Anak-anak · Muhasabah Diri · my life

10 Tips Berkomunikasi Dengan Anak Yang Berkesan

Mak ayah, tak kiralah bekerja sendiri or bekerja makan gaji or surirumah sepenuh masa mahukan anak-anak yang mendengar kata sepanjang masa, betul tak?

Kalau anak tak dengar cakap, mulalah kita naik angin, mulalah kita nak marah-marah mereka. Kalau boleh kita tak nak ada sebarang pertengkaran antara kita dan anak. Kita nak mereka patuh setiap arahan kita dan apa yang kita suruh. Tapi, pernah tak kita belajar cara nak berkomunikasi dengan anak kita supaya mereka mudah dengar cakap kita?

Syu dulu pun masa kerja selalu marah. Rasa marah tu memang sebati dengan diri. Anak gaduh marah, anak buat benda tak patut, marah, anak tak buat benda yang Syu suruh pun nak marah. Rasa macam mak yang gagal giler bila tak dapat kawal marah nie.

Akhirnya, anak-anak yang jadi mangsa. Dan yang paling sedih, anak-anak pun turut jadi pemarah juga macam ummi nya. Barulah sedar, apa yang Syu buat, anak tiru sebab kita kan role model mereka. Kalau baik perangai kita, anak ikut. Kalau buruk perangai, lagilah anak akan ikut. Benda buruk dan negatif lagi mudah kekal dalam kepala mereka. Ingat tu.

Bila Syu sedar perangai anak pun dah macam Syu, sentap giler masa tu. Cara diorang marah sesama sendiri sebijik macam mana Syu marah diorang. Menangis masa tu. Tapi, my turning point untuk ubah diri adalah bila anak cakap “Ummi nie asyik marah je. Kitorang tak buat apa-apa pun”. Masa tu rasa macam kena ketuk kepala dengan hammer tau tak.

So, Syu carilah tips-tips untuk hadapi anak-anak yang sedang membesar dengan aktif nie supaya Syu dapat kurangkan marah bila mereka buat sesuatu yang Syu tak suka or tak boleh terima.

Ada beberapa penulis buku yang beri tips yang Syu apply masa bercakap dengan anak. Ada yang OK, ada yang tak berapa sesuai untuk buat. Tapi, kita buat mana yang boleh ye. Asalkan buat sesuatu untuk mengubah kepada yang lebih baik.

Di sini Syu share 10 tips dulu ye. Ini yang Syu rasa perkara penting untuk berkomunikasi secara berkesan dengan anak-anak.

1. Jangan Guna Perkataan ‘Jangan’

Tahu tak anak-anak tak boleh proses perkataan negatif ‘Jangan’ nie? Kalau kita sebut ‘jangan lari’, nanti mereka dengar perkataan ‘lari’ je. So, diorang pun lari lagi laju. Sebab tu jangan guna perkataan ‘jangan’ bila beri arahan.

Say what you want them to do.

Contoh: anak lari jauh dari kita, dan kita nak mereka jalan dekat dengan kita dan jalan perlahan-lahan sebelah kita. So, jangan cakap “Jangan Lari”, tapi sebutlah “Jalan perlahan-lahan sebelah ummi nie”

Faham ke faham?

2. Get to the point

Anak- tak suka kita membebel sebab diorang tak akan tangkap apa yang kita nak mereka buat pun.

Kita nie bebel la pasal bilik bersepah, baju tuala tak gantung, dan sebagainya. Bla Bla Bla…

Bila kita membebel, kita sebenarnya melepaskan geram kita je. Macam nak cakap “Kenapalah ummi cakap banyak kali tapi korang nie tak boleh nak ikut?”

So, get to the point. Jangan sesekali membebel.

3. Don’t Shout

Bila menjerit memekik marah anak-anak, kita cuma cakap dengan dinding je. Anak tak dengar apa yang kita nak cakap bila kita marah. Tapi, dengan marah, kita develop perasaan takut anak-anak pada kita, which is very bad in a long run. Bila anak dah mula takut, macam-macam diorang akan buat untuk elakkan dari kena marah. Sampai menipu pun ada.

Setiap kali nak bercakap dengan anak, cakap dalam keadaan tenang. Bila tengah marah, tarik nafas panjang, istighfar, dan diam dulu. Bila boleh cakap dengan baik, baru cakap.

4. Mulakan dengan perkara positif

Apabila anak buat salah, jangan terus marah perbuatan salah tu. Puji dulu apa yang mereka cuba lakukan dengan sendiri tu.

Contoh: Anak tuang air, lepas tu tumpah.

Reaksi pertama untuk mak yang mudah marah adalah mesti “Ya Allah, macam mana awak pegang cawan nie? Benda senang pun boleh tumpah ke? siapa nak lap air tumpah nie?” Marah dulu. Bertalu-talu kita marah anak kecil tu.

Cuba tukar kepada ini:

“Bagusnya anak ummi, dah pandai tuang air sendiri dah. Good job Khaulah”. Anak mesti tersenyum kan?

Then, barulah kita nasihat “Tapi, Khaulah kena belajar pegang cawan kuat-kuat tau. Barulah air tak tumpah. Khaulah ambil kain boleh? Kita lap air tumpah nie” Confirm anak ikut cakap kita dan terus pergi dapur ambil kain sambil tersenyum.

Dengan cakap perkara positif dulu, anak akan lebih senang untuk memperbetulkan kesilapan mereka di masa akan datang sebab kita tak salahkan mereka yang masih dalam proses belajar tu.

5. One-to-One

Anak-anak tak suka dimarah depan orang ramai, tak kiralah depan adik beradik sekalipun. Malu tau. Anak kita pun ada maruah dan harga diri juga. Jangan ingat anak kita kecil lagi, kita boleh cakap sesuka hati kita. Mereka akan ingat sampai besar.

Kalau anak kita ada buat salah, eloknya cakap di tempat yang orang lain tak dengar. Biar kita berdua je dengan anak. Cakap elok-elok dan beritahu apa yang kita nak anak kita buat sebenarnya.

Mungkin perlukan masa, tapi bila kita selalu jaga hati mereka, anak kita pun akan lembut hati untuk dengar cakap kita.

6. Satu Arahan Pada Satu Masa

Budak-budak tak boleh terima banyak arahan dalam satu masa. Mereka tak tahu nak buat yang mana dulu. Last-last satu pun tak buat.

So, beri arahan yang jelas dan clear kalau arahan tu banyak. Cakap satu per satu dengan anak supaya mereka ingat apa yang perlu mereka buat.

Again, jangan membebel dan straight to the point ye.

7. Jangan Mungkir Janji

Apabila kita nak anak kita buat sesuatu, kita mesti ada janji nak bagi something in return kan? Biasanya macam tu la.

Kalau kita dah janji dengan anak, jangan sesekali mungkir janji. Kalau selalu sangat mungkir janji, nanti anak akan hilang hormat dan kepercayaan pada kita. Nak ke?

Kalau kita cakap siapa siap homework boleh main di luar, tetapi lepas tu, kita tarik balik janji untuk main di luar. Anak akan marah dan sedih at the same time.

In the future, anak tak percaya pun kalau kita janji apa-apa pada mereka. Bila diorang tak percaya, kita suruh buat apa pun diorang tak nak buat, ataupun buat dalam keadaan terpaksa, sebab mereka tahu kita nie bukan betul nak tunaikan janji pun.

8. Mata Mesti Selari Dengan Anak

Kalau nak bercakap dengan anak, make sure mata kita selari dengan mata mereka. Jangan cakap dalam keadaan kita berdiri dan tinggi dari anak-anak. Itu macam menunjukkan yang kita ada kuasa veto yang anak tak boleh nak bantah apa-apa.

Bila mata selari, suara kita pun akan mula slow sebab kita tunduk pada posisi anak. Bila suara dah mula slow, baru boleh bercakap dengan tenang dan berhikmah.

Dan bila kita cakap straight from the heart, anak lebih memahami dan lebih senang nak ikut.

9. Walk the Talk

Kita adalah role model anak kita. Kita buat apa pun anak akan pandang dan follow. So, kalau kita dah cakap kita akan buat, make sure buat.

Kalau kita beri arahan tutup tv pukul 7 malam, kalau tak nanti tak boleh makan contohnya, make sure kita pastikan anak kita ikut arahan tu dan kalau tak ikut, kita kena buat apa yang kita cakapkan tu, which is tak dapat makan.

That’s why segala consequences yang kita cakap pada anak kita tu, kita mampu nak buat dengan jayanya. Jangan cakap tak serupa bikin. Nanti anak pun tahu yang kita nie saje je nak takut-takutkan mereka. Bila dah jadi macam tu, diorang akan buat tak tahu je pada arahan kita.

10. Jadi Pendengar Yang Baik

Yang paling penting dalam berkomunikasi dengan anak adalah kita kena jadi pendengar yang baik pada mereka. Dengarlah cadangan mereka, dengarlah cerita mereka walaupun perkara tu nampak macam tak logik je, dengarlah masalah mereka walaupun kita tak pasti betul ke tak.

Yang penting, jadilah macam kawankepada anak kita. Anak kita kena rasa yang kita sentiasa ada dengan mereka di kala mereka perlukan kita. Anak kita kena rasa yang mereka adalah penting dan apa yang mereka cakapkan juga penting pada kita.

Then, mudah nak develop komunikasi dengan anak-anak kita.

.

There are things yang Syu sendiri belum kuasainya lagi. Tapi, inilah guidelines yang Syu ada untuk mengubah diri Syu menjadi ummi yang lebih baik untuk anak-anak Syu. Syu tak nak nanti anak Syu jauhkan diri dari Syu. Syu tak nak nanti kawan-kawan lagi penting dari Syu dan abinya.

So, dari sekarang, kita kena ubah diri kita supaya anak kita membesar dalam keadaan yang lebih bahagia dan gembira dengan keluarganya.

Better late than never. We can change it!

Good Luck mummies and daddies!

Yang Percayakan Keajaiban Allah,

Syu Amir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.