Kencing Manis/Diabetis · Produk

10 Tanda-tanda Awal Anda Mungkin Menghidapi Diabetis

Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetis Yang Kita Tidak Sedar

Kebanyakan kita-kita ini memang suka makan makanan manis, tak kiralah air gas, kuih manis mahupun coklat dan ais krim. Kadang-kadang memang wajib untuk kita makan makanan sebegitu, kalau tak makan rasanya nanti boleh sakit. Ada juga antara kita ini yang jadikan makanan manis (seperti coklat) sebagai snek di kala tengok tv ataupun masa-masa santai.

Kita tidak sedar, dengan mempunyai tabiat makan sebegini sebenarnya kita mengundang bahaya pada diri kita sendiri. Kita mengundang penyakit diabetis untuk datang. Kita takkan sedar pun yang kita menghidapi kencing manis kalau kita tidak check, betul tak? Jadi, eloklah kita perhatikan diri kita baik-baik. Cuba periksa sama ada kita mempunyai simptom-simptom sebegini ataupun tidak.

Simptom-Simptom Kencing Manis Yang Kita Tidak Sedar

Terdapat banyak simptom-simptom atau tanda-tanda awal untuk kita pantau supaya dapat berjaga-jaga bagi mengelakkan kita dari dapat diabetis ini. Bukan nak kata simptom ini adalah pasti kita ada penyakit ini, tapi ia mungkin petanda awal sahaja. Kalau ada petanda sebegini, eloklah kita pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian, betul tak?

Antara simptom dan tanda-tanda awal penyakit kencing manis ialah:

1. Cepat Letih

Orang yang mungkin menghidap kencing manis akan mudah letih. Ini kerana badan kita perlu bekerja keras untuk menukarkan gula kepada tenaga. Bila badan kita terpaksa bekerja keras, badan kita akan mudah penat walaupun kita takde la buat kerja-kerja berat pun pada masa itu.

2. Kerap Buang Air Kecil

Apabila kadar gula tinggi, kita perlu keluarkannya, dan salah satu cara adalah melalui air kencing. Ini kerana glukosa yang terdapat dalam darah akan kekal didalamnya dan tidak ditukar kepada tenaga. Jadi, untuk menurunkan kadar glukosa, mereka akan kerap buang air kecil.

3. Lebih dahaga dari biasa

Orang yang mempunyai tahap glukosa yang tinggi dalam darah, mereka akan mudah rasa dehidrasi. Ini adalah berpunca daripada kerap buang air kecil itu. Apabila kerap buang air kecil, bukan setakat glukosa yang disingkirkan, tetapi kita menyingkirkan air dalam badan sekali.

4. Berat Menurun

Apabila kita buang air kecil, kita juga akan kehilangan kalori dalam badan. Tetapi, kalori yang lain yang terdapat dalam gula dalam darah kita tidak dapat diserap semula.

Itu boleh menyebabkan berat badan kita menurun.

5. Sering Lapar

Bila kalori kita menurun, kita akan mudah rasa lapar. Selain itu, ia adalah disebabkan oleh badan kita mengalami masalah untuk mengawal glukosa. Apabila badan kita bekerja keras untuk menukarkan glukosa kepada tenaga kita akan mudah lapar juga, selain dari cepat letih.

6. Cepat Marah

Pelik ke? Tak pun sebenarnya. Sebab gula yang tinggi dalam darah memang boleh menyebabkan kemurungan.

7. Penglihatan Kabur

Orang kencing manis selalu disinonimkan dengan penglihatan yang kurang jelas. Pernah rasa tak bila tengok rasa macam tak nampak je?

Ini kerana glukosa akan terbina di dalam mata, dan apabila ia terjadi, kanta mata kita tak dapat nak fokus apa yang dilihat. Kalau dibiarkan ia boleh membawa kepada kabur yang sangat teruk, mungkin boleh jadi buta.

8. Luka Lambat Sembuh

Pesakit diabetis memang mempunyai masalah kesembuhan luka dengan cepat. Kalau luka mesti lama baru baik. Kadang-kadang sampai berminggu-minggu pun tak baik juga.

9. Kebas kaki dan Tangan

Selalu rasa ke? Ini pun salah satu petanda orang kencing manis tau. Ini kerana paras glukosa yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf-saraf badan kita. itu yang menyebabkan kebasa tangan dan kaki.

10. Jangkitan Salur Kencing

Seperti yang dikatakan tadi, pesakit kencing manis selalu kencing. Disebabkan ini, bahagian salur kencing dan faraj mereka boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Boleh jadi jangkitan kuman akibat daripada tahap gula yang tinggi.

.

Ini adalah tanda-tanda awal yang memungkinkan kita menghidapi penyakit diabetis. Takut kan? Jadi, Syu sarankan pergilah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang rapi. Kalau takde alhamdulillah. Tapi, kalau ada penyakit diabetis tersebut, sekurang-kurangnya kita boleh mula ambil ubat ataupun suplement yang sesuai untuk penyakit kencing manis ini.

Takkan nak biar sampai kaki kena potong kan?

Lagi takut kalau penyakit ini buat buah pinggang kita rosak sampai kena dialisis. Siapa yang nak tanggung kos dialisis tu? Ribu-ribu juga sebulan tau!

Baiklah kita kawal paras gula dalam darah kita awal-awal. Takde la risau kalau-kalau terjadi perkara yang memudaratkan, betul tak?

Love,

Syu Amir (1139539)

Proud Founder of MDAEmpire

0192198621

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge