Business Opportunity · my life

4 Perkara Wajib Buat Setiap Hari Bagi Mendapat Masa Yang Panjang

4 Perkara Yang Dapat Memanjangkan Masa

Semua orang Allah kurniakan dengan masa 24 jam sehari. Tapi, mengapakah ada sesetengah orang rasa masa tu pendek je? Tanpa disedari, hari dah petang.

Yang beruntung ada orang-orang yang sentiasa rasa masanya begitu panjang. Dah macam-macam dibuat, ingatkan dah berjam-jam buat kerja, rupanya baru beberapa minit je.

Kita semua mesti nak jadi orang yang beruntung kan? Dapat masa yang panjang. Lagi-lagi kalau kita nie ada bisnes. Mana nak settlekan hal bisnes, mana masa nak uruskan rumahtangga dan keluarga.

Syu pun pernah rasa lost sebab tak tahu pun buat apa untuk hari tu, tapi tiba-tiba sedar hari dah petang. Kelam kabut la seleesaikan semuanya. Kadang-kadang jeles dengan orang lain yang super sibuk tapi tangan macam sotong. Semua kerja pun dapat diselesaikan pada hari itu.

Apa yang Orang Beruntung Buat Untuk Dapatkan Masa Yang Panjang?

Apa yang orang lain buat sehingga mereka rasa yang masa mereka sangat panjang? Padahal semua orang pun ada 24 jam yang sama.

1. Bangun Sebelum Subuh/Bangun Awal Pagi

Tahu tak bangun awal pagi boleh membuatkan kita rasa yang masa kita panjang sangat? Kita bangun pagi-pagi dah mandi dan mulakan hari dengan beribadah kepada Allah.

Lepas Subuh, kita dah boleh mula buat kerja-kerja rumah seperti memasak, basuh baju, sapu sampah dan sebagainya. Tapi, tengok jam baru jam 7.30 pagi contohnya. Kita rasa gembira sangat sebab kerja banyak dah selesai diawal waktu. Bolehlah mulakan urusan bisnes kita pula ✌🏻

Kalau kita bangun lambat, kita akan rasa tak tenteram dan asyik nak marah je. Akhirnya, sepanjang hari kita rasa tak best je. Bazir masa kita je.

Lagipun, masa antara subuh dan Syuruk itu adalah masa Allah bahagikan rezeki kita untuk hari tersebut. Jadi, janganlah turup pintu rezeki sendiri dengan tidur pada waktu itu.

2. Solat awal waktu

Solat awal waktu membantu kita rasa masa kita panjang je. Apabila kita jaga hak Allah, Allah akan uruskan hal-hal yang lain.

Janganlah bertangguh-tangguh apabila telah masuk waktu solat. Solatlah dulu dan sambung selepas itu. Tengoklah masa kita akan lenih diberkati dan mudah sahaja urusan kita selesai.

3. Baca Al-Quran

Bila kita rasa masa kita macam tak cukup, bacalah al-quran sebab Al-Quran adalah penawar kepada segala masalah.

Sebenarnya, bila kita baca Al-Quran, kita akan lebih tenang dan akan berupaya untuk membuat tugasan dengan baik.

4. Jadual

Ini adalah penting bagi semua, tak kiralah kita bekerja di pejabat mahupun kita adalah seorqng WAHM.

Jadual membantu kita untuk keep on track. Kita tahu apa yang perlu dilakukan pada hari itu. Kalau kita leka, kita akan lebih mudah kembali ke pangkal jalan dengan adanya jadual. Takde la berangan dan buat perkara lagha lama sangat kan 😂😂

.

Itulah serba sedikit yang boleh kita buat untuk memastikan semua yang kita plan berjalan lancar. Takde la nanti menangis kat bucu katil tengok orang lain dah jauh ke depan tapi kita masih lagi di tempat yang sama.

Best of luck dan semoga semuanya berjaya dapatkan apa yang diimpikan.

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge