my life

5 Tips Mengemas Rumah Dengan Cepat Bagi Ibu Bekerja

5 tips mengemas Rumah Dengan Cepat

Ibu-ibu bekerja memang tidak banyak masa untuk mengemas rumah, tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Kadang-kadang rumah inu bekerja lagi bersih dari rumah orang yang duduk rumah tau 😂 Macam mana ibu bekerja nie uuskan rumah mereka ye?

Syu pun seorang ibu yang bekerja dan pada masa yang sama ada bisnes part time juga. Jadi, memang sibuk la nak uruskan kerja, nak uruskan keluarga dan nak uruskan bisnes juga. Jadi, memang perlu ada perancangan mengemas rumah.

Perancangan Mengemas Rumah Cepat dan Mudah

Syu ada perancangan mengemas untuk seminggu. Ada bahagian yang memang perlu dibuat hari-hari, ada yang perlu dibuat beberapa hari sekali. Jadi, takde la memeningkan kepala sangat.

Tugas setiap hari

1. Menyapu dan mop lantai

2 tugas ini wajib Syu lakukan setiap hari sulaya lantai sentiasa bersih. Anak Syu yang kecil suka mengutip barang atas lantai, sebab iulah Syu perlu pastikan yang lantai sentiasa bersih. Kalau cuti sekolah kadang-kadang tu sampai 4-5 kali menyapu.

Mop lantai pun sama. Lantai selalu melekit. Pantang lantai melekit, tak selesa nak pijak lantai pun. Setiap hari mesti menyapu.

Biasanya Syu akan menyapu dan mengemop sebelum tidur ataupun awal pagi bangun tidur tu.

2.Basuh dan sidai baju

Untuk menyenangkan, basuh dan sidai baju seiap hari. Paling senang, sebelum tidur masuk baju dalam mesen basuh dan basuh. Bangun pagi sebelum pergi kerja sidai dulu. Bila basuh baju setiap hari, takde la banyak nak sidai kan.

Tugas Beberapa Hari Sekali

Ada beberapa tugas yang Syu buat beberapa hari seminggu. Antaranya:

1. Lipat baju

kalau rajin, Syu lipat masa angkat terus. Tapi kalau tak, memang Syu lipat bila ada masa 🙈🙈🙈

Tugas Seminggu Sekali

1. Beli bahan masak

Setiap minggu, Syu akan beli bahan nak masak dan Syu akan bersihkan siap-siap. Syu masukkan dalam bekas kecil elok untuk sekali masak sahaja. Mudah nak defrost.

2. Cuci tandas

Cuci tandas biasa Syu buat masa cuti hujung minggu je. Masa tu la sental semua bilik air. Hehe…

.

Ini antara tugasan yang Syu buat setiap minggu. Syu akan buat jadual tugas mana Syu buat ikut hari-hari tertentu. Bila ada jadual, mudah untuk Syu tahu apa yang perlu Syu buat pada hari itu.

Jadi, takde la stress memikirkan apa yang perlu dibuat setiap hari. Boleh fokus kepada menguruskan bisnes pula bila urusan rumah dah selesai.

Selamat mencuba 😊

Love,

Syu Amir (1139539)

0192198621

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.