Kulit Cantik · Premium Product · Produk · Set Kecantikan · Testimoni · Testimoni Youth Skincare · Youth · Youth Skincare

5 Petua Tradisional Untuk Mengurangkan Kulit Breakout

Petua Tradisional Untuk Mengurangkan Breakout

Terlalu ramai antara kita, terutamanya wanita yang terpedaya dengan produk kecantikan yang timbang kilo nie. Kalau kita perasan, produk timbang kilo nie kebanyakannya dibeli dari negara jiran dan mengandungi bahan kimia yang tinggi. Pengasas produk kecantikan tempatan boleh mendapatkan krim timbang kilo ini dengan harga yang sangatlah murah. Mereka cuma perlu pack-kan semula krim timbang kilo ini, maka jadilah produk kecantikan brand sendiri.

Akhirnya, kita yang membelinya terpaksa menanggung kerosakan muka yang teruk akibat dari menggunakan produk yang tinggi bahan kimia bahaya. Ini kerana kita terlalu nak sangat cantik dengan cepat, dan nak sangat putih dengan cepat. Sebab tu la kita tak fikir panjang.

Jadi, sekarang ini, kita terpaksalah mencari jalan untuk membaiki kulit kita yang breakout itu. Takkan kita nak bairkan kulit muka kita merah-merah berjerawat macam tu je kan?

Syu ada beberapa petua yang boleh kita gunakan untuk mengurangkan masalah kulit kita. Ianya adalah petua tradisional dan hanya menggunakan bahan semulajadi. Jadi, ianya mungkin mengambil masa untuk kulit kita beransur pulih seperti biasa ye.

Petua-petua Untuk Mengatasi Breakout

Petua-petua ini amatlah mudah untuk kita lakukan setiap hari. Jadi, tak perlulah risau takde masa ye.

1. Steam Muka

Steam muka sebenarnya dapat membuka liang-liang pori agar mudah untuk dibersihkan kerana wap panas itu akan memasuki ruang liang pori dan menolak keluar toksin-toksin yang melekat dan tersumbat di liang pori kita.

Cara nak buat pun senang je.

– Mula-mula, bersihkan kotoran yang ada di muka kita seperti make-up. Sambil tu kita didihkan air di dalam periuk ye.

– Air panas tadi kita masukkan uncang teh hijau untuk membantu proses penyingkiran toksin dalam liang pori kita.

– Steam muka selama 15-20 minit ataupun selagi air tu panas 🙂

– Akhir sekali, bilas muka kita dengan air sejuk untuk menutup semula liang pori agar kotoran tak masuk.

2. Homemade masker

Homemade masker amatlah mudah untuk dibuat. Tapi, make sure bahan-bahan yang kita gunakan tidak memudaratkan lagi kulit kita yang dah sememangnya rosak dan sakit tu.

Antara homemade masker yang boleh dibuat adalah:

a. Masker Vitamin C

Vitamin C amat penting dalam membaiki sel-sel kulit kita breakout dengan cepat dan berkesan. Selain itu, Vitamin C dapat menajadikan kulit kita bertambah lembut dan jerawat pun mudah pudar.

Cara-caranya ialah:

– Ambil sebiji Vitamin C Shaklee dan pecah-pecahkan sehingga hancur.

– Tambahkan sedikit air untuk dijadikan pes dan sapukan pada muka kita.

– Biarkan selama 15 minit ataupun sehingga kering dan bilas dengan air sejuk.

* Boleh juga untuk membancuh Vitamin C dengan sedikit madu dan sapukan pada muka macam biasa.

b. Masker ESP

ESP ialah sumber protein penting untuk mencantikkan kulit kita dan mempercepatkan pemulihan sel kulit yang rosak.

Cara-cara:

– Ambil sesudu ESP dan bancuhkan dengan sedikit air hingga menjadi pes pekat.

– Sapukan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas.

* Boleh juga buat masker ESP dan Vitamin C. Kesannya lebih mantap dan cepat.

c. Masker Aloe Vera + madu

– Aloe vera amat bagus dalam melembabkan kulit kita, dan madu adalah antiseptik semulajadi yang sangat baik.

  • Campurkan aloe vera asli (ambil dari pokoknya ye) dengan sedikit madu.
  • Sapukan pada muka kita dan bilas.

3. Cuci muka Dengan Garam Bukit

– Kita tahu yang garam adalah salah satu cara untuk membaikpulihkan luka secara semulajadi. Sebab itu, eloklah snagatlah kita kerap cuci muka kita dengan air garam bukit.

– Setiap kali nak basuh muka, ambillah sebesen air suam dan masukkan garam bukit ke dalamnya. Gaul hingga sebati. Dan cucilah muka kita dengan air garam tersebut. Gosok-gosoklah muka kita dengan lembut untuk mengeluarkan sel kulit mati dan juga merawat luka-luka yang ada di muka.

– Selepas cuci muka dengan air garam bukit, bilaslah dengan menggunakan air sejuk untuk menutup kembali liang pori yang telah dicuci.

4. Lemon

– Jus lemon amat baik untuk merawat luka kerasa keasidan jus nya. Jadi, ianya amat sesuai untuk merawat kukit breakout. Tapi, kena ingat, jangan paksa kalau kulit kita tak tahan ok.

– Cara-caranya:

  • Ambil jus lemon dari sebiji buah lemon.
  • Ambil cotton ball ataupun kapas. Celup kapas ke dalam jus lemon dan sapukan pada muka kita. Buatlah sehingga jus lemon itu habis.
  • Biarkan seketika dan bilas dengan air sejuk.

* Kalau muka kita tak tahan, boleh juga kita campurkan sedikit air untuk mengurangkan keasidan jus lemon tersebut.

.

Nampak mudah je kan untuk kita mengamalkan petua-petua ini untuk membaiki dan merawat kulit breakout. Tapi, macam Syu cakaplah, petua ini mungkin makan masa yang lama untuk kita dapat semula kulit yang cantik tanpa jerawat bernanah kemerah-merahan itu.

Jadi, kalau nak cepat pulih kulit breakout, Syu cadangkan pakai je Youth Skincare. Youth ini amat berkesan dalam merawat kulit kita sehingga menjadikan kulit yang breakout itu lebih cantik, lebih cerah, dan lebih muda remaja.

Youth Skincare – Berkuasa Membaiki Masalah Kulit Breakout

Youth Skincare mengandungi 6 produk yang sangat berkuasa dalam membaiki kulit breakout hingga ke sel DNA nya. Bila sel kita sihat, kulit kita akan lebih mudah dirawat kerana pertukaran sel rosak kepada sel sihat dapat berlaku dengan cepat.

6 Produk ini ialah:

a. Luminous Gel-Oil Cleanser

  • memembaiki kulit kita yang rosak akibat pencemaran dan bahan kimia bahaya dan juga melindungi kulit kita dari kerosakan akibat dari radikal bebas.
  • Ia juga meningkatkan lagi kelembapan kulit kita yang kering bila dirosakkan oleh produk tak berkualiti tu.

b. Perfecting Skin Toner

  • Membersihkan dan memberi nutrisi kepada kulit kita.
  • melembabkan kulit kita

c. Activating Serum

  • Mempercepatkan pembaharuan sel – jadi kulit braekout kita akan dapat dibaiki dengan lebih cepat apabila menggunakan serum Youth ini.

d. SPF 50 – Age-Defense Moisterizer

  • Melembabkan kulit kita serta melindungi kulit kita dari pencemaran dan kotoran yang boleh merosakkan kulit
  • Melindungi kulit kita juga dari sinar UV matahari yang boleh merosakkan sel kulit kita.

e. Radiance Vitamin C + E

  • Membantu mencerahkan kulit dan juga mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan, garis halus serta jeragat
  • Merawat masalah kulit yang dialami seperti pigmentasi.

f. Night Cream

  • Night Cream Youth amat penting untuk membaiki kulit rosak pada waktu malam. Ia membantu membaiki kulit dengan lebih berkesan semasa kita berehat, serta menjadikan kulit kita bertambah lembut, muda dan cerah.

Dengan adanya keenam-enam produk in di dalam Youth Skincare, lebih cepatlah kulit kita akan dibaiki dan lebih cepatlah kita menjadi cantik semula.

– Jangan risau, Youth telah dikaji selama 8 tahun, dan telah dijalankan ujian klinikal ke atas 100 orang wanita. Dan keputusan ujian klinikal itu amat memuaskan.

  • SEMUA wanita yang menggunakan Youth mendapat kulit yang lebih muda dan lebih cantik.
  • 2/3 daripada wanita ini mendapat kuli 10 TAHUN lebih muda!

– Produk Youth ini adalah 100% berasaskan tumbuhan, tapi ia amat berkesan dalam membaiki masalah kulit breakout. So, jangan teragak-agak untuk menggunakan Youth. Syu yakin kulit anda akan dapat dirawat dan dipulihkan.

Jangan tunggu lama-lama. Muka kita perlu dibaiki segera.

Sampai bila kita nak dikelilingi oleh kawan-kawan yang cantik berbanding muka kita yang penuh jerawat ini? Kita pun mestilah nak cantik semula kan?

Sampai bila kita nak stress tengok muka breakout setiap hari sehingga kena gelak dengan orang sekeliling? Takkan kita nak biarkan orang sindir-sindir kita selalu kan?

So, atasi masalah kulit breakout dengan Youth segera. Anda boleh nampak kesan seawal 7 hari penggunaanya tau.

Hubungi Syu di 0192198621 untuk dapatkan Youth Set anda segera!

.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Oversea Juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.