Anak-anak

10 Kebaikan Busy Book Buat Anