Anak-anak

6 Cara Meningkatkan Keyakinan Anak-anak

Build Your Child’s Confidence

Pernah nampak tak, ada anak-anak yang berani berdepan dengan macam-macam perkara dan ada juga yang penakut nak cuba apa-apa pun. Kadang-kadang kita pun pening kenapa anak kita nie terlebih berani dan anak yang lain penakut je. Pernah tak kita terfikir kenapa anak-anak ini berbeza perangainya?

Punca Anak Jadi Penakut

Mungkin ramai ibu ayah yang tak tahu ada banyak sebab mengapa anak kita jadi penakut sebenarnya, tak kiralah takut berdepan dengan orang ataupun takut dengan sekeliling beliau. Kita kena ambil tindakan supaya anak kita bertambah berani lepas nie.

1. Selalu kena marah

Kita kadang-kadang tak sedar yang kita selalu marah anak. Kita balik kerja penat, anak nak tunjuk sesuatu pada kita. Tapi, kita marah mereka. Terus terbantut nak bercerita.

Tahu tak, bila selalu anak kena marah, nanti dalam fikiran mereka nie ada satu mindset “kalau aku cakap nie mesti mama marah. Tak payah la cerita”. Sebabkan kita yang selalu marah anak tu, anak kita jadi takut nak bercerita dengan kita.

Kalau berlarutan, bukan je mereka tak nak bercerita dengan kita, dengan orang lain pun mereka akan diam je.

2. Selalu takut-takutkan anak

Dari kecil lagi, orang dewasa suka sangat takut-takutkan anak-anak kecil.

“jangan pergi dapur, nanti hantu tangkap”

“Jangan main kat luar, nanti orang tangkap”

Kita cakap benda tu sebab kita malas nak layan anak kita nak main, mungkin sebab penat, mungkin sebab kita banyak kerja. Tapi, dah lumrah anak-anak kan suka explore. Mereka akan buat macam-macam di luar jangkaan kita sebab sifat ingin tahu mereka terlalu tinggi. Layankan aje la.

Tapi, bila kita asyiklah ulang-ulang ayat yang menakutkan anak, akhirnya memang betul jadi penakut anak kita tu. Kan kita yang doa perkara macam tu.

3. Selalu kena gelak

Anak yang selalu kena gelak pun akan buatkan mereka nie jadi penakut nak berdepan dengan orang lain. Bila kena gelak, mereka rasa malu sangat dengan apa yang mereka buat tu dan tak nak orang lain gelakkan mereka lagi.

Lagi baik duduk diam-diam jangan berkata apa-apa, dari orang ketawakan buat apa.

4. Selalu dipertikaikan

Anak kecil memang suka bercakap walaupun apa yang dicakap tu kadang-kadang tak betul pun. Diorang kan kecil lagi, normal la tu kalau cakap fakta salah kan?

Tapi, oranga sekeliling selalu mempertikaikan apa yang dia cakap seolah-olah mereka tidak percaya pada apa yang mereka cakap. Jadi, anak kecil pun akan mula rasa yang dia memang tak pandai dan akan mula diamkan diri.

.

Perkara-perkara ini memang biasa berlaku kepada anak-anak kecil kita. Kadang-kadang kita sebagai mak ayah pun buat benda-benda nie, cuma kita tak perasan je. Kita anggap benda tu gurauan tapi pada anak kita, ia memberi impak yang sangat besar pada diri mereka.

Jadi, kita kena bantu anak kita jadi seorang yang berani sejak kecil lagi. Kalau tak, sampai ke besar la nanti anak kita akan jadi penakut.

Cara Untuk Meningkatkan Keyakinan Anak

1. Dengar Dengan Khusyuk Ketika Anak Bercakap

Bila kita bercakap, kita mesti nak orang dengar kan? Macam tu juga la anak kita. Mereka akan lebih bersungguh-sungguh nak bercerita apabila kita dengar dengan fokus.

Mereka akan rasa bangga diri (budak kecil ada sifat bangga diri memang bagus tau, nie bukan riak) dan tak sabar-sabar nak bercakap lagi sebab mak ayah dengar apa yang diorang katakan.

Ini memang cara paling penting untuk bantu anak kita supaya berkeyakinan tinggi. Respond mak ayah adalah benda paling bernilai pada anak-anak dalam membina keyakinan.

2. Beri galakan/cabaran

Kita juga perlu berikan galakan dan cabaran untuk kita asah keyakinan anak kita. Cabaran akan buat anak kita fokus pada apa yang nak dicapai. Bila dah capai, mereka akan rasa gembira dan akan lebih yakin untuk buat cabaran yang lain.

Tapi, kalau anak kita tak berjaya, tugas kita adalah untuk memberi galakan dan dorongan. Kata-kata semangat amat penting untuk pastikan anak kita tidak give-up dalam apa yang mereka buat. Dengan kata-kata semangat, anak kita akan cuba juga untuk buat.

3. Pujian dan Pelukan

Sentuhan mak ayah amat penting kepada anak-anak. Perasan tak, bila kita peluk anak, anak bertambah tenang dan gembira? Sokongan mak ayah akan buat anak lebih yakin untuk teruskan.

4. Tegur Secara Berhikmah

Kalau anak buat salah, jangan terus marah mereka. Itu akan buat anak kita rasa takut untuk buat salah.

Bila anak buat salah, tunjukkan cara yang betul supaya anak kita tak buat kesalahan berulang kali.

Kalau kita tegur secara berhikmah, anak akan rasa kesilapan mereka itu boleh dibaiki lagi. Compared to kalau kena marah teruk, dalam otak anak cumalah ada ‘jangan buat lagi, nanti mama marah”.

5. Bertanya Soalan KBAT

Ramai mak ayah yang jarang tanya soalan pada anak. Tahu tak, soalan berbentuk KBAT akan buat anak berfikir lebih jauh dan akan berusaha untuk cari jawapan.

Bila mereka ada ilmu, mereka akan excited untuk berkongsi. Masa inilah kita akan nampak betapa yakinnya anak kita sebenarnya.

6. Persekitan yang selamat

Maksud Syu kat sini adalah persekitaran di mana tiada istilah mempertikaikan dan juga gelak-menggelakkan orang walaupun salah.

Kalau salah, kita betul kan. Kalau betul, kita bersorak untuk diorang. Barulah anak kita tak rasa tertekan untuk meluahkan apa yang mereka rasa dan apa yang mereka fikirkan.

.

Kita sebagai ibu ayah memang memainkan peranan penting dalam menjadikan anak kita seorang yang berkeyakinan tinggi supaya mereka lebih berjaya dan mampu untuk menguruskan hal yang datang pada mereka.

Kita adalah guru pertama anak-anak. Kita yang bentuk mereka ke arah yang kita mahu mereka jadi. Bukannya mengharapkan guru-guru ataupun orang lain untuk didik anak kita.

Kalau anak kita jadi penakut, itu sebahagiannya salah kita sebab kita tak sediakan anak kita untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling. Kita tak beri perlindungan yang anak kita harapkan apabila mereka memerlukannya.

Inilah masa untuk kita mengubahnya. Ubah anak ke arah yang lebih positif dan mempunyai keyakinan yang tinggi.

Kita boleh buat!

Love,

Syu Amir

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.