Uncategorized

5 Sebab Kenapa Kita WAJIB Detoks Badan

Kenapa Kita Wajib Detoks Badan?

Detoks merupakan proses penyingkiran toksin dari badan kita. Toksin nie yang yang menyebabkan segala macam masalah datang pada kita. Bila toksin dah semakin berkurang, badan kita akan bertambah baik, sekaligus membuatkan kesihatan kita bertambah baik.

Detoks badan buat buat sekali seumur hidup ye, tapi perlu buat selalu untuk memastikan toksin dalam badan kita tidak membiak dan bertambah banyak. Parah badan kita nanti bila toksin mula mengambil alih badan kita tau. Tapi, macam mana kita nak tahu yang kita perlu detoks badan?

1. Badan Mula Lesu Letih

Badan yang normal adalah badan yang cergas. Tetapi, bila toksin banyak dalam badan, sistem badan kita mula down dan kita akan jadi cepat penat. Buat kerja sikit dah penat. Naik tangga rumah pun tak larat. Rasa nak baring berehat je kerjanya.

Dengan adanya toksin dalam badan, badan kita tidak dapat menyerap nutrisi dengan baik, sebab tu la kita cepat penat.

2. Susah tidur

Toksin boleh menyebabkan kita tak dapat tidur dengan baik. Kita akan jadi tak boleh tidur malam. Kalau tidur pun, tidur kita amatlah tak berkualiti. Bangun tidur pun masih rasa penat, macam orang tak tidur malam.

Kenapa? Sebab toksin akan mengganggu pattern tidur kita yang biasa.

3. Cepat stress

Kita tak dapat nak berfikir dengan baik dan tak dapat nak kawal emosi bila toksin ambil alih badan kita. Lagi kita stress, lagi cepat toksin bertambah.

Bila toksin banyak, ia akan beri signal kepada hormon Cortisol dalam badan umtuk mengeluarkan perasaan marah tu.

Nampak tak betapa toksin amat mempengaruhi emosi dan stress level kita?

4. Selalu sakit

Orang yang banyak toksin selalu sakit. Orang sakit, dia mudah berjangkit. Orang tak sakit, tapi dia sakit.

Orang yang banyak toksin nie sistem imunisasi memang tak kuat.

5. Gemuk

Kenapa toksin dikaitkan dengan gemuk? Sebab toksin akan buat kita suka makan, terutamanya makanan yang tak berkhasiat seperti makanan tinggi kalori, fast-food, dan sebagainya.

Memang kerja toksin untuk buat kita craving kepada makanan yang tak berkhasiat. Tambah pula dengan stress, kita akan makan untuk gembirakan hati kan? Bertambah gemuk la nanti.

.

Korang ada rasa badan jadi macam nie? Itu memang petanda badan kita perlukan detoks. Jangan tunggu lama-lama tau. Kena buang toksin cepat-cepat. Toksin nie memang jahat pada badan kita.

Cara untuk Detoks Badan

1. Air detoks

Ini memang cara paling mudah nak detoks badan. Boleh mulakan dengan biasakan diri dengan minum air detoks.

Air detoks semulajadi memang mudah nak buat dan bahan-bahan pun mudah nak dapat.

Syu ada kongsikan resepi air detoks yang amat mudah di entry ini. Cubalah.

2. Makan lebih sayuran dan buah-buahan

Sayur hijau dan buah-buahan sangat bagus untuk nyahkan toksin dari badan kita. Sayuran dan buah mempunyai banyak serat untuk membersihkan usus kita dari dipenuhi toksin yang bahaya tu.

Korang boleh juga sertai program 7 hari detoks. Cubalah amalkan meal-plan untuk buang toksin yang disediakan. Follow je resepi dalam meal-plan tu. Tengoklah nanti badan kita akan bertambah bertenaga dan cergas. Dan yang paling penting, bertambah sihat.

3. Air kosong

Air kosong amat penting untuk kehidupan seharian, Bukan sahaja untuk hilangkan dahaga, tapi untuk menyingkirkan toksin dari badan. Bila kita banyak minum air, kita akan banyak kencing, betul tak? Bila kita kencing, kita akan singkirkan toksin sekali. So, jangan sesekali tak nak minum air sebab malas nak ke tandas ye.

4. Bersenam

Bersenam akan buat kita keluarkan peluh yang banyak. Itu salah satu cara untuk mengeluarkan toksin yang ada dalam badan kita.

Paling senang, jogging je setiap hari. Kan banyak keluar peluh bila jogging kan?

Kita kena cari masa untuk bersenam walaupun kita sangat sibuk sekalipun.

5. Suplement

Bila badan dah penuh dengan toksin, dan usus pun dah berkerak dengan sisa kumuhan yang melekat, kita perlukan bantuan suplement. Ia akan bantu kita untuk bersihkan saluran darah kita dari toksin, bersihkan usus kita dari kerak-kerak yang melekat di dinding usus, dan nyahkan toksin dari badan kita secara menyeluruh.

.

Badan kita ada satu je. Kena jaga baik-baik, biar sihat selalu. Jangan kerana nafsu, badan kita yang jadi mangsa. Kita yang plaing kenal badan kita, so kita yang akan tahu bila badan kita perlukan pertolongan kan?

Jangan abaikan badan kita sebab kita nak kerja senang je. Memang senang sekarang, tapi, masa akan datang, bila kita sakit, siapa yang susah kan? Kita juga.

Jadi, jomlah kita mula detoks badan hari ini supaya kita sentiasa sihat dan kuat sampai ke tua, in sya Allah 🙂

Love,

Syu Amir

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.