Anak-anak

15 Adab-adab Beraya Yang Perlu Diterap Pada Anak-anak

Adab-adab Yang Perlu Ibu Ayah Ajar Anak-anak Semasa Beraya

Masa raya inilah masa untuk kita semua berkunjung ke rumah sanak saudara dan juga rakan-rakan serta jiran tetangga. Tetapi, dengan adanya anak kecil yang aktif, kita kadang-kadang rasa segan dengan tingkah laku anak kita yang mungkin tidak menyenangkan hati tuan rumah.

Tapi, takkan tak nak beraya ke rumah orang kan? Jadi, kita perlulah ajar anak kita tentang adab-adab semasa berkunjung ke rumah orang.

Anak-anak Syu pun memang jenis yang aktif dan tidak reti duduk diam. Ada jugalah masanya yang Syu rasa nak je marah anak sebab tak behave, tapi sampai bila Syu nak marah kan? Anak-anak perlu tahu adab dan limit apabila pergi ke rumah orang lain, tak kiralah masa raya ataupun tak.

Syu perasan anak-anak sekarang banyaknya banyak main dengan gadget je masa pergi berkunjung ke rumah orang lain. Mungkin ini cara untuk diamkan anak-anak semasa mak ayah terngah bersembang kot. Mungkin juga malas nak layan kerenah anak yang aktif tu, takut nanti apa-apa berlaku pada barang-barang rumah orang.

Tapi, bila anak cuma berinteraksi dengan gadget, mereka dah tak kisah keadaan sekeliling dah. Macam mana nak kenal orang kalau kita tak bertegur sapa kan? Mana anak nak belajar rasa hormat kalau kita tak ajar mereka. so, kita kenalah ajar adab-adab semasa berkunjung.

Adab-adab Berkunjung Ke Rumah Orang

1. Memberi salam

Semasa berkunjung ke rumah orang, tak kiralah raya atau tak, ajarlah anak memberi salam kepada tuan rumah. Tetapi, sabarlah menunggu tuan rumah membuka pintu.

Jangan pula biar anak kita mengintai ke dalam kalau tuan rumah belum buka pintu. Mungkin tuan rumah sedang bersiap dan tidak menutup aurat lagi.

2. Bersalaman

Bila dah jumpa dengan tuan rumah, ajarlah anak kita bersalam dengan mereka. Simpan dulu gadget anak-anak.

Nampak tidak sopan bila anak kita tengok video atau main game semasa baru sampai rumah orang.

3. Makan perlahan-lahan

Anak-anak perlu diajar makan perlahan-lahan. Jangan makan dengan gelojoh.

Lagi satu, ajar anak ambil makanan sikit-sikit. Biarlah bertambah kalau tak cukup, tapi bukan membazir.

Pantang Syu bila anak-anak tak habis makanan yang diambil.

4. Jangan tinggi suara

Semasa di rumah orang, jangan sesekali meninggikan suara atau menjerit-jerit. Kalau bercakap sesama adik beradik pun, cakaplah dengan perlahan. Jangan sampai mengganggu mak ayah tengah bersembang dengan tuan rumah.

5. Jangan bergaduh

Normal la bila anak-anak bergaduh sesama sendiri, tak kira di mana jua. Tugas kita untuk handle pergaduhan anak dengan baik. Jangan sampai kita yang malu dengan sikap anak-anak kita nanti.

6. Jawab bila orang tanya

Anak-anak biasanya mesti tak dengar apa-apa dah bila diorang duk la menghadap gadget. Kita kena ajar anak supaya dengar kalau-kalau ada orang tanya kita soalan. Anak kita perlulah menjawab dengan baik, bukan dengan kasar.

7. Minta izin

Kalau nak pergi mana-mana bahagian rumah, contohnya, bilik air ataupun nak main di perkarangan rumah, mintalah izin dengan tuan rumah. Jangan main pergi je. Nanti takut kita tersalah masuk bilik, ataupun kita terlihat sesuatu yang tak sepatutnya.

8. Jangan buat macam rumah sendiri

Biasa di rumah, anak-anak selalu memanjat, buat sepah, ataupun bising walaupun bermain dengan adik beradik. Tapi, di rumah orang, kita kawallah anak kita untuk tidak buat macam di rumah.

Memang susah nak kawal anak aktif, tapi anak perlu belajar cara berkelakuan baik di rumah orang.

9. Jangan komen perkara yang tidak elok

Budak-budak amat jujur dengan komen yang mereka katakan. Memanglah mereka tak tahu apa-apa, tapi kita kena tegur anak bila mereka buat komen yang tak sedap didengari.

Contoh:

“Mama, tak sedap la nasi nie. Adik nak yang lain la”

“Ayah, kuih nie tak best la. Kakak tak nak la”

Kita kena ajar anak supaya jaga hati tuan rumah, jangan sampai tersinggung dek kerana komen anak kita tu.

10. Jangan menyampuk semasa orang tua berbual

Semasa kita berbual, masa tu la anak kita nak cakap sesuatu. Lepas tu jenis tak boleh nak tunggu. Selagi kita tak pandang, selagi tu diorang akan panggil “ummi, ummi,ummi” sampailah kita pandang mereka. Kita yang tengah bersembang nie pun terpaksa berhenti sebab suara mereka lagi kuat dari suara kita.

Anak perlu tahu cara nie salah. Mereka sepatutnya panggil sekali sahaja dan tunggu sampai kita habis bercakap baru kita layan pertanyaan anak.

11. Duduk Diam-diam

Duduk diam bukanlah bermaksud tak boleh bercakap apa-apa. Maksudnya janganlah usik barang-barang tuan rumah tanpa izin. Takut nanti pecah ke rosak ke, kita juga yang segan dengan tuan rumah.

12. Jangan merayau-rayau

Jangan bagi anak-anak kita merayau sekitar rumah tanpa izin. Kita tak tahu berapa banyak barang berharga di rumah tuan rumah tu. Kita tak nak apa-apa berlaku pada barang-barang tuan rumah.

13. Bersalaman sebelum pulang

Ajar anak kira supaya salam tuan rumah sebelum pulang. Jangan melulu masuk kereta hanya sebab mereka dah tak larat dan penat.

14. Jangan Buka Sampul Raya di Depan Tuan Rumah

Semasa raya, anak-anak biasnaya akan dapat duit raya. Jangan bagi anak buka sampul raya depan tuan rumah.

Ini dah menjadi kebiasaan sekarang nie. Budak-budak buka sampul raya, ambil duit dan buang sampul merata-rata. Lepas tu, siap boleh buat komen “eh, sikitnya duit raya”. Jangan sesekali bagi anak cakap macam tu sebab duit raya bukan wajib pun.

15. Berterima kasih 

Ajar anak ucap terima kasih pada tuan rumah. Terima kasih sebab makanan yang diberi, terima kasih sebab luang masa melayan kita, terima kasih sebab bagi duit raya. Pendek kata, anak perlu belajar ucap terima kasih kepada orang.

.

Adab-adab ini perlu diajar kepada anak-anak kita ketika berkunjung ke rumah orang. Untuk permulaan, mungkin agak susah sikit untuk anak kita belajar, tapi kalau kita tunjuk banyak-banyak kali, anak kita akan faham dan ia akan jadi lebih mudah.

Jangan sesekali diamkan anak dengan gadget. Nanti anak kita sampai bila-bila pun tak akan tahu adab berkunjung ke rumah orang lain.

Jom mula ajar anak-anak kita. Selamat mencuba!

Love,

Syu Amir

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.