Gout · Produk

10 Simptom-simptom Gout Yang Kita Wajib Berjaga-jaga

10 Simptom Gout Yang Kita Wajib Tahu

Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan kristal-kristal asid urik di sekitar sendi kita. Sebab tu, bila gout menyerang, sendi kita bengkak dan kemerah-merahan. Sakitnya hanya orang yang pernah kena je yang tahu. Tapi, kita yang tengok nie pun kesian sangat.

Mana tak nya, bila gout menyerang, jalan pun tak boleh, mesti terhinjut-hinjut. Ada kalanya, jalan pun kena papah dinding. Ada juga yang tak boleh nak duduk bersila, so nak solat pun susah. Masa tidur, kalau selimut bergeser dengan dengan sendi yang kena gout tu, memang menjerit la. Bisa sangat rasa.

Ramai yang kena gout nie di kalangan lelaki yang berusia 30-60 tahun. Tapi, perempuan pun kena sentiasa berjaga-jaga, bukan bermakna tak akan kena langsung tau. jadi, semua orang pun kena tahu apakah simptom-simptom gout, supaya kita boleh lebih berjaga-jaga.

10 Simptom-simptom Gout Yang Kita kena Tahu

Ada beberapa simptom gout yang kita kena ambil berat. Takut-takut nanti gout menyerang kita pun tak perasan. Kita kena lebih berjaga-jaga apabila simptom-simptom ini terjadi pada diri sendiri ye.

1. Sakit yang melampau pada sekitar sendi

Serangan ini biasanya berlaku secara tiba-tiba tanpa kita tahu puncanya.

2. Keradangan di sekeliling tisu

Tisu di sekeliling sendi menjadi bengkak dan pedih. Pegang pun sakit.

3. Biasa menyerang ibu jari kaki

4. Sendi yang sakit tidak boleh bergeser dengan benda lain. 

Even terkena kain pun boleh menjerit dan menangis tau.

5. Sendi boleh sakit berhari-hari malah berminggu-minggu kalau tidak dikawal

Kita kena amalkan makanan yang boleh mengurangkan keradangan sendi tau. Barulah berkurang sakitnya.

6. Sakit ini mudah berulang

Sakit sendi ini mudah berulang. Kadang tu baru je baik seminggu, tapi lepas tu kena balik.

7. Boleh menyerang sendi lain juga

Tidak semestinya akan berlaku di ibu jari kaki je, tapi boleh je berlaku di anggota badan yang lain seperti lutut, buku lali, lutut dan sebagainya.

8. Benjolan akan timbul di sendi

Sekitar sendi kita akan bengkak dan merah. Tempat nie memang sakit dan bisa sangat.

9. Bila malam, mudah rasa terlampau sejuk macam kena siram air.

10. Masa malam, kita mudah demam walaupun masa siang nampak macam ok je.

.

Simptom-simptom ini perlu kita awasi dengan teliti agar kita tidak terkena serangan gout secara mengejut. Nanti kita juga yang susah kalau dapat gout kan?

Apa yang perlu kita buat apabila gout menyerang?

Apabila kita dapati kita ada simptom-simptom ini, kita kena buat beberapa perkara. Antaranya:

1. Jumpa doktor

Kalau ada simptom yang menyakitkan ini, pergilah jumpa doktor dan minta pengesahan doktor. Buatlah ujian menentukan paras asid urik dalam badan kita.

Kalau takde apa, kita boleh lega hati. Tapi, kalau betul ada gout, kita kenalah lebih berjaga-jaga lepas nie.

Kalau betul ada gout, maka wajiblah kita:

1. elakkan makan makanan yang tinggi purin

  • daging
  • haiwan bercengkerang seperti udang, ketam, dll
  • organ dalaman seperti hati dan paru

2. makan makanan dan minuman yang boleh mengurangkan keradangan seperti nenas, pegaga, dan lemon.

3. rendamlah bahagian yang kena gout tu dengan epsom salt. Bagus untuk melegakan bengkak dan kesakitan.

4. Makan ubat yang diberikan oleh doktor. Makan ikut masa yang diberikan ye.

5. Tinggikan bahagian kaki yang kena gout

Jika bahagian yang kena gout ialah kaki, tinggikanlah kaki kita semasa baring. Ia dapat melegakan denyut-denyut gout dan mengurangkan keradangan.

6. Letak ais

Letakkan pek ais di atas bahagian yang kena gout untuk mengurangkan rasa sakit.

7. Amalkan suplement kesihatan yang boleh mengurangkan gout

.

Gout boleh menyerang bila-bila masa sahaja. Eloklah kita berhati-hati dan pantau kesihatan kita baik-baik ye. Dan pastikan kita ambil langkah yang disarankan ye untuk mengurangkan serangan gout apabila ia menyerang.

Moga dengan tips ini, semua orang akan dapat mengesan penyakit gout ini dengan lebih awal dan dapat mengambil langkah-langkah untuk mencegahnya.

Love,

Syu Amir

Penggemar Vitamin Semulajadi

 

2 thoughts on “10 Simptom-simptom Gout Yang Kita Wajib Berjaga-jaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.