Gout · Produk

5 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Gout Dan Cara Mengatasinya

Penyebab-penyebab Gout Dan Cara Mengatasinya

Gout bukan lagi penyakit asing dalam kehidupan kita. Ramai orang di sekeliling kita yang menghadapi serangan gout setiap masa. Kita yang tak kena nie mesti rasa kesian sangat kan melihat orang yang kita sayang menderita akibat gout nie?

Kita yang belum kena gout nie eloklah berjaga-jaga agar gout dapat dielakkan  sejauh mungkin. Ketahuilah beberapa perkara yang boleh menjadi punca kepada serangan gout ini supaya kita lebih berwaspada dan lebih berjaga-jaga dengan kesihatan sendiri.

5 Punca Serangan Gout Yang Kita Wajib Tahu

Ada banyak punca sebenarnya yang boleh menyebabkan gout. Tapi, 5 perkara yang Syu kongsikan ini adalah perkara biasa yang terjadi kepada kebanyakan pesakit gout.

1. Makanan tinggi purine

Makanan yang tinggi purine ini adalah penyebab kenapa kita mendapat serangan gout. Sebenarnya, semua makanan mempunyai purine, yang membezakan hanyalah makanan yang mempunyai kandungan purine yang tinggi ataupun rendah.

Antara makanan yang tinggi purine adalah organ dalaman seperti hati, jantung, paru dan sebagainya.

Selain itu, eloklah kita elakkan juga dari makan daging merah dan juga sesetengah jenis ikan seperti sardin, ikan bilis, dan markerel.

Dan, paling penting jangan makan makanan berasaskan haiwan bercengkerang seperti udang, ketam, kupang, dan seangkatan dengannya.

2. Arak dan alkohol

Arak terutamanya beer adalah minuman yang mengandungi purine yang tinggi. Ia akan buat paras asid urik naik dengan mendadak. Arak juga akan membuatkan buah pinggang kita tak boleh nak menapis asid urik dengan baik.

Lagipun, dengan minum arak, kita akan jadi dehydrated. Bila kurang air dalam badan, ia akan melambatkan proses penyingkiran asid urik dari badan kita dan menyebabkannya berkumpul di sendi.

3. Kegemukan dan Obes

Orang yang gemuk kebiasaannya akan mempunyai asid urik yang tinggi dan ini boleh menjadi penyebab kenapa mereka dapat gout.

4. Minuman manis

Minuman yang berasaskan high-fructose corn syrup seperti soda dan air gas adalah penyebab utama kepada kenaikan asid urik yang tinggi.  Cuba bayangkan 12 oz minuman soda ini boleh naikkan paras asid urik kita dengan lebih cepat.

5. Dehydrated

Apabila badan kita dehydrated, kita kekurangan air untuk menyingkirkan asid urik dalam badan kita. Ini boleh menyebabkan gout untuk menyerang.

.

Punca-punca gout ini adalah perkara biasa yang kita boleh lihat di sekeliling kita. Ramai je orang kesayangan kita yang membuat perkara-perkara sebegini kan? Sebab itulah makin ramai yang mendapat gout sekarang nie.

Takut dan kesian melihat kesakitan pesakit gout kan? Janganlah kena pada kita pula.

Kenalah ambil langkah berjaga-jaga supaya kita tak dapat searangan gout juga.

Langkah Mencegah Serangan Gout Berulang Kembali

1. Pemakanan

Amalkan makan makanan yang berkhasiat. Lebihkan makan sayur dan juga buah-buahan, tapi kurangkan ambil makanan yang tinggi purine ye.

Kita je yang tahu apa yang kita boleh makan ataupun tak kerana setiap orang berbeza penyebab serangan gout itu.

2. Pantau Pemakanan Kita

Pantau apa yang anda makan dan buat list apa yang anda tak boleh makan untuk kita lebih berwaspada. Kalau tiba-tiba kita makan something yang menyebabkan gout, tuliskan supaya kita ingat lain kali jangan makan lagi.

3. Elakkan arak

Arak adalah penyebab gout sebab ia akan kurangkan kebolehan buah pinggang kita untuk menyingkirkan asid urik. Jadi, bagi pesakit gout yang bukan muslim, elakkan dari minum arak ye.

4. Bersenam

Orang yang gemuk berpotensi tinggi untuk mendapat gout. Jadi kena kuruskan badan supaya dapat mengurangkan kebarangkalian kita untuk dapat gout.

Apabila kita bersenam, kita bukan sahaja dapat menurunkan berat badan tapi dapat juga menyingkirkan sisa bahan kumuhan yang berlebihan dalam badan kita, termasuklah asid urik.

5. Banyakkan minum air

Jangan biarkan diri kita kurang air. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari ataupun 1 liter air bagi setiap 25kg berat. So, kiralah sendiri ye berapa banyak air yang badan kita perlukan.

6. Suplement

Ada banyak suplement yang boleh membantu pesakit gout. Tapi, carilah suplement yang mempunyai tinggi resveratrol ye.

Menurut kajian, resveratrol dapat menurunkan asid urik dalam badan kita.

Dan suplement terbaik yang mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi adalah Vivix.

Kandungan resveratrol dalam Vivix adalah 10X ganda lagi tinggi berbanding suplement resveratrol lain kerana gabungan mantapnya dengan polifenol lain. Bahan-bahan dalam Vivix akan membantu mengurangkan gout.

Resveratrol Mengurangkan Risiko Gout Kembali Lagi

  • Resveratrol mengurangkan inflamasi dan keradangan akibat gout
  • Resveratrol akan mengurangkan paras serum asid urik dalam darah, sekaligus mengelakkan serangan mengejut gout.
  • Resveratrol akan mengelak asid urik dari berkumpul di bawah kulit dan sekeliling sendi.
  • Resveratrol akan mengurangkan proses oxidation asid urik yang terkumpul di sendi kita. Jadi, ia akan mampu mengurangkan serangan gout dari berulang

.

Pastikan kita sentiasa mengamalkan tips-tips ini supaya kita dapat mengurangkan risiko gout. Dan jangan lupa amalkan Vivix untuk pastikan serangan gout tidak kembali lagi.

Nak dapatkan Vivix, jangan lupa hubungi Syu di 0192198621 ye. Syu akan beri konsultasi terbaik untuk pelanggan Syu yang tersayang.

Kalau nak beli Vivix anda sendiri pun  boleh juga. Cuma perlu tekan button di bawah nie je. Tapi, jangan lupa hubungi Syu untuk dapatkan konsultasi yang terbaik dari Syu.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Sekitarnya

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.