Anak-anak

5 Cara Bagaimana Nak Ajar Anak Tidur Awal?

Kepentingan anak tidur awal

Ramai ibu-ibu sekarang ini risau anaknya selalu tidur lewat walaupun hari persekolahan. Selagi ibunya tidak tidur, anak memang takkan tidur. Semua nak tunggu maknya masuk bilik baru nak tidur. Tetapi, untuk kanak-kanak, mereka memerlukan tidur yang cukup supaya mereka tidak penat keesokan harinya. Cumanya, macam mana kita nak pastikan anak kita tidur awal?

Kesalahan Yang Biasa Mak Ayah Lakukan Sebelum Tidurkan Anak

Untuk pastikan anak tidur awal, ia bermula dari petang hinggalah ke malam. Apa yang berlaku selepas kita pulang dari kerja memainkan peranan sama ada anak kita tidur awal atau lambat.

Kebanyakan mak ayah sekarang semuanya bekerja dan balik rumah mesti dah penat. Kita tak larat nak melayan kerenah anak-anak yang aktif tu semua. Akibatnya, kita selalu melakukan perkara-perkara berikut:

1. Biarkan mereka bermain sendiri

Bila kita dah penat, kita biarkan anak kita bermain sendirian padahal anak kita nak main dengan kita. Otak mereka mempunyai banyak cerita yang mereka nak beritahu kita apabila kita pulang.

Anak kita perlu lepaskan segala kegembiraan yang mereka simpan dalam hati mereka. Lepas tu mereka akan lebih tenang. Percayalah.

2. Gadget

Kita selalu bagi anak gaddget supaya anak kita tak kacau kita nak berehat. Memanglah anak suka, tapi ia memberi kesan kepada otak mereka.

Gadget menjadikan otak anak kita sentiasa aktif. Bila otak aktif, anak kita akan jadi susah nak tidur. Untuk biar anak kita cool down, seeloknya jangan ada penggunaan gadget pada waktu malam. Kalau nak bagi pun, waktu petang sudah memadai.

3. Maid

Bagi yang ada maid, anak memang selalu bersama maid. Kita lepaskan segala tanggungjawab kita kepada maid. Maid yang lakukan semuanya untuk anak kita. Sampai tidur pun, maid kita yang tidurkan.

Masa yang anak kita luangkan bersama maid lagi banyak dari masa bersama kita. Sebab tu la anak kita lagi selesa bersama maid dari bersama kita. Semuanya pun mereka cerita dengan maid.

4. Tidur Sendirian

Kita selalu jerit je pada anak suruh tidur. Anak masuk bilik kita biarkan saja mereka tidur sendiri. Takde pun kita nak jenguk mereka dan cakap selamat malam.

Cara mengajar anak tidur awal

Syu yakin setiap ibu ayah mesti ada cara tersendiri untuk tidurkan anak. Tapi, kadang-kadang cara kita tu tak berapa sesuai untuk mereka tidur awal. Kita kena pastikan yang fizikal dan mental anak kita penat, barulah mereka akan mudah untuk tidur.

Ada beberapa cara untuk kita pastikan anak kita penat dan bersedia untuk tidur di malam hari. Antaranya:

1. Bermain Waktu Petang

Anak-anak kita perlukan tempat yang sesuai untuk mereka melepaskan segala tenaga yang mereka ada di petang hari. Barulah mudah untuk mereka tidur.

Syu selalu bawa anak main di padang permainan petang-petang. Biarlah mereka berlari ke, main bola ke, main panjat-panjat ke, asalkan mereka dapat salur keluar tenaga mereka.

Ibu tahu tak, anak yang tak dapat keluarkan tenaga mereka selalunya mesti selalu marah-marah sampai bergaduh dengan adik beradik yang lain, selalu tantrum, dan selalu menjerit-jerit di rumah sebab tu je cara yang mereka ada untuk habiskan tenaga mereka.

2. Mandi 

Lepas main, mandikanlah anak kita. Masa mandi pun mereka boleh bermain juga dan masa mandi juga anak kita boleh bermain dengan kita. Anak kita nakkan perhatian kita sebanyak mungkin sebab masa mereka bersama kita tak banyak pun.

3. Makan malam

Makan malam bersama-sama anak dan keluarga adalah sesuatu yang bagus. Ia akan menenteramkan emosi anak kita. Masa makan bersama-sama, anak-anak kita akan banyak bercerita apa yang berlaku pada mereka sepanjang hari. Layankan aje anak kita bercerita masa tu.

Pastikan gadget memang berada jauh dari meja makan ye. Walau macam mana sibuk sekalipun kita, masa makan adalah masa bersama keluarga.

4. Baca buku atau permainan keluarga

Permainan keluarga nie macam board games yang kita boleh main sama-sama. Kalau tak pun, layanlah anak membaca buku.

Aktiviti-aktiviti waktu malam seeloknya lebih santai dan senyap supaya kita boleh tone down kan otak anak kita sebagai persediaan untuk tidur.

Jangan sesekali bagi anak kita gadget pada waktu malam sebab ia akan buat anak kita susah nak tidur.

5. Bersembang Dengan Anak Sebelum Tidur

Masa anak kita dah masuk bilik dan baring atas katil, layanlah mereka bersembang lagi sebab anak-anak memang banyak cerita nak beritahu kita.

Dan masa ini masa yang amat sesuai untuk memberi nasihat. Otak anak kita sekarang sedang memasuki alpha mode. Mode ini mode separa tidur dan segala macam nasihat memang mudah lekat masa nie.

.

Sebenarnya mudah sangat nak ajar anak tidur awal, cuma kita kadang-kadang terlalu penat nak layankan kerenah anak sebab kita fikir kepenatan kita. Kita nak rehat lepas balik kerja, tapi kita mempunyai peranan lain pula di rumah. Belum masa untuk berehat lagi.

Ingatkan anak kita menunggu kita balik untuk bermain dengan kita. Tak lama pun kita perlu layan anak, jadi manfaatkanlah sepenuhnya. Lepas anak kita tidur awal, kita pun dah boleh berehat dengan tenang.

Cubalah. Moga bermanfaat.

Love,

Syu Amir

Trying To Become A Better Mom Everyday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.