Berpantang · Premium Product · Produk · Vivix

4 Cara Mudah Hilangkan Perut Menggelebeh Selepas Bersalin Czer

Bismillah.

Bila bersalin czer, salah satu perkara yang Syu tak boleh buat adalah berurut macam mana bersalin normal. Masa bersalin normal, kita urut badan menyiarap kan? Masa bersalin czer, tak boleh nak menyiarap. Lagi satu, bahagian rahim dan sekitarnya langsung tak boleh sentuh. Tak boleh urut, tak boleh tungku, semua la tak boleh.

Kalau semua tak boleh, macam mana nak hilangkan perut yang menggelebeh nie? Nak perut kempis semula!!! Macam mana nie?

Syu memang particular pasal perut. Tak nak lah perut menggelebeh lepas bersalin kan? So, memang sedaya upaya Syu akan usaha juga untuk kempiskan perut selepas bersalin, walaupun bersalin czer.

Alhamdulillah sangat, Syu berjaya juga dapatkan perut sebelum mengandung walaupun lambat prosesnya. Nak sesuatu kenalah berusaha, konsisten dan bersabar kan?

Nak tahu apa Syu buat? Jom baca sampai habis ye. Moga bermanfaat untuk mummy-mummy semua.

Tips Kempiskan Perut Walaupun Bersalin Czer

1. Memakai tapel/krim kempiskan perut

Sebelum bersalin lagi, Syu dah pilih krim kempiskan perut ataupun tapel yang sesuai untuk kempiskan perut Syu nie. Syu akan pilih krim yang extra panas supaya cepat sikit perut Syu kempis..haha…

Setiap kali selepas mandi dan juga sebelum memakai bengkung, Syu akan sapu dulu krim kempiskan perut ini. Bila gabungkan krim ini dan bengkung yang Syu pakai, perut kita akan mudah kempis berbanding tak pakai krim panas pada perut.

2. Bengkung

Untuk mummy yang bersalin czer, ramai yang kata tak elok bengkung sebab takut jahitan czer terbukak semula. Tapi, bila tak bengkung, perut kita pula yang berlipat dan terkena tempat jahitan tu. Bila perut berlipat, secara tak langsung, luka jahitan boleh dapat jangkitan juga sebab lembab je tempat jahitan tersebut kan?

Syu mula-mula pakai bengkung untuk elakkan perut Syu berlipat dan terkena tempat czer. So, Syu belilah bengkung yang sesuai dengan mummy bersalin czer. Untuk pengetahuan, bengkung yang sesuai untuk mummy bersalin secara pembedahan ni cuma yang jenis strap sahaja. Yang jenis ikat tak digalakkan ye.

Dan bila berbengkung, jangan lekatkan terlalu ketat. Just lekatkan setakat untuk beri keselesaan pada perut dan rahim kita je.

3. Senaman ringan

Untuk mummy yang bersalin secara pembedahan ini, kita masih perlu buat senaman ringan yang boleh bantu kempiskan perut juga ye. Tapi, jangan buat senaman yang menyakitkan jahitan pembedahan kita. So, try and error jenis senaman kempiskan perut yang sesuai dengan kita.

Dan bila kita dah jumpa senaman kempiskan perut yang sesuai, buatlah senaman tersebut setiap hari mengikut kemampuan badan kita. Jangan paksa diri tau. Nanti bahagian czer sakit baik, mummy juga yang susah.

Apa yang penting, senaman yang mummy pilih tu, mummy lakukan dengan istiqamah dan konsisten.

4. Suplement

Selain dari semua yang Syu buat ini, Syu still amalkan suplement yang boleh kempiskan perut juga. Ada macam-macam suplement yang terdapat di pasaran, tapi Syu hanya pilih yang selamat dan terbukti berkesan pada badan Syu.

Tak lain tak bukan, Syu amalkan suplement Shaklee. Selain dari Vivix dan set berpantang premium Shaklee, Syu akan add on juga Cinch Shake, salah satu produk Shaklee juga.

Kenapa Syu pilih Cinch Shake?

  • Cinch Shake Shaklee adalah satu minuman yang amat membantu dalam membuang lemak-lemak dalam badan. So, perut cepat kempis.
  • Dalam Cinch Shake, terdapat Leucine yang amat penting mengelakkan kulit dari menggelebeh. So, secara tak langsung, Cinch Shake ini sangat bagus untuk mengembalikan perut kempis yang diidam-idamkan.

.

Dengan mengamalkan 4 tips di atas ini, Alhamdulillah sangat-sangat, perut Syu kempis dengan cepat dan ianya terbukti berkesan. So, takde la nampak perut kita macam ‘spare tyre’ kan? Malu tau nampak ‘spare tyre’ di perut tu setiap kali kita keluar rumah berjalan-jalan.

Moga dengan perkongsian tips ini dapat membantu mummy sekalian untuk dapatkan semula perut yang diidamkan itu.

Untuk dapatkan set berpantang Shaklee dan juga cinch shake ini, boleh hubungi Syu di talian 0192198621. Syu akan berikan konsultasi yang terbaik buat mummy semua.

Niat Untuk Membantu,

Syu Amir

0192198621

Peengedar Shaklee Terbaik JB dan Singapore

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.