Berpantang · Premium Product · Produk

5 Perkara Yang Paling Menakutkan Ketika Berpantang Bagi Ibu Bersalin Czer

Tahun lepas masa bersalinkan anak yang ke-5, Syu akhirnya faham perasaan mummy-mummy yang bersalin secara pembedahan ini. Memang betul la, kalau boleh Syu tak nak mengalaminya sekali lagi.

Pengalaman bersalin secara czer ini memang akan Syu ingat sampai bila-bila. Perasaan sakitnya macam mana, perasaan tak boleh nak buat apa-apa masa berpantang, dan macam-macam lagi perkara yang menakutkan yang Syu tak sanggup nak fikirkan.

Ada beberapa benda yang Syu paling takut semasa berpantang selepas bersalin secara pembedahan ini. Syu share di sini la supaya mummy-mummy boleh bersedia mental dan fizikal jika terpaksa bersalin secara ‘ikut tingkap’ nie.

5 Perkara Yang Menyeramkan Ketika Berpantang Bagi Mummy Bersalin Czer

1. Takut sangat nak batuk

Dulu, Syu pernah melawat kawan Syu yang bersalin secara pembedahan ini. Beliau ada la sebut, “bila dah bersalin czer nie, nak batuk pun ko akan tahan tau. Memang sakit la even nak batuk.”

Bila dah merasa sendiri, memang betul la. Nak batuk pun Syu tahan-tahan. Sebab masa awal-awal bersalin, Syu memang batuk sikit. Ada sekali terbatuk agak kuat. Terus air mata meleleh sebab rasa macam luka tu terbuka walaupun tak.

So, bila nak batuk, kena ambil bantal, tekan perut dengan bantal, baru boleh batuk. Itu pun kena batuk ayu-ayu je. Memang tak puas la batuk masa berpantang czer. Tapi, nak buat macam mana kan. Tak nak Syu menangis meroyan hanya sebab tak boleh batuk sepuas hati.

2. Pergerakan Perlahan

Masa berpantang, benda paling kena jaga juga adalah pergerakan kita. Kena jalan slow-slow je. Kadang tu nak pergi dapur yang jaraknya 10 langkah pun rasa macam 10 km jauhnya..hehe..

Kalau rumah dua tingkat lagi la. Tak boleh nak naik turun sesuka hati. Sama ada pindah ke bilik bawah masa pantang, ataupun pagi turun bawah, malam nak tidur baru naik atas semula.

Bab pergerakan nie memang kena jaga betul-betul. Silap langkah, memang mengelupur kesakitan la jawabnya. Kalau jalan laju sikit, luka tu mula sakit. Last-last, baiklah duduk diam-diam sehingga luka tu elok.

3. Angkat Berat

Masa berpantang adalah masa berehat. Memang betul pun. Tapi, kalau berpantang czer nie, tak boleh angkat berat langsung. Angkat beg pun boleh sakit luka pembedahan, inikan pula nak dukung anak kecil.

Syu dah lalui angkat beg bawak naik atas. Beg tu tak berat pun. Separuh jalan je bertahan. Lepas tu panggil suami untuk angkat beg.

Nampak tak betapa kita nie tak boleh langsung nak angkat berat-berat, walaupun pada kita barang tu tak berat mana pun.

4. Berurut

Syu jenis yang suka sangat urut badan, lagi-lagi masa pantang. Masa pantang biasanya berurut dan bertungku selama 14 hari tu normal. Sedap rasa badan bila dapat urut, especially rahim kita. Nak kecutkan rahim? cara paling senang adalah dengan urut dan tungku.

Tapi, bila czer, jangan haraplah dapat bertungku dan urut bahagian rahim. Syu pernah minta tukang urut Syu urut sikit bahagian rahim sebab macam masuk angin. Esoknya, makin teruk angin dalam rahim, rasa macam senggugut punya sakit. Lepas tu tak berani dah nak usik bahagian rahim.

5. Mengiring

Masa berpantang, Syu tidur macam tidur patung. Baring terlentang dan tak bergerak sampai pagi. Kalau tidur mengiring, nanti sakit. Nak pusingkan badan pun sakit juga nanti. The only position tidur yang tak sakit adalah terlentang.

Tapi, bila nak bangun sungguh la payah dan menyeksakan. Tak boleh nak main bangun je macam hari-hari biasa, nanti boleh menjerit OK.

.

Inilah antara perkara-perkara yang amat menyeramkan bagi Syu semasa berpantang anak ke-5 ini. Masa bersalin normal terasa mudah sangat penjagaannya. Tapi, bila bersalin czer nie, rasa macam tak tahu nak urus macam mana.

Selamatlah Syu mengambil Set Berpantang Premium Shaklee. Memang banyak sangat membantu Syu sepanjang tempoh berpantang kali ini. Kalau takde Set Berpantang Shaklee, Syu rasa Syu meroyan menahan sakit agaknya.

Tapi, asbab set berpantang nie, Syu mampu:

  • bertenaga sepanjang tempoh berpantang kerana adanya Vivix dan ESP.
  • bertenang dan tidak stress kerana Syu akan pastikan yang Syu makan B-Complex on time.
  • mengurangkan sakit-sakit badan dan dapat tidur yang lena kerana adanya Ostematrix yang Syu makan sebelum tidur. Bangun tidur pun rasa fresh sangat!
  • Yang paling penting, luka jahitan Syu cepat kering dan pulih dengan asbab Vivix dan Zinc Complex yang Syu amalkan setiap hari.

So, kalau mummy-mummy semua pun menghadapi perkara-perkara yang mengerikan macam yang Syu cerita nie, Syu amat suggest mummy ambillah Set Berpantang Premium Shaklee nie kerana semua suplement yang terdapat dalam Set Berpantang ini sangat-sangat membantu dalam menyelesaikan masalah yang mummy hadapi ketika berpantang.

Kalau nak mendapatkan Set Berpantang Premium Shaklee nie, beritahu Syu ye. Whatssap je 0192198621. Syu akan entertain all the questions yang mummy semua nak tahu.

Yang Menulis,

Syu Amir

0192198621

Pengedar Shaklee Johor Bahru & Singapore

4 thoughts on “5 Perkara Yang Paling Menakutkan Ketika Berpantang Bagi Ibu Bersalin Czer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.