Berpantang · Premium Product · Produk · Vivix

3 Cara Cepat Untuk Menghilangkan Rasa Sakit Bersalin Secara Pembedahan/Czer

Bismillah.

Syu ada 5 orang anak. Masa bersalin anak ke-5 pada Oktober 2019 yang lepas, merasalah Syu bersalin secara pembedahan. Memang tak dijangka akan bersalin czer pun, tapi Syu tahu rancangan Allah adalah yang terbaik.

Since this is my first time kena czer, memang tak tahu apa-apa la kan. Tak tahu pun apa yang Syu sepatutnya rasa selepas kena bedah 7 lapis perut kita tu.

Selepas bersalin dan dihantar ke wad, Syu memang tidur hampir 18 jam. Mungkin sebab bius dari pembedahan tu ada lagi, so memang tak terjaga pun. Sampaikan nak kena makan ubat pun nurse yang kejutkan. Lepas makan ubat, Syu tidur balik.

Tapi, seksanya hadir masa hari ke-dua. Doktor suruh Syu cuba bangun, berdiri dan cuba jalan pergi tandas. Masa tu barulah rasa betapa seksanya nak gerakkan kaki walau seinci je. Rasa sakit tu memang tak dapat nak dijelaskan. Hanya Allah je yang tahu masa tu.

Bergerak sakit.

Baring sakit.

Batuk sakit.

Nak berjalan pergi tandas lagi la sakit.

Setiap masa kalau boleh memang nak telan painkiller je untuk hilangkan rasa sakit yang nampak macam tak berkesudahan tu.

Bila dah balik rumah, lagi la terasa sakit yang mencucuk-cucuk di tempat pembedahan. Sampaikan nak duduk pun susah, nak bangun dari sofa lagi la payah. Setiap pergerakan memang menyakitkan tempat luka czer.

Tambah pula dengan ragam anak yang lagi 4 orang. Mana tidaknya, mereka pun perlukan perhatian juga. nak ajak main, nak minta ambil air, nak pergi tandas pun panggil umminya. Tapi, sebabkan sakit yang melampau tu, Syu tak mampu nak layan pun anak-anak masa tu. Semuanya Syu serahkan pada mak ayah yang ada menjaga Syu.


Disebabkan Syu tak tahan sangat dengan sakit ini, Syu terus cari apa yang boleh Syu buat untuk kurangkan sakit pembedahan ini dengan cepat dan mudah. Syu cuba beberapa tips yang mudah dilakukan untuk mengurangkan sakit czer. So, Syu share di sini ye untuk rujukan mummy-mummy yang melalui perkara yang sama macam Syu.

1.Vitamin C

Syu makan banyak makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti buah oren. Masa adik Syu bersalin czer, kawannya ada bagi tips makan buah oren 4-5 biji sehari untuk cepatkan luka sembuh dan tak sakit.

Alhamdulillah, memang berkesan la untuk jangka masa pendek. Bila makan banyak buah oren, sakit luka tu memang tak terasa sangat. Boleh la bertahan lagi.

Tapi, bila takde sumber buah oren di rumah untuk beberapa hari, sakit tu datang balik.

2. Cuci luka dengan kerap

Luka yang dicuci dengan kerap akan lebih cepat baik. Tapi, pastikan luka tu kita keringkan dengan baik tau. Kalau bahagian luka lembab atau basah, memang susah la nak baik. Boleh bernanah atau dijangkiti kuman tau kalau bahagian luka czer lembab.

Cara cuci yang Syu belajar:

  • Campurkan garam dengan air suam. Guna kapas dan cuci perlahan-lahan di sepanjang bahagian luka. Bersihkan sekali daki-daki yang melekat di keliling luka tersebut.
  • anginkan bahagian luka tersebut dan biarkan air garam tu kering sendiri.
  • Cuci luka 3-4 kali sehari.

3. ubat-ubatan

Masa Syu baru balik dari hospital, nurse memang bagi painkiller untuk Syu makan selama 3-4 hari. Tapi, oleh sebab painkiller tersebut tak berapa baik untuk penyusuan baby, Syu tak berapa nak makan mula-mula.

Tapi, bila dah sakit sangat-sangat, akhirnya makan juga la painkiller sebelum tidur.

4. Suplement berpantang

Ini adalah penyelamat Syu yang paling besar. Dengan mengamalkan set berpantang Premium Shaklee, Syu mampu mengurangkan sakit czer yang menyeksakan itu dengan cepat. 2 minggu kira cepat la kan untuk orang yang bersalin secara pembedahan.

Ada beberapa suplement penting di dalam Set Berpantang Premium Shaklee yang amat-amat membantu Syu dalam menghadapi masa kritikal ini. Serius, kalau takde suplement ini, Syu tak tahu la berapa lama kena tanggung kesakitan.

1.Vivix

Ini adalah suplement yang paling penting buat Syu untuk hilangkan rasa sakit dan yang suplement paling penting untuk Syu pulihkan luka jahitan dalam dan juga luar. Dalam 2 minggu mengamalkan Vivix, Syu dah boleh berjalan macam biasa, walaupun perlahan-lahan. Terkejut juga la.

  •  Vivix adalah suplement premium yang bertindak membaiki sel-sel badan kita hingga ke peringkat DNA lagi. Seperti yang kita tahu, DNA memainkan peranan penting dalam kesihatan sel kita. Bila sel badan sihat, organ dan sistem badan kita pun akan lebih sihat termasuklah lapisan rahim yang dibedah. Sebab tu la, bila ambil vivix, luka kita cepat sembuh.
  • Vivix juga mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi untuk membantu pemulihan luka pembedahan dengan cepat.

2. Vitamin C

Kandungan Vitamin C Shaklee amat bagus untuk memperbaharui sel dengan cepat dan ia juga mempercepatkan pemulihan luka pembedahan. Sistem Sustained-released yang terdapat di dalam Vitamin C Shaklee membolehkan badan kita mendapat kandungan Vitamin C yang berterusan selama 5 jam.

Jadi, bila Syu mengambil Vitamin C setiap 5 jam, luka pembedahan Syu akan terus menerus diperbaiki dengan cepat. Sebab itu sakit di tempat luka tu cepat hilang.

3. Zinc Complex

Syu mengambil Zinc Complex 3 kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit. Kira macam zinc complex adalah ‘painkiller’ bagi Syu.

Zinc Complex juga membantu dalam pemulihan luka dengan cepat. Ia adalah mineral yang snagat penting dalam tubuh kita bagi memastikan luka kita sembuh.

4. Vitalea

Vitalea adalah multi-vitamin Shaklee yang mengandungi mineral lengkap yang diperlukan badan kita untuk cepat sembuh.

5. B Complex

Syu memang amalkan B-complex Shaklee setiap hari. Tapi, bila dah kena czer, Syu ambil lebih B-complex ini untuk membantu badan Syu lebih relax dan tenang.

Bila badan kita relax dan kita pun tak stress, luka kita akan cepat pulih. Percayalah.

6. Ostematrix

Ostematrix pun Syu akan ambil sebelum tidur setiap hari. sangat membantu untuk Syu tidur lena sepanjang malam. Kalau tak cukup tidur pun, Syu still dapat bangun dengan badan yang segar dan fresh.

Ia amat penting untuk mendapat tidur dan rehat yang cukup untuk membaikpulih luka pembedahan, termasuklah luka pembedahan czer.

7. ESP

ESP adalah minuman berasaskan protein yang mengandungi asid amino lengkap yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Dan badan kita memerlukan protein untuk memastikan luka pembedahan kita cepat sembuh.

Memang fungsi protein adalah untuk memastikan pertukaran antara sel rosak dan sel sihat berlaku dengan lebih cepat. Jadi, sel luka kita akan cepat dipulihkan bila ada protein yang mencukupi.

.

Dengan asbab Syu mengambil Vivix dan set berpantang Shaklee, luka pembedahan Syu cepat kering dan tak rasa sakit dah dalam masa 2 minggu je. Syu sangat bersyukur Syu pilih VIVIX, dan Syu amat amat bersyukur Syu pilih suplement Shaklee.

Bila luka czer cepat sembuh, kita akan rasa lega sangat. Bolehlah main dengan anak (tapi jangan la sampai lasak sangat la), boleh la sediakan makanan untuk keluarga, tapi yang paling penting, boleh batuk tanpa rasa macam perut nak terkeluar.

So, mummy-mummy yang still rasa sakit di tempat kena bedah tu, cepat-cepatlah ambil Vivix dan set berpantang Shaklee ye.

Syu yakin, mummy pun akan dapat kesan yang sama macam Syu juga. Syu yakin yang luka czer mummy akan cepat sembuh dengan Vivix dan set berpantang Shaklee. Syu yakin mummy pun akan lebih bertenaga bila luka dah bertambah baik dan pulih. Ameen.

So, jangan takut, dan jangan berkira dengan kesihatan kita ye. Kita nak sembuh cepat supaya kita boleh uruskan keluarga dengan baik kan? Kita nak sembuh cepat supaya kita boleh buat perkara yang kita biasa buat sebelum ini kan?

Kalau itulah apa yang mummy mahukan, ambillah Vivix dan Set Berpantang Shaklee dengan konsisten. In sya Allah, dengan asbab itu, mummy akan lebih sihat dan luka pun akan sembuh dengan cepat.

Nak dapatkan Vivix dan set berpantang Shaklee nie? Contact je Syu ye di 019-2198621. Syu akan berikan konsultasi yang terbaik untuk mummy dapatkan kembali kesihatan yang mummy mahukan.

I’ll do my best to help you have a healthy lifestyle that you dream of.

Hanya ingin membantu,

Syu Amir

0192198621

Pengedar Shaklee JB dan Singapore

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.