Business Opportunity · my life

5 Aplikasi Telefon Yang Wajib Ada Untuk Seorang Blogger

Application Yang Wajib Ada Jika Anda Mempunyai Blog

Di zaman serba moden ini, kita tidak lari dari teknologi gadgets. Semua orang yang berbisnes pasti ada gadgets yang tersendiri. Mustahil la takde kan? Sebab sekarang ini, semuanya dihujung jari je. Dari melayan kehendak customers, order barang, dan juga update blog.

Syu pun ada blog, alhamdulillah konsisten update blog dan blog Syu adalah lubuk duit Syu. Tapi, macam mana blog boleh jadi lubuk duit, nanti Syu kongsi ye.

Dalam meng-update blog sehari-hari, agak susah untuk mengharapkan laptop mahupun desktop sebab kita tak selalunya menghadap laptop. Betul kan?

Tapi, Syu percaya kita sentiasa bersama Smartphone kita kan? Dalam Smartphone, semua benda kita boleh ada, termasuklah menulis entry blog.

Jadi, kita perlu mempunyai beberapa aplikasi di dalam Smartphone kita untuk memudahkan kita update blog.

1. Edit Gambar

Dalam setiap entry blog, kita memerlukan gambar yang cantik supaya pembaca tertarik untuk membaca penulisan kita. Jadi, kita perlu edit gambar cantik-cantik la.

Dalam handphone Syu mesti ada aplikasi “Snapseed” dan juga “Phonto”. Nak edit gambar senang, cantik pula tu.

2. Whatssap

Setiap orang ada Whatssap, dan setiap peniaga yang menjual menggunakan blog WAJIB ada Whatssap. Senang customer nak hubungi kita dan lebih mudah untuk kita menerangkan mengenai produk/servis kita kepada pelanggan dengan menggunakan Whattsap.

3. Blogger

Aplikasi Blogger juga boleh menyenangkan hidup kita untuk menulis entry blog. Lagi-lagi bila idea bernas tiba-tiba datang. Boleh terus buka aplikasi blogger dan masukkan dalam draft.

4. Media Sosial

Unuk blogger yang menjual produk/servis, kita perlu medium untuk kongsikan entry blog kita. Cara paling senang adalah melalui media sosial, seperti facebook, twitter, dan sebagainya.

Lagi ramai yang membaca entry blog kita, lagi tinggi peluang untuk kita menjual produk kita itu.

5. Browser internet

Semua Smartphone mesti mempunyai aplikasi google mahupun internet explorer kan? Itu memang memudahkan kita untuk membuka website yang berkaitan.

Macam Syu, Syu menggunakan google chrome untuk membuka website www.shaklee2u.com.my untuk membuat sebarang order dan penbelian. Kalau orang yang baca blog Syu dan berminat untuk beli barang dari Syu, inilah gunanya aplikasi google ini nanti.

Kalau takde aplikasi google ini, mesti susah juga nak mengorder barang dari HQ Shaklee.

.

Pada Syu, inilah 5 aplikasi yang WAJIB ada dalam Tablet dan Handphone Syu. Ini semua amatlah membantu Syu dalam penjualan vitamin Shaklee. Blog inilah yang menjadi lubuk duit buat Syu walaupun Syu bercuti dan meluangkan masa dengan keluarga.

Selamat mencuba.

Love,

Syu Amir

0192198621

2 thoughts on “5 Aplikasi Telefon Yang Wajib Ada Untuk Seorang Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge