Kencing Manis/Diabetis · Produk

5 Kesan Yang Menakutkan Yang Boleh Terjadi Kepada Pesakit Diabetis

Akibat Buruk Yang Boleh Menimpa Pesakit Kencing Manis

Pesakit diabetis ataupun kencing manis selalunya amat susah untuk mengubah kehidupan mereka yang cintakan benda-benda manis ini. Walaupun dah dipaksa makan ubat yang berplastik-plastik tu pun masih tak kisah dengan kesihatan badan sindiri.

Takkan nak tunggu banyak benda buruk terjadi pada diri baru nak menyesal. Masa itu mungkin tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Mungkin apa yang dialami tidak teruk lagi, sebab itu masih bersikap sambil lewa. Tahu tak, banyak perkara-perkara ngeri yang mungkin akan menimpa pesakit kencing manis kalau tidak dikawal?

5 Perkara Ngeri Yang Boleh Terjadi Kepada Pesakit Diabetis

Apabila kita tidak mengawal pemakanan kita dan juga tak disiplin dalam makan ubat mahupun suplement yang diberikan, kita terdedah kepada pelbagai kemungkinan buruk. Tak dapat nak bayangkan kalau kena pada diri sendiri ataupun kena pada orang yang kita sayangi.

1. Luka Lambat Sembuh

Orang yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah amat berisiko apabila ada luka, tak kiralah luka besar mahupun luka kecil. Apabila luka, memang lambat sembuh. Kadang-kadang sampai bernanah. Busuk bau nanah tu sampai loya jadinya. Dapat bayangkan tak betapa susah nak jaga kalau tetiba luka kaki ataupun tangan?

2. Gangrene

Apabila luka teruk, ia boleh menyebabkan gangrene. Gangrene berlaku apabila tisu-tisu badan mati akibat daripada darah yang tidak mengalir ke bahagian-bahagian tersebut kerana terdapat luka teruk ataupun jangkitan kuman.

Kalau nampak kulit kita mula hitam-hitam dan mula busuk, itu adalah petanda gangrene.

3. Insulin

Perkara paling tak disukai adalah apabila kena cucuk insulin setiap hari. Ini kerana badan dah tak boleh nak hasilkan insulin, jadi mereka terpaksa mengambilkannya dari sumber lain pula.

4. Potong Kaki/tangan

Bila gangrene dah bertambah teruk, kemungkinan besar bahagian tersebut perlu dipotong. Kalau tak nanti ia akan melarat ke tempat lain dan membahayakan nyawa pesakit diabetis tersebut.

Masa itu, kita terpaksalah pilih sama ada nak pilih nyawa kita ataupun nak pilih kaki/tangan yang dah hitam membusuk tu.

5. Dialisis

Penyakit kencing manis boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Apabila buah pinggang sudah tidak berfungsi, dialisis adalah satu-satunya jalan yang ada untuk meneruskan kehidupan. Sakit sangat kena dialisis tau. Orang yang kuat sahaja boleh menhadapinya.

Tapi, sampai bila nak kena dialisis?

.

Inilah antara perkara-perkara ngeri yang boleh terjadi kepada pesakit diabetis. Kalau tak jaga dari awal, memang kita kena hadapi situasi-situasi begitu. Nak ke?

Kalau tak nak, jagalah kesihatan diri agar tidak terjebak dengan penyakit kencing manis nie. Bahaya untuk diri sendiri juga, betul tak?

Mulalah amalkan suplement secara konsisten untuk mengawal bacaan gula dalam darah agar sentiasa di paras normal.

Syu doakan semua pun bertambah sihat dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge