Kulit Cantik · Premium Product · Produk · Set Kecantikan · Testimoni · Testimoni Youth Skincare · Youth · Youth Skincare

10 Perkara Wajib Buat Apabila Kulit Breakout

Apa Yang Wajib Buat Bila Kulit Breakout?

Kulit breakout adalah satu nightmare bagi semua, tak kiralah wanita mahupun lelaki. Tapi, banyak yang terkesan teruk adalah wanita la sebab wanita memang nak sentiasa nampak cantik kan? Sebiji jerawat pun dah bising, inikan pula breakout teruk. Memang freak out terus la. hehe…

So, untuk mengurangkan freak out bila mengalami breakout kulit, jom baca perkongsian Syu nie. Syu nak share apa yang wajib korang semua buat dulu apabila benda macam nie terjadi pada korang. Sebab Syu akan berikan sekali penyelesaian best punya untuk memulihkan kulit korang yang dah rosak tu. Nak tahu, kenalah baca sampai habis ye <3

Perkara WAJIB Buat Apabila Kulit Breakout

Syu kongsikan 10 benda je buat masa nie. Ini pun banyak dah nie untuk permulaan kan?

1. Stop Pakai Segala Produk Penjagaan Muka

Bila kulit muka breakout, ianya memang sangatlah pedih dan gatal-gatal. Untuk mengelakkan kulit kita bertambah teruk, berhentilah guna semua produk penjagaan kulit yang kita selalu pakai tu. Kita tak tahu yang mana sebenarnya yang menjadikan kulit kita rosak begitu.

Bolehlah tengok label, mana tahu ada bahan kimia bahaya yang digunakan dalam produk tersebut. Bahan kimia bahaya seperti paraben dan merkuri banyak digunakan dalam produk kecantikan sekarang ni, dan bahan-bahan inilah yang merosakkan dan menipiskan kulit muka kita.

2. Jangan Pegang-pegang Kulit Muka

Sebabkan dah breakout, jangan sesekali pegang-pegang muka kita. Kita tak tahu sama ada tangan kita nie kotor ataupun bersih.

Tangan yang kotor boleh menyebabkannya masuk ke dalam kulit kita dan menjadikan breakout kita bertambah buruk.

3. Jangan Picit Jerawat Yang Ada

Syu tahu ramai yang tak boleh tengok jerawat di muka kan? Mesti nak picit-picit je kan?

Tapi, dalam kes nie, jangan sesekali picit jerawat di muka kita tu. Bertambah pedih la nanti.

4. Jangan Garu Walaupun Gatal

Kulit yang menipis nie memang mudah gatal sebab dah takde perlindungan dah pada kulit kita. Tapi, kalau gatal pun, janganlah digaru-garunya tau. Ia akan buat kulit muka kita bertambah teruk dan boleh berdarah.

5. Guna pelembab semulajadi

Gunakan aloe vera jika kulit kita terlalu kering. Kulit yang dah terhakis ini mudah kering dan mengelupas. Pedih nanti, terutama kalau kena panas dan peluh.

6. Ambil antibiotik

Kalau tak tahan sangat, pergilah berjumpa doktor untuk mengambil antibiotik. Kalau rasa mampu untuk berjumpa pakar kulit, silakan. Sampai bila nak terseksa begini kan?

7. Jangan Ambil Produk Baru Buat Sementara

Biarlah kulit muka kita bernafas buat sementara waktu ini. Biar keradangan pada kulit kita reda dulu, barulah mula guna produk yang baru. Tapi, make sure produk skincare baru ini tidak merosakkan kulit tau.

Jangan sebab ianya murah dan orang selalu cakap produk tu bagus, kita pun terpedaya juga. Pilih produk yang betul-betul selamat dan semulajadi.

8. Pengambilan Vitamin

Selain dari antibiotik, ambillah juga suplement dan vitamin untuk memulihkan kulit kita dari dalam juga. Sel-sel kulit kita perlu dibaiki agar luaran kulit kita kembali cantik.

9. Penggunaan Ais

Ais dapat melegakan sebentar keradangan kulit kita. Jadi macam kebas gitu. Kan best rasanya kan? At least takde la kita asyik rasa nak menggaru je. Kuranglah sakitnya, walaupun sekejap cuma.

10. Bersabar

Banyak-banyakkanlah bersabar. Ini adalah ujian dan pengajaran buat kita. Lepas nie jangan pilih skincare sesuka hati tanpa melihat ramuannya dahulu. Dan lepas nie jangan main ikut je cakap orang hanya sebab kita mahukan effect yang cepat.

.

