Anak-anak

4 Tips Ibu Menguruskan Anak Di Rumah Sepenuh Masa

Dah hampir 3 minggu anak-anak berada di rumah, berkurung tak boleh nak pergi mana-mana. Mula-mula cuti sekolah, Syu tak kisah sangatlah anak-anak tak belajar dan main handphone je, tapi bila dah sepatutnya mula sekolah, Syu dah gelisah tak keruan duduk. Asyik fikir macam mana nak pastikan anak-anak still dapat education yang sepatutnya mereka dapat di sekolah.

Nak buat homeschooling, Syu tak pandai sangat. Bukan tak pandai apa, tapi tak pandai nak control marah kalau mengajar anak-anak. Ada je yang nak dimarahkan nanti. Padahal sepatutnya homeschooling ada lah sesuatu yang menarik dan menggembirakan.

Bila Syu dah menunjukkan simptom-simptom nak stress, Syu sedar yang Syu kena buat sesuatu untuk pastikan masa anak-anak digunakan sebaik mungkin sepanjang di rumah ini.

Syu faham mummy-mummy yang lain pun ramai je yang kena kerja dari rumah kan? Mesti mummy pun hadapi cabaran yang sama macam Syu juga. Dari berada di pajabat sampai petang, sekarang kena duduk rumah menghadap anak sepanjang hari. Mesti pening juga kan?

Masa kerja, jumpa anak dan uruskan anak malam dan weekend je, tapi sepanjang tempoh PKP nie, anak depan mata 24/7. Kejap nak makan, kejap nak mandi, kejap bergaduh, kejap menangis. Lagi merimaskan bila sepanjang masa menghadap gadget, tak kira la tablet, handphone, tv, etc.

So, nak buat apa sepanjang kita berada di rumah dengan anak-anak nie?

1. Buat jadual

Jadual amat penting bagi anak-anak kita, dan juga bagi kita tau mummy. Bila ada jadual, anak-anak akan tahu apa yang perlu dibuat pada masa tertentu. Dan pada kita pulak, kita boleh sediakan bahan-bahan untuk aktiviti mengikut jadual tersebut.

Dengan adanya jadual, anak kita akan lebih berdisiplin dan mengikut arahan yang kita buat untuk mereka. Kalau takde jadual, nanti mereka pun tak tahu nak buat apa. Tu yang end up main gadget je tu sampai kita pun pening kepala.

2. Tugasan Mudah

Syu agih-agihkan tugas rumah yang mudah untuk anak-anak Syu. Contohnya, Ahmad tolong buang sampah dan basuh pinggan, Syifa’ bertanggungjawab untuk sidai baju dan angkat baju. Basyiirah dan Khaulah pulak kena kemas mainan mereka selepas main.

Dengan adanya tugasan khas untuk mereka, ini akan mengajar anak-anak kita erti tanggungjawab terhadap sesuatu yang diberikan pada mereka. Kalau tak buat, Syu panggil orang yang bertanggungjawab je. Senang. Kita pun takde la nak marah-marah anak.

3. Reward System

Ini perkara yang amat dinanti-nanti oleh anak-anak Syu. Mereka tak sabar nak tengok sticker-sticker tertampal di sebelah nama mereka. Lagi banyak sticker, lagi happy diorang semua sebab itu menunjukkan yang mereka buat banyak perkara yang baik.

Ada macam-macam cara untuk buat reward system ini.

a. Boleh buat carta mengikut task yang disenaraikan. Contohnya, solat 5 waktu, mengaji Al-Quran, berus gigi, tolong ummi/abi, dan sebagainya. Setiap tugasan yang dibuat, mereka akan dapat sticker.

b. Yang nie Syu buat sebelum tidur. Syu cuma tanya berapa banyak benda baik dan benda tak berapa nak baik diorang buat sepanjang hari ini. Semua benda baik dapat sticker, semua benda tak berapa baik tu Syu cabut balik sticker tu. Dah habis semua tu, Syu kira berapa banyak sticker yang tinggal.

Bila buat setiap hari, anak-anak akan minimize kan perkara tak berapa baik tu sebab mereka tak nak sticker kena cabut.

Bila buat macam nie, secara tak langsung, kita ajar anak-anak untuk membuat kebaikan sebanyak mungkin dan elak buat perkara buruk. Mereka akan lebih berhati-hati dengan apa yang mereka buat setiap masa.

4. Hafazan Harian

Disebabkan anak-anak Syu memang sekolah rendah agama yang mempunyai subjek hafazan, Syu buat jadual hafazan anak-anak, dari Ahmad hinggalah Khaulah. Tapi, Khaulah selalu mengelat la sebab dia kecik lagi. Takpe la….

So, mereka pun tahu surah apa yang kena hafal, surah mana yang kena ulang. Takde la nanti, hafazan tak buat, ulangan hafazan pun tak buat juga. Jenuh nak suruh hafal semula nanti.

.

Ini antara yang Syu buat untuk menguruskan anak-anak setiap hari selama dah 3 minggu duduk rumah sebab PKP nie. Ada hari yang menjadi, ada hari yang tak. Tapi, yang penting dengan ada perancangan, in sya Allah hari anak kita tak la berterabur sangat dan takde la masa terbuang dengan perkara yang tak berfaedah.

Mummy-mummy buat apa bersama anak-anak sepanjang masa PKP ini? Share la di ruang komen ye. Syu boleh try nanti.

Ummi anak 5,

Syu Amir

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.