Business Opportunity · my life

4 Perkara Wajib Dilakukan Ibu Bekerja Yang Ada Part-time Bisnes

4 Perkara Kena Buat Agar Hari Bekerja Lebih Mudah dan Tidak Kelam Kabut

Ibu bekerja memang sangat sibuk. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan keluarga, dan juga sibuk dengan bisnes. Setiap hari mesti ibu-ibu penat sampaikan kadang-kadang tak larat langsung nak buat apa-apa bila dah sampai rumah. Masak pun tiada tenaga.

Masa cuti hujung minggu adalah masa untuk bersama keluarga. Masa inilah nak bawa anak jalan ataupun nak bersantai-santai di rumah sebab hari kerja memang dah super penat.

Tapi, tahu tak, kita boleh pulun siapkan beberapa perkara semasa hujung minggu supaya setiap hari lepas balik kerja kita tak penat sangat agar boleh fokus uruskan hal anak dan keluarga?

1. Gosok baju untuk seminggu

Menggosok baju untuk seminggu memang mengambil masa yang lama. Lagi-lagi kalau kita ada suami yang bekerja dan anak-anak yang bersekolah pun ramai. Kalau setiap hari sepasang baju, seminggu dah 7 pasang baju. Kalau ada anak 3 yang sekolah tak ke banyak nak menggosok baju setiap hari?

Gunakan masa hujung minggu untuk menggosok baju untuk seminggu, jadi masa kerja kita relax sedikit. Bolehlah fokus kepada keluarga dan juga bisnes.

2. Sediakan bahan mentah

Ini Syu akan buat setiap hujung minggu. Syu akan beli bahan mentah untuk seminggu seperti ayam, sotong, udang, etc. untuk masak sepanjang minggu.

Syu akan asingkan dalam bekas ikut hari. Satu bekas cukup untuk sekali masak sahaja. Mudahlah nak keluarkan dari peti ais bila nak masak nanti dan bila nak masak dah tak perlu bersihkan, terus defrost dan masak.

3. Sediakan menu untuk seminggu

Ini penting tau supaya kita tidak kelam kabut fikir nak masak apa. Mudah nak defeost bahan mentah yang mana.

Bila dah ada menu baru beli bahan mentah. Lagi mudah sebab kita dah tahu apa yang perlu beli. Senanglah nak buat list barang dapur kena beli.

4. Menulis blog

Syu biasanya fokus menulis blog di malam hari, tetapi bila dah penat, penulisan jadi tak berkualiti. Ataupun lagi teruk, tak menulis blog pun untuk hari tersebut.

Jadi, untuk memudahkan kerja, Syu akan pulun masa hari minggu untuk siapkan 7 entry blog supaya tiada hari yang blog Syu tak berupdate.

.

Mudah kan? Kita sibuk di hujung minggu supaya kita tidak penat sangat di hari bekerja. Jadi, bolehlah masak makan malam lepas balik kerja ataupun bolehlah nak layan anak baik-baik walaupun anak buat perangai.

Tapi, janganlah risau. Semua kerja-kerja ini takkan ambil sepanjang hujung minggu pun. Kita masih ada masa untuk bawa anak keluar berjalan-jalan.

Contohnya, Gosok baju boleh buat semasa tengah hari masa anak tidur. Beli bahan mentah pagi-pagi masa pergi pasar. Menulis blog pula kita boleh buat malam lepas anak tidur. Boleh fokus sebab masa tu senyap tanpa gangguan.

Kita hanya perlu cari masa yang sesuai untuk siapkan perkara-perkara tersebut. Yang penting, cari masa dan kemudiannya fokus untuk siapkan.

Good luck 👍🏻

Love,

Syu Amir (1139539)

proud Founder of MDAEmpire

0192198621

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge