Anak-anak

6 Cara Mengurangkan Ketagihan Gadget Pada Anak-anak

Macam Mana Nak Kurangkan Ketagihan Gadget Kepada Anak

Gadget sekarang ini memang dah menjadi trend kepada anak-anak. Anak-anak 2-3 tahun dah pandai tengok youtube. Even anak beberapa bulan pun mak ayah dah mula berikan gadget pada anak-anak. Tahu tak, ianya membawa kepada keburukan yang amat buruk kepada perkembangan otak dan juga komunikasi anak-anak? Dan ianya boleh berkekalan, dan ada juga yang mengancam nyawa anak bila kita asyik beri guna gadget pada anak-anak syurga kita.

Kenapa Kita Beri Gadget Pada Anak?

1. Kita nak rehat

Bila kita balik kerja, kita tak larat nak melayan kerenah anak. Kita nak rehat. Jadi, untuk senyapkan anak yang asyik ajak main tu, kita bagilah gadget untuk anak kita main supaya kita boleh tidur sebentar.

2. Anak lari sana sini

Ini berlaku bila kita keluar pergi melawat rumah orang. Kita tak nak anak kita lari-lari menyephkan rumah orang. So, kita berilah gadget. End up nya, orang tanya apa pun pada anak kita, mereka tak dengar pun sebab terlalu fokus pada gadget.

3. Kita nak anak duduk diam

Bila pergi makan, kita nak makan dengan tenang, tapi anak main air la, main baling-baling makanan la, berlari keliling kedai la. Kita nak makan pun tak senang. Dengan memberi gadget, anak kita boleh duduk diam dan kita pun boleh makan dengan tenang

4. Malas nak bawa anak keluar

Anak ajak main di taman, tapi kita nak buat kerja di rumah. Ataupun nak santai-santai tengok tv. Kita sua handphone, anak memanglah gembira terus lupa nak pergi taman permainan. Padahal memang dah fitrah anak untuk bermain.

.

Untuk kita tahu cara nak kurangkan ketagihan gadget pada anak-anak, kita kena tahu dulu punca mereka ketagih tu.

Ketagihan gadget sama macam ketagihan dadah heroin sebab bila anak main gadget, otak anak kita mengeluarkan hormon kortisol yang amat bahaya. Hormon kortisol yang tinggi boleh mengakibatkan anak kita sukar tidur, gelisah, dan sukar nak kawal masalah seharian mereka. Sebab tu, bila anak kita main gadget, sampai pukul 3 pagi pun boleh berjaga. Dan sebabkan hormon ini juga, anak kita tak boleh kalau tak dapat gadget, mesti rasa merah dan nak mengamuk je. Diorang stress bila tak dapat gadget. 

Ketagihan gadget juga menyebabkan hormon ‘khayal’ dilepaskan. Dan bila hormon itu berkurang, kita akan minta lagi untuk meningkatkan hormon itu. Bila hormon khayal itu rendah, anak kita akan resah gelisah, dan akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan gadget supaya mereka dapat tingkatkan semula hormon itu. 

Side effects Gadget

Bila anak-anak kita dah mula keatgih, nanti macam-macam side effects mula kita nampak pada perkembangan anak kita.

– Kita boleh nampak yang anak kita susah nak berkomunikasi dengan orang sekeliling. Nak bergaul tak pandai. Orang tanya tak pandai jawab. Itulah masalah utama bila terlalu banyak penggunaan gadget pada anak kita.

– Penggunaan 2 jam seminggu gadget boleh buat mata anak kita rosak tau. Bukannya 2 jam sehari, tapi 2 jam seminggu. So, nak kurangkan risiko penggunaan gadget, kita sepatutnya cuma boleh guna gadget selama 17 minit je sehari.

– Kalau kita bagi gadget sejak anak kita bayi, kemungkinan besar anak kita boleh dapat speech delay. Susah nak bercakap. Dah 3-4 tahun masih hanya cakap ba ba, ma ma, ataupun bahasa yang anak kita je yang faham.

– Anak yang banyak guna gadget akan ada masalah perkembangan motor skill. Nak suap nasi tak pandai, nak pegang sudu garfu pun kekok. Pegang pensel pun jatuh. Kaki pun tak kuat.

Ini sebab anak-anak kita kurang menggunakan kaki, tangan dan mata untuk beraktiviti. Bila tak praktis, macam mana nak pandai.

– Tangan anak kita juga boleh jadi kaku dan cepat kebas sebab terlalu lama memegang handphone dan juga konsol game. Lama-lama saraf tangan pun boleh terjejas.

.

Jadi, sebelum anak-anak kita bertambah teruk ketagihannya, dan sebelum berlaku sebarang kecacatan pada anak kita, eloklah kita kurangkan ketagihan anank kita terhadap gadget. Kalau menyesal kemudian, memang takde guna dah la.

Cara-cara mengurangkan Ketagihan Gadget

Kita sebagai ibu ayah mempunyai kuasa untuk memberi apa yang anak mahukan  ataupun tak. Janganlah asyik ikut cakap anak-anak walaupun kita tahu itu tak elok pun untuk anak kita. Janganlah kita melahirkan tuan (seperti hadis nabi sebut sebagai tanda-tanda akhir zaman). Kurangkanlah penggunaan gadget sebelum keadaan anak kita bertambah teruk.

Syu pun mempunyai masalah yang sama. Anak memang suka tengok youtube. Kalau tak dikawal, memang dari buka mata sampai tutup mata nak tidur memang dengan gadget je la. Syu try and error beberapa perkara untuk mengurangkan masa bersama gadget. Ada yang menjadi, ada yang belum menjadi.

So, kita cubalah mana yang baik, kita teruskan, kalau tak kita modified lagi.

1. Limit masa

Syu limitkan masa bersama gadget. Seorang hanya boleh guna gadget 10 minit sahaja. Pilihlah nak tengok cerita apa pun. So, 3 orang anak, 30 minit la. Lepas tu, Syu ambil semula.

2. Guna tv

Most of the time, Syu tak bagi pun handphone. Syu bagi tengok di tv je. So, kuranglah sikit rosak matanya, dan kuranglah sikit minat nak tengok tv lama-lama.

3. Gadget is a reward

Kita memang tahu anak kita suka gadget kan. So gunakanlah untuk kepentingan kita. Jadikan gadget tu sebagai reward selepas selesai anak kita berjaya melakukan sesuatu.

Contoh: Syu bagi Ahmad guna gadget 10 minit untuk setiap 1 surah yang dia tasmik satu surah. So, nak tengok youtube, kena tasmik dulu. Lepas tu baru boleh tengok. At least, dia buat sesuatu yang penting sebelum dapat apa yang dia nak.

4. Kita pun janganlah guna gadget depan anak

Anak kita buat sesuatu berdasarkan apa yang mereka tengok depan mata. Terutamanya kita yang bagi arahan.

Mak ayah bagi arahan jangan guna gadget, tapi kenapa mak ayah boleh pulak?

Bila kita larang anak buat sesuatu, maknanya kita kena buat dulu. Kita kena kurangkan penggunaan gadget dulu sebeblum anak kita ikut cakap kita.

Kalau tak, anak kita akan keliru, kenapa dia tak boleh tapi kita boleh? They will loose respect pada kita bila kita tak walk the talk. 

5. Sediakan alternatif

Bila kita tak bagi anak guna gadget, bagilah alternatif apa yang mereka boleh buat. They need alternatives.

Kalau kita tak bagi main gadget, anak nak main apa? Board games, lego, blocks, etc.

Budak-budak memang fitrahnya main, dan kita kena sediakan permainan yang mereka boleh main tu.

6. Peraturan

Dan yang paling penting, kita kena sediakan peraturan menggunakan gadget dalam rumah. Boleh kita ajar disiplin juga masa ini.

a. Tempat

Kita kena beritahu anak di mana boleh menggunakan gadget tersebut. Tempat ini mestilah tempat semua orang ada. TAK BOLEH tengok seorang diri.

Ini penting untuk kita memantau apa yang anak kita lihat sebab ada banyak sangat video-cideo tak elok di dalam youtube.

b. Masa

Bila boleh guna gadget, dan bila kena berhenti. Kena limitkan penggunaan gadget nie.

c. Rewards, not condition

Macam syu cakap tadi, jadikan gadget sebagai reward. Dah selesai buat kerja, baru boleh guna gadget. Bukan sebelum selesai.

Contoh: Buat kerja sekolah sejam, baru boleh tengok gadget 30 minit.

Jangan bagi tengok 30 minit, baru buat kerja sekolah. Nanti anak tak buat pun. Sebab dah seronok guna gadget, mesti anak kita marah bila kita ambil, betul tak?

So, don’t ever bagi dulu sebelum kerja selesai.

.

Inilah cabaran kita sebagai mak ayah untuk mendisiplinkan anak dengan menggunakan gadget. Kalau tak bagi pun tak boleh juga sebab anak kita kena juga tahu pasal teknologi. Kang ketinggalan pulak kan?

Tapi, kita kena pandai limitkan penggunaan gadget ini kerana ia banyak memberikan keburukan terutamanya anak yang bawah umur 4 tahun.

Kita buatlah perlahan-lahan ye. Asalkan kita mulakan, mesti Allah tolong kita.

Just ingatlah, nak didik anak, HATI KENA KERAS DAN KENTAL 🙂

Good luck mummies n daddies.

.

Love,

Syu Amir

0192198621

Ummi yang masih cuba kurangkan gadget pada anak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.