada big why yang cukup kuat, kita tetap akan bangkit kalau kita down sekalipun. Kita tetap akan bangun walaupun jatuh terduduk teruk.

Kita tidak akan hanyut lama sangat dalam emosi dan perasaan down dan tak tentu arah tu. Kita akan cepat kembali ke pangkal jalan untuk majukan bisnes kita.

Move on. Don’t look back 🙂

S – Sincerity

Kita wajib ada keihklasan dalam buat bisnes ini. Keikhlasan itu akan buat kita buat sesuatu dengan betul.

Contohnya, macam Syu yang jual Shaklee. Untuk Syu ikhlas menjual suplement shaklee, Syu kena tahu pasal produk yang Syu jual tu. So, untuk tahu, kenalah study kan. Kenalah makan semua produk shaklee. Barulah tahu apa rasanya, apa effectnya pada kita nie.

Bila dah tahu, barulah boleh bercerita tanpa menipu atau main agak-agak je.

K – Knowledge

Knowledge di sini terbahagi kepada dua iaitu ilmu dunia, dan juga ilmu akhirat. Ilmu dunia seperti ilmu marketing nie memang wajiblah tahu sebab kita buat bisnes kan. Kalau takde ilmu marketing, macam mana nak jual produk kita.

Tapi, yang lagi penting adalah ilmu akhirat. Ilmu akhirat ini akan buat kita berpijak di bumi yang nyata. Takde la nanti dah kaya, hidung tinggi terus. Biarlah kita kaya, dan gunakan kekayaan itu untuk kebaikan kan.

A – Attitude

Attitude pun penting dalam berbisnes. Cara kita layan orang, cara kita fikir pasal orang, semua tu menunjukkan attitude kita terhadap orang.

Kalau orang yang biasa-biasa je yang message tanya pasal produk kita, terus dalam fikiran, “mesti tak mampu nya nak beli nie”. Memang Allah akan sekat terus rezeki kita di situ.

L – Limitation

Dan last sekali adalah limit. Semua yang kita buat untuk bisnes, mesti ada limitnya. Janganlah dari bangun tidur hingga tutup mata semuanya pasal bisnes. Abih tu saper nak uruskan anak-anak dan suami? Siapa nak urus rumah? Siapa nak bagi anak makan?

So, make sure ada limit dalam berbisnes. Setkan masa dari jam berapa ke jam berapa kita uruskan bisnes.

But, most importantly, bahagikan masa sebaiknya. Ada masa untuk bisnes, ada masa untuk keluarga dan wajib ada masa untuk Allah 🙂

.

So, siapa yang dah tengok PASKAL, memang best kan cerita nie? Full of moral values. Siapa yang belum tengok lagi, tunggu la CD keluar..dah takde dah rasanya kat panggung wayang..hehe…

Tapi, yang paling penting, jangan lupa tanamkan PASKAL dalam bisnes ye 🙂

Good Luck!

.

Love,

Syu Amir

WAHM Berjaya

The Best Shaklee Business Mentor

Nak join Bisnes Shaklee dengan Syu? Whatssap je 0192198621 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.