my life

3 Perkara Wajib Buat Apabila Baru Pulang Dari Kampung

Perkara Pertama Wajib Buat Apabila Pulang Dari Kampung

Penatnya rasa bila balik dari kampung. Memandu berjam-jam memang memenatkan, tetapi bila sampai rumah bukannya boleh tidur terus. Ada beberapa perkara yang Syu wajib buat dulu sebelum boleh goyang kaki berehat.

Perkara Wajib Buat Dulu Apabila Sampai Rumah

Setelah tinggalkan rumah selama beberapa hari, mesti kita nak bersihkan semula, betul tak? Masa Syu pulang ke rumah, ada perkara wajib yang Syu kena buat dulu sebelum berehat. Tapi, tengok keadaan anak juga la. Bila anak Syu semua OK, memang inilah yang Syu akan buat dulu.

1. Basuh baju

Bila balik dari kampung, baju kotor mesti banyak kan? Macam Syu, dengan anak 4 orang yang sangat rajin tukar baju tu, memang bergununglah baju kotor.

Jadi, balik je rumah, mesti masukkan baju dalam mesen basuh dulu dan basuh. Dapat sekali basuh pun jadilah. At least boleh la juga kurangkan gunung baju kotor tu 😂

2. Salin cadar

Nie pun Syu akan buat juga. Biasanya sebelum pulang ke kampung cadar memang belum tukar pun. Jadi, bila balik kampung cadar mesti berhabuk sebab beberapa hari tak guna.

So, tukar dulu. Baru selesa nak tidur.

3. Sapu Rumah

Syu memang pantang lantai kotor sekarang. Habuk pun rasa tak selesa nak pijak lantai. Kenalah sapu dulu. Kalau rajin dan larat, Syu akan mop sekali. Kalau tak, esoknya baru mop.

.

Inilah 3 perkara yang Syu akan buat walaupun Syu penat sangat. Rasa tak selasa bila balik rumah tapi rumah tak berkemas.

Bila dah habis kemas semua, bersihkan diri dan tidur. Sebelum tidur, memang akan telan Bcomplex dan Ostematrix untuk tidur yang lebih lena dan tiada sakit-sakit lenguh-lenguh badan ✌🏻

Mummy semua buat apa pula bila sampai rumah? Jom kongsikan rutin mummy pulak 😍

Love,

Syu Amir

♥️ MDAEmpire ♥️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.