Kulit Cantik · Premium Product · Produk · Set Kecantikan · Testimoni · Testimoni Youth Skincare · Youth · Youth Skincare

10 Punca Utama Kulit Breakout Yang Wajib Dielakkan

Punca-punca Kulit Breakout Teruk

Kulit kita sememangnya cantik dan bersih, tapi disebabkan faktor luaran yang tidak dapat dielakkan, kulit kita menjadi kusam dan tidak berseri lagi. Lagi teruk, apabila kulit kita mula menunjukkan simptom-simptom breakout yang teruk.

Masa tu, memang kita tak tahu dah nak buat apa. Malu sangat-sangat dengan keadaan muka yang penuh jerawat dan hodoh. Hilang terus keyakinan untuk bercampur dan berjumpa dengan orang lain. Kita rasa rendah diri sebab muka kita yang tak cantik berbanding kawan-kawan kita. Rasa nak menangis je setiap kali tengok kulit muka sendiri.

Sebelum kita nak baiki kulit breakout yang teruk, kita kena tahu dulu punca-punca kenapa kulit kita mula mengalami breakout.

Faktor Kulit Breakout Teruk

Ada beberapa sebab kenapa kulit kita mengalami breakout teruk. Kita kena berjaga-jaga supaya kita tahu macam mana nak kurangkan masalah kulit kita nie.

1. Pemilihan Produk Penjagaan Muka

Kita selalu nak cantik cepat, nak putih cepat, semuanya nak cepat. Jadi, bila ada produk yang boleh beri kecantikan yang cepat, contohnya, putih dalam masa seminggu, cantik dengan hisap vitamin je, dan sebagainya, kita jadi excited dan cepat-cepat beli.

Inilah masalahnya, bila produk yang boleh cantik cepat nie kebanyakannya mesti mempunyai bahan kimia bahaya yang tinggi seperti merkuri dan paraben. Sebab tu la boleh cepat putih. Sebab apa? Sebab hakis kulit kita untuk jadi putih. Kulit terhakis, lama-lama timbullah masalah breakout apabila terlalu banyak bahan kimia bahaya masuk dalam kulit kita.

Jadi, make sure kita berhati-hati dalam pemilihan skincare ye.

2. Pemilihan Kosmetik/Make-up

Make up pun adalah sesuatu yang kita wajib pilih elok-elok demi kebaikan kulit muka kita. Pilihlah make up yang tidak menyumbatkan liang-liang pori.

Bila liang pori tersumbat, minyak tidak dapat keluar secara normal, lama-lama boleh jadi jerawat yang banyak sebabkan toksin tidak dapat keluar tu.

3. Sinar UV

Sinar UV matahari boleh menyebabkan sel-sel kulit kita rosak sebab terlalu banyak radikal bebas yang masuk dalam lapisan kulit kita. Dan radikal bebas ini boleh menyebabkan breakout yang teruk sebab sel kulit kita tidak dapat melindunginya lagi.

4. Stress

Stress pun boleh menyebabkan breakout teruk pada kulit tau. Jangan terkejut!

Apabila kita stress, badan kita akan menghasilkan hormon cortisol yang banyak. Hormon ini adalah hormon yang merangsang kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak hingg menyebabkan pori kita tersumbat.

5. Alergik

Ada juga orang yang alergik terhadap sesuatu produk ataupun bahan dalam produk berkenaan. Bila bahan itu tidak serasi dengan kulit wajah kita, memang boleh buat kulit kita berjerawat dengan teruk hingga merah-merah.

6. Masalah Kulit Berpanjangan

Ada sesetengah orang mengalami masalah kulit yang berpanjangan seperti eczema. Orang yang eczema tidak boleh suka-suka ambil produk muka, takut nanti muka makin teruk alergiknya.

7. Makanan Tinggi Toksin

Makanan yang tinggi toksin seperti tinggi garam dan bahan pengawet boleh menyebabkan breakout bila kita tak kawal apa yang kita makan.

Nak cantik, kena pandai pilih makanan yang berkhasiat dan sihat untuk kesihatan kulit muka kita.

