my life

5 Amalan Menjemput Rezeki Dalam Berbisnes

5 amalan penting dalam menjemput rezeki

Dalam berbisnes, kita haruslah melakukan pelbagai strategi untuk memastikan perniagaan kita meningkat dan mencapai target yang kita idam-idamkan. Strategi-strategi ini mestilah meliputi pelbagai aspek supaya akan sampai kepada target buyer kita.

Selain dari  strategi-strategi yang kita rancang, jangan lupa juga untuk melakukan amalan-amalan rohani dan spiritual untuk menjemput rezeki. Kita kena ingat, untuk mendapat rezeki, kita kena minta daripada yang Maha Pemberi Rezeki. Betul tak?

Masa Syu mulakan bisnes Shaklee, mentor-mentor dan upline Syu memang menitikberatkan amalan rohani ini. Mentir Syu selalu pesan, kalau kita tidak jaga hubungan kita dengan Allah, bagaimana kita nak dapatkan rezeki yang datang dariNya?

Ada beberapa amalan menjemput rezeki yang boleh kita amalkan untuk mendapatkan rezeki yang berkat. Syu pun mula melakukan amalan-amalan ini dengan konsisten dan istiqamah. Syu yakin dengan amalan-amalan ini Allah pasti akan makbulkan permintaan-permintaan kita.

Antara amalan yang boleh diamalkan adalah:

1. Solat Dhuha

Solat Dhuha adalah solat sunat pembuka rezeki. Solat sunat ini boleh dilakukan setiap hari untuk beroleh rezeki dari Allah.

Kita boleh lakukan 2 rakaat sehinggalah 12 rakaat bermula dari pagi selepas syuruk hinggalah sebelum zohor.

2. Solat tahajud

Solat malam adalah masa yang sangat mustajab doanya. Ini kerana masa 2/3 malam ini Allah menunggu hamba-hambanya untuk berdoa dan meminta kepadaNya kerana Allah nak makbulkan doa hamba-hambaNya yang meminta-minta padanya.

3. Berselawat

Basahkanlah lidah kita dengan berselawat kepada Nabi S.A.W. sebanyak yang boleh. Dengan berselawat, hati kita akan tenang dan mudah fokus kepada kerja hakiki.

4. Berzikir

Zikir Ya Wahhab setiap hari membantu untuk kita menjemput rezeki melimpah ruah. Ya Wahhab bermaksud ‘Yang Memberi’ Allah akan memberi kita apa yang kita mahukan, malah lebih lagi dari itu. Yakinlah.

5. Baca Al-Quran

Al-Quran adalah petunjuk kepada kita. Kalu kita rasa was-was, kita rasa down, bacalah Al-Quran untuk mencari penyelesaiannya. Ingatlah, kalau kita nak Allah bercakap dengan kita, Al-Quranlah jawapannya.

Bacalah setiap hari walaupun satu muka surat.

.

Inilah amalan yang mentor Syu ajarkan masa Syu mula berkecimpung dengan bisnes Shaklee ini. Sebab inilah Syu sayang sangat bisnes ini. Bisnes ini bukanlah mengejar sale semata-mata, tapi untuk lebih mengenali diri sendiri dan potensi yang Syu mampu buat. Ia juga mengajar Syu untuk lebih dekat dengan Sang Pencipta yang memberi segala nikmat kepada Syu.

Sekadar ini dululah perkongsian singkat ini. Syu doa semua pun mendapat manfaat dari entry ini dan berusaha memperbaiki diri kita, walaupun bukan untuk tujuan bisnes.

 

Lots of Love,

Syu Amir

Proud Founder of MDAEmpire

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge