Gout · Produk

5 Langkah Mudah Untuk Mengelakkan Serangan Gout Dari Kembali

Apa Yang Perlu Kita Buat Untuk Elakkan Serangan Gout?

Pesakit gout boleh mengalami serangan gout pada bila-bila masa sahaja. Kalau termakan walaupun sedikit makanan larangan, gout boleh menyerang secara mengejut.

Walaupun makan secubit jemput-jemput yang mengandungi udang kering.

Walaupun makan sesudu sambal ikan bilis sebab teringin sangat.

Walaupun makan segigit je udang masak lemak.

Semua ini boleh menjadi penyebab kepada gout untuk kembali lagi. Jadi, kita yang mempunyai mak ayah yang mengalami gout, kita perlu berjaga-jaga dengan apa yang terhidang di depan mata mereka supaya orang yang kita sayang ini tidak tersalah makan ataupun tidak curi-curi makan makanan yang tak sepatutnya.

Tapi, kalau dah nak kena, kita pun tak boleh nak buat apa kan? Kita hanya boleh buat beberapa perkara untuk mengurangkan kesakitan sendi-sendi yang membengkak dan bisa tu.

Perkara Yang Wajib Kita Buat Apabila Gout Menyerang

1. Ubat

First sekali yang kita kena buat bila gout menyerang adalah dengan makan ubat yang diberi doktor. Make sure ubat gout dan painkiller ada standby setiap masa di rumah ye sebab kita tak tahu pun bila gout akan menyerang.

2. Rendam dengan air suam bersama epsom salt

Rendam kaki atau bahagian yang kena gout boleh melegakan sedikit kesakitan yang kita rasa pada masa tu.

Epsom salt mengandungi sulfat yang membantu untuk menghilangkan toksin pada bahagian sendi dan ia juga membantu pembentukan protein bersama. Selain dari sulfat, epsom salt juga mengandungi magnesium yang membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan.

3. Pes bawang putih

Bawang putih amat membantu dalam mengurangkan keradangan. Kita boleh tumbuk bawang putih sehingga lumat dan menjadi pes. Sapukan pes bawang putih itu pada tempat sendi yang bengkak akibat gout itu tadi.

4. air kosong

Minum air kosong banyak-banyak untuk memastikan asid urik dapat dikeluarkan melalui air kencing. Jangan malas minum air tau.

minumlah seliter air bagi setiap 25 kg berat badan. Kita boleh kira sendiri berapa banyak air kosong yang kita perlukan sehari kan?

5. Letak ais

Letak pek ais di bahagian sendi yang mengalami gout pun dapat mengurangkan sakit sendi kita. Benda yang sejuk mampu buat bengkak surut dan melegakan sakit.

6. Banyakkan berehat

Berehat dan jangan gerakkan bahagian yang bengkak itu. Kalau bahagian gout adalah bahagian kaki atau tangan, letaklah kaki atau tangan tinggi sedikit dari biasa.

Dengan meninggikan bahagian gout, ia dapat melegakan keradangan dan inflamasi.

7. Bersabarlah

Memang gout itu menyakitkan, tapi anggaplah ini sebagai ujian Allah. Allah nak hapuskan dosa-dosa kita dan menjadikan kita lebih kuat.

.

Kita boleh panik kan bila gout menyerang? Tak boleh nak bayang betapa sakitnya sendi kita masa tu.

Nak jalan, kena papah dinding. Tak pun mengensot perlahan-lahan sebab tak boleh nak berdiri.

Nak solat pun susah sebab tak boleh nak duduk bersila.

Nak memandu lagilah, memang tinggal harapan je bila kena gout.

Masalahnya sekarang, gout nie kalau dah menyerang boleh jadi berminggu-minggu juga kalau tak kawal. Siapa yang sanggup nak menahan bisa pedih gout selama tu kan?

Jadi, kita wajib ambil langkah berjaga-jaga supaya gout tidak datang lagi.

Langkah Mencegah Gout Supaya Tidak Kembali Lagi

Ada beberapa perkara yang boleh kita buat untuk mengelakkan daripada mendapat serangan gout lagi.

1. Elakkan makan makanan yang boleh trigger gout

Kebiasaannya, makanan-makanan seperti organ dalaman (hati, paru, dll), sesetengah ikan seperti sardin dan markerel, dan juga makanan yang bercengkerang seperti udang dan ketam adalah makanan-makanan yang boleh menyebabkan gout.

Jadi, elakkan dari makan makanan sebegitu walaupun itu adalah makanan kegemaran kita. Padah yang menyeksakan menunggu kita bila kita ambil makanan sebegitu.

2. Pantau pemakanan 

Kadang-kadang, makanan yang trigger gout kita berlainan daripada orang lain. Jadi, kita sendiri kena ambil berat dan kena alert apa yang kita tak boleh makan.

Kalau dah terkena serangan gout tu, make sure kita tulis makanan tu supaya lain kali kita akan ingat dan tak akan makan lagi.

3. Bersenam selalu

Orang yang kena gout nie ada masalah nak singkirkan asid urik dalam badan. Jadi, salah satu langkah untuk menyingkirkan sisa perkumuhan yang berlebihan adalah dengan bersenam.

4. Amalkan air kosong setiap masa

Minum air kosong selalu supaya kita boleh singkirkan asid urik melalui air kencing. Ramai yang kurang minum air sebab tak nak selalu pergi tandas. Salah tu. Baguslah pergi tandas selalu. Boleh buang toksin.

Jangan sesekali minum air soda yang tinggi kandungan fructose sebab fructose ini adalah penyebab utama asid urik naik dengan mendadak.

5. Vitamin

Ada macam-macam vitamin yang boleh kita amalkan untuk menurunkan paras asid urik dalam badan kita. Tapi, pastikan vitamin itu selamat, dan semulajadi ye. Jangan ada bahan kimia bahaya pula. Nanti buah pinggang kita pula yang terjejas.

Syu sentiasa percayakan vitamin Shaklee. Untuk pesakit gout, Syu sentiasa sarankan anda semua untuk ambil Vivix setiap hari sebagai suplement kesihatan harian anda.

Vivix mengandungi resveratrol yang amat baik untuk mengurangkan simptom-simptom gout. Resveratrol did alam Vivix ini amat membantu dalam:

  • menurunkan paras asid urik dalam badan
  • mengelakkan serangan mengejut gout
  • mengurangkan inflamasi dan keradangan
  • mengelakkan pengumpulan asid urik di bawah kulit kita
  • melambatkan proses oxidation asid urik dari berlaku 

Jadi, ambillah Vivix demi menjaga kesihatan anda tanpa serangan gout. Sampai bila kita nak menderita sakit gout nie? Sampai bila kita nak tahan pedih dan bisa bengkak sendi akibat gout sampaikan kita tidak mampu untuk bergerak dengan mudah? Sampai bila?

Inilah masa untuk kita semua mendapat kembali nikmat sihat tanpa gout.

Jangan tunggu lama-lama, jangan fikir lama-lama. Dapatkan Vivix segera sebelum gout menyerang anda kembali.

Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda akan dapat:

  • KEAHLIAN PERCUMA
  • Dapat beli Vivix dengan Harga Ahli
  • Cash bonus bulan depan
  • postage percuma
  • Konsultasi terbaik dan eksklusif dari saya, Syu Amir.

Dan offer Terhebat Bulan OGOS 2018:

  • anda akan dapat extra 5% diskaun apabila anda beli 2 botol Vivix
  • beli 6 botol dan dapat percuma 1 botol

Hubungi Syu segera di 0192198621 untuk mendapatkan Vivix anda hari ini. Dan nikmatilah hari-hari cergas dan sihat tanpa serangan gout lagi.

.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.