8. Penjagaan muka yang tidak betul

Pergi kerja mesti pakai make-up kan? Make up pulak kalis air sebab nak tahan lama. Tapi, bila dah balik rumah, tak cuci betul-betul.

Memang boleh buat breakout sebab bahan kimia dalam make up ini boleh rosakkan kulit kita.

9. Perkongsian alatan make-up

Sebolehnya, jangan kongsi alatan make up dengan orang lain sebab kita tak tahu masalah kulit setiap orang yang berkongsi tu.

Silap hari bulan muka kita yang rosak sebabkan perkongsian tersebut.

10. Asap

Kita selalu terdedah dengan pelbagai jenis asap, asap kenderaan la, asap rokok la, dan ini boleh rosakkan kulit kita.

Bukan setakat asap je, kotoran akibat pencemaran memang membantu kepada kerosakan kulit kita. Jadi, kita kena sentiasa lindungi kulit kita agar sel tidak rosak.

Kalau sel rosak, kulit kita memang berisiko untuk mengalami breakout.

.

Biasa mengalami perkara di atas ini? Kalau ada, tak terkejutlah kulit kita rosak dan mengalami breakout yang teruk. Ini boleh mengundang low self-esteem yang amat kronik dalam diri kita.

Nak jumpa orang malu.

Nak pergi kerja pun pakai make-up tebal-tebal sebab nak sorok muka rosak. Tapi, sampai bila make up boleh sorok kulit kita tu?

Kalau keluar rumah, sanggup pakai topi dan payung sebab muka tak tahan pedih bila kena matahari. Orang tengok pun pelik je.

Dan paling sedih, kita terpaksa menahan kulit muka kita berdarah-darah sebab kulit dah makin menipis dan mengelupas. Tak tertahan seksanya nak basuh muka masa tu.

.

Tapi, jangan risau. Ada jalan penyelesaiannya. Nak tak Syu cadangkan satu skincare semulajadi yang dah bantu ramai orang baiki kulit breakout teruk nie? Ramai yang pakai memang berpuas hati dengan kulit yang semakin cantik sekarang. Betul!

Youth Skincare – Set Penjagaan Muka Organik Terbaik Buat Kulit Breakout

Youth Skincare adalah harapan setiap dari anda yang mengalami kulit breakout yang teruk kerana Youth amat berkuasa dalam membaiki sel-sel kulit anda yang rosak sekaligus membaiki kulit luaran kita yang merah-merah dan pedih-pedih tu juga.

Kenapa Youth Mesti Menjadi Pilihan Anda?

  • 100% vegan – maksudnya Youth diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang dikaji keberkesanannya sebelum digunakan. Terbukti walaupun ianya diperbuat dari tumbuhan, tapi Youth amat berkesan dalam mencantikkan dan memudakan kembali kulit kita.
  • Bebas dari lebih 2500 bahan kimia bahaya seperti merkuri dan paraben – tidak perlu risau kulit kita rosak akibat bahan-bahan ini.
  • hypoalergenik – Youth amat sesuai untuk semua jenis kulit muka, termasuklah yang mempunyai kulit muka sensitif dan mempunyai pori besar.
  • Tidak menyumbatkan liang-liang pori – kulit kita boleh bernafas dengan elok.

.

.

Kelebihan Youth Skincare

1. Youth dikaji selama 8 tahun sebelum ianya dipasarkan tau. Selama 8 tahun itu, pelbagai ujian dan kajian dilakukan untuk menjadikan Youth 100% berkesan ke atas semua yang memakainya.

2. Saintis Shaklee membuat kajian klinikal terhadap 100 orang wanita dari pelbagai latar belakang dan pelbagai range umur (20 – 60 tahun). Hasilnya amat best!!

  • semua yang menggunakan Youth mendapat kulit yang lebih muda dari sebelum memakai Youth.
  • 2/3 daripada mereka ini mendapat kulit 10 TAHUN lebih muda tau. Wow sangat!

