Produk · Set Kecantikan

5 Cara Mudah Melindungi Kulit Agar Sentiasa Berseri Dan Anjal

Petua Senang Untuk Menjadikan Kulit Berseri-seri

Sinar matahari dan pencemaran membuatkan kulit kita menjadi kusam dan hilang seri. Orang tengok muka kita macam gelap je (takde cahaya nur pun…hahaha). Kita tengok muka sendiri pun kita rasa macam ada benda tak kena.  Nak jumpa orang keliling pun malu. Sebab tu la kita kena mula jaga muka kita agar lebih berseri-seri. Kalau tak pakai make-up pun masih cantik.

Syu pernah cuba beberapa petua untuk cantikkan kulit. Tapi, masa sekolah dulu la. Masa tu kan takde duit. So, kita cari je la bahan apa yang Syu boleh gunakan di rumah. Memang bagus pun sebab tidak menggunakan kos yang tinggi pun.

Petua tradisional untuk mencantikkan kulit

1. Jus Lemon

Di rumah memang selalu ada lemon. Kalau perlu beli pun, ianya takde la mahal sangat kan.

Antara kebaikan jus lemon ialah:

  • membuang sel-sel kulit mati
  • memudarkan warna parut di kulit
  • melembutkan dan melicinkan kulit

Cara nak buat pun senang je. Cuma perlu perah jus lemon dan sapu pada kulit kita. Biarkan selama 10 minit dan bilas bersih. Boleh lakukan setiap hari, tetapi kalau kulit kita sensitif, buatlah 2-3 kali seminggu pun dah memadai.

2. Tomato

Buah tomato sangat membantu dalam mengurangkan jerawat dan jeragat. Ia juga boleh mengecilkan pori-pori dan menjadikan kulit kita lebih licin.

Kita cuma perlu kisar beberapa biji tomato hingga jadi pes. Sapu di muka dan biarkan seketika. Lepas dah agak kering, bilaslah hingga bersih.

3. Madu

Mada memang terkenal dengan pelbagai manfaat. Dan madu pun boleh jadikan kulit kita cantik dan berseri.

Sapu madu di seluruh muka dan leher kita.Bilas selepas 10 minit.

Selain itu, kita boleh juga campurkan madu dengan putih telur. Sapu pada muka dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.

4. Aloe Vera

Siapa yang ada daun aloe vera di rumah boleh buat nie. Gel Aloe vera menyejukkan kulit kita dan membantu dalam merawat parut jerawat dan juga mengurangkan kedutan di muka.

Ambil gel dari daun aloe vera dan sapukan pada muka beberapa kali seminggu. Kalau beli gel aloe vera di kedai pun boleh…hehe…

5. Air Kosong

Yang paling penting, minumlah air setiap hari. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Air masak akan menyingkirkan toksin dan sisa pepejal dalam badan kita yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

Berkurang toksin, maka makin cantiklah kulit kita.

.


Petua Moden Menjadikan Kulit Muda Remaja Dengan Selamat Dan Semulajadi. 100% berkesan tau!


.

Ini adalah antara petua tradisional yang Syu pernah cuba masa sekolah dulu. Maklumlah, zaman muda remaja memang sentiasa nak jadi cantik kan? memang sangat-sangat membantu kulit Syu dulu.

Cubalah. Moga ia membantu anda juga.

Love,

Syu Amir

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.