Percayalah, kulit anda akan sembuh juga akhirnya. Anda hanya perlu pilih produk penjagaan muka yang terbaik dan amat berkesan dalam membaiki kulit muka.

Dan Syu cadangkan korang yang mengalami breakout teruk nie, gunalah Youth Skincare dari Shaklee. Set penjagaan muka ini amatlah bagus, kita boleh nampak kesan seawal 7 hari sahaja tau!

Youth – Skincare Semulajadi Terbaik Untuk Baiki Kulit Breakout

Youth Skincare telah membantu ramai penggunanya yang mengalami masalah kulit breakout. Dan kesannya amatlah positif. Kulit yang dulunya breakout teruk, kini telah elok dan cantik semula. Takde lagi jerawat batu, takde lagi parut berlubang, dan takde lagi kulit kering mengelupas. Yang ada cumalah kulit yang lembut, lembab, dan lebih muda berbanding usia 🙂

Tak percaya? Meh tengok gambar-gambar mereka.

 

 

Mesti anda semua pun nak dapat kulit yang cantik semula dengan cepat kan?

Youth Skincare dapat membantu. Bukan sahaja kesannya cepat, malah ianya amat selamat untuk kulit kita. Youth takkan merosakkan kulit kita kerana bahannya yang 100% tumbuhan dan bebas lebih daripada 1500 bahan kimia bahaya tau.

Kenapa WAJIB Pilih Youth?

– Youth akan bantu pulihkan luka-luka kulit kita dan juga membaiki sel-sel kulit hingga ke lapisan dalam lagi. Bila lapisan dalam kulit kita sihat, lapisan luar akan  sihat dan cantik semula.

  • Walaupun ianya adalah 100% tumbuhan, tapi tumbuhan yang digunakan adalah tumbuhan premium yang amat berkesan dan berkuasa dalam memulihkan kulit kita.

– Youth telah dikaji selama 8 tahun oleh saintis Shaklee dan menjalankan ujian klinikal terhadap 100 orang wanita dari pelbagai latar belakang dan masalah kulit.

  • SEMUA wanita ini mendapat kulit muka yang lebih muda dengan penggunaan konsisten Youth
  • 2/3 daripada wanita ini mendapat kulit wajah 10 TAHUN lebih muda tau!

– Setiap produk daam Youth bermula dari cleanser hinggalah ke night cream mempunyai peranan dalam membaiki sel-sel kulit kita. Ini kerana dalam produk-produk itu mempunyai kandungan bahan yang diperlukan untuk membaiki kulit yang breakout, di samping melembabkan, mencerahkan, dan memudakan kulit kita.

– Set Organik Youth tidak akan menyumbatkan liang-liang pori muka kita, malah ia akan mengecilkan liang pori yang dulunya besar dan mengurangkan minyak di muka kita. Bila tiada minyak berlebihan, kulit kita akan mudah dipulihkan dari breakout yang teruk itu.

– Dan yang paling penting, ianya amat sesuai untuk semua jenis kulit muka, termasuklah kulit muka yang sensitif dan bermasalah. Ianya diuji oleh ahli dermatologist tau. So, memang takde masalah untuk kulit kita.

.

Sekarang mesti percaya kan yang Youth dapat bantu pulihkan masalah kulit anda kan? Percayalah.

Bila anda invest dengan Youth, walaupun harganya lebih kurang RM 1340 (untuk full set Youth), tapi percayalah ianya lebih murah dari rawatan pakar kulit.

Dan Youth adalah 100% berkesan untuk mencantikkan kulit muka kita semula.

Syu yakin, dengan menggunakan Youth, lepas nie takde lagi orang yang sindir-sindir, takde lagi rasa malu sampai tak nak jumpa orang, dan yang paling penting, tiada lagi sakit yang mencucuk-cucuk dan memedihkan. Sampai bila nak alami semua tu kan?

Kawan kita semua cantik, takkan kita seorang nak ada muka yang penuh merah-merah breakout kan?

So, atasi masalah breakout segera dengan Youth. In sya Allah boleh mula nampak kesan seawal 7 hari je. Cepat tapi selamat!

Hubungi Syu di 0192198621 untuk dapatkan Set Youth Skincare anda sekarang!

.

Love,

Syu Amir

Pengedar Sah Shaklee JB dan Singapore

Founder Diamonds Legacy

0192198621

COD: Skudai, UTM, Pekan Nanas, Bukit Indah, Tampoi Dan Sekitar JB

Pick-up point: Aeon Bukit Indah, JB / Paradigm Mall, Tampoi

Pos Ke Seluruh Malaysia dan Oversea Juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.