Kanser · Premium Product · Produk · Testimoni kanser · Vivix

10 Perkara Wajib Dilakukan Apabila Tahu Kita Menghidapi Kanser Payudara

Perkara Wajib Dilakukan Apabila Menghidapi Kanser Payudara

Ramai antara wanita yang mengabaikan simptom-simptom kanser payudara, maka lewatlah mereka mendapat rawatan yang sepatutnya. Tanda-tanda awal kanser payudara dapat menyelamatkan payudara kita dari dibuang, dan yang paling penting dapat menyelamatkan nyawa kita juga. Jadi, apa yang boleh kita buat apabila dapat tahu yang kita ada kanser payudara?

Biasanya, kita akan mula rasa sesuatu yang tidak normal pada payudara kita seperti ketulan keras di payudara, sakit yang tidak henti dan juga bengkak yang panas sampaikan kita tak boleh nak usik pun. Itu menunjukkan yang kita mungkin ada penyakit breast cancer ini.

Apa yang kita perlu lakukan apabila perkara ini berlaku?

1. Jumpa doktor segera

Kalau kita rasa ada kelainan pada payudara kita, tolonglah jumpa doktor dengan segera. Lagi cepat kita kesan penyakit kronik ini, lagi cepat kita dapat atasinya.

Ramai wanita tak hiraukan simptom dan petanda kanser payudara ini. Bila perasan pun, kanser dah berada di paras bahaya. Sebab tu la ramai wanita yang mati akibat dari barah ini.

2. Makan ubat yang diberikan doktor

Bila dah disahkan kanser, doktor akan beri ubat untuk pastikan sel-sel kanser tu lambat merebak ataupun ubat untuk mematikan sel kanser tersebut.

Make sure makan ubat yang diberikan oleh doktor. Ubat itu adalah demi kebaikan kita juga.

3. Rehat yang mencukupi

Pesakit kanser memang mudah penat sebab sel-sel kanser dah makan badan kita. Jadi, rehatlah secukupnya. Tak payah hirau perkara yang tidak penting. Kalau perlu, minta tolong ahli keluarga untuk buatkan.

4. Mandapat rawatan yang disarankan

Doktor akan sarankan rawatan yang sesuai seperti kimoterapi, radioterapi mahupun pembedahan.

Selagi kita mampu hadapinya, buatlah rawatan yang doktor dah sarankan itu.

Tapi, Syu faham ada sesetengah orang yang tak mahu jalani rawatan yang menyeksakan tu. Ramai yang nak jalani saat-saat akhir kehidupan secara normal je.

5. Makan Makanan yang berkhasiat

Bila sel-sel kanser dah membiak, badan kita memang akan kekurangan nutrisi. Kalau kita sedang jalani rawatan kimoterapi, lagilah badan kita memerlukan makanan berkhasiat dan seimbang.

Jadi, makanlah makanan yang berkhasiat untuk beri nutrisi yang mencukupi untuk badan kita.

6. Bersenam

Dapatkan nasihat doktor senaman yang macam mana yang sesuai untuk kita.

Ada sesetengah senaman kita boleh buat, ada yang badan kita tak mampu untuk tanggung. Jadi, doktor je yang tahu apa yang badan kita perlukan.

7. Support

Pesakit kanser memang normal untuk rasa down dan depress. Keluarga terdekat dan kawan rapat adalah orang yang terbaik untuk beri sokongan supaya kita tidak putus asa.

Selain dari itu, kita boleh juga sertai group-group pesakit kanser yang lain. Cerita mereka di dalam group akan buat kita semangat untuk teruskan perjuangan kita untuk sihat.

8. Gembira Selalu

Hormon gembira akan dapat membantu mengurangkan bebanan masalah yang kita hadapi,

Bila kita gembira, kita akan lebih positif untuk meneruskan hidup kita. Kita akan lebih redha untuk menerima keadaan kita.

9. Bersabar

Banyakkanlah bersabar. Ini adalah ujian dari Tuhan kita untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih tabah untuk menghadapinya.

Ingatlah, segala ujian adalah untuk kebaikan kita juga sebenarnya. Pasti ada hikmah di sebalik ujian ini.

10. Suplement untuk beri kesihatan

Selain dari makanan berkhasiat, badan kita amat memerlukan suplement kesihatan untuk bantu beri tenaga dan juga bantu untuk mematikan sel-sel kanser kita. Pilihlah suplement yang tinggi antioksidan untuk atasi penyakit kanser payudara ini.

.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.