3. Youth mempunyai 8 patent dan patent pending – tiada produk lain yang boleh tiru pembuatan Youth nie. So, korang nak baiki kulit breakout, hanya dengan Youth. Hanya dengan Shaklee je yang mampu bantu, in sya Allah 🙂

4. Terdapat 5 bahan-bahan utama Youth, iaitu Extrak Apple Stemcell. Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus, Muscadine Grapes dan juga Vital Repair Vitamins and Minerals. Bahan-bahan ini semua membantu dalam menjadikan kulit lebih anjal dan tegang, lebih muda, dan lebih terlindung dari radikal bebas yang akan merosakkan kulit.

.

Syu memang guna Youth, dan kulit Syu memang bertambah cantik lepas guna Youth. Jerawat takde, kulit muka makin tegang, makin anjal dan makin cerah. Yeay…suka sangat. Happy bila kulit muka kita bertambah lembut dan licin kan?

Syu menggunakan Full Set Youth Skincare, iaitu:

1. Luminous Gel-Oil Cleanser – membuang sel kulit mati dan juga melembabkan kulit.

– Bahan-bahan dalam Cleanser ini juga membantu untuk melindungi kulit kita dari rosak akibat sinar Uv dan pencemaran, mengelakkan kerosakan dari radikal bebas dan ia juga meningkatkan kelembapan kulit kita.

– Boleh juga digunakan sebagai make-up remover walaupun make up kita tu jenis kalis air. Tapi, make-up light je la, kalau make-up tebal, masih perlu bersihkan dulu dengan wipes atau tisu basah.

2. Perfecting Skin Toner – membersihkan, menghidrat dan memberi nutrisi kepada kulit

 

– menyingkirkan sisa-sisa sel kulit mati

– menenangkan dan buat kulit kita relax selepas banyak terdedah kepada pencemaran dan kekotoran di luar.

3. Activating serum

– Mempercepatkan pembaharuan sel – meningkatkan pembaharuan sel 10 kali ganda lebih cepat

– meningkatkan ketegangan, keserian dan menyerlahkan keremajaan kulit kita

4. SPF 50 – Age Defence Moisterizer

– Melembabkan kulit dan melindungi kulit dari dirosakkan oleh sinar UV matahari

– melindungi kulit dari terbentuknya jeragat

5. Advanced renewal Night Cream

– membaiki kulit dan menjadikan kulit lebih muda dan cerah

– meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin, menjadikan kulit kita bertambah anjal dan tegang.

– meningkatkan kelembapan kulit

6. Radiance Vitamin C + E

–  mempunyai kepekatan Vitamin C tulen sebanyak 20%

– mencerahkan dan mengurangkan kesan penuaan pada kulit seperti jeragat, garis halus, dan kedutan

– membaiki masalah pigmentasi

– menganjalkan kulit kita dan menjadikan kulit kita lebih firm

.

Kalau anda semua tak percaya juga lagi, jom Syu kongsikan testimoni-testimoni original dari pengguna-pengguna Youth yang telah berjaya cantik semula selepas breakout yang teruk.

Testimoni Berjaya Youth

Testimoni 1:

 

Testimoni 2:

Testimoni 3:

 

Testimoni 4:

 

Testimoni 5:

.

Dengan adanya Youth Skincare, anda semua tak perlu lagi risau akan kulit breakout ini. Gunakan Youth secara konsisten untuk baiki kulit anda semua dari lapisan dalam kulit lagi agar kulit kita lebih sihat dan cantik di luarnya.

Syu yakin, dengan gunakan Youth, tiada lagi masalah kulit muka gatal kemerah-merahan, tiada lagi masalah jerawat batu berdarah dan bernanah, tiada lagi masalah parut jerawat yang berlubang-lubang tu.

Jangan tunggu lama-lama lagi, dapatkan Youth dengan segera. Kembalikan keyakinan diri anda semua dengan muka yang lebih cantik dan lebih muda remaja bersama Youth Skincare.

Tunjukkan pada orang yang ejek kita yang muka kita boleh cantik semula. Tunjukkan pada semua yang muka kita yang breakout itu telah tiada lagi.

Jom dapatkan Youth Skincare dengan Syu segera. Hubungi je Syu di 0192198621 untuk membelinya. Special gift menanti anda-anda semua yang membeli dengan Syu 🙂

.

Disclaimer: Produk Shaklee adalah vitamin, bukannya ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuhkan atau memulihkan penyakit kritikal.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Luar Negara (T&C apply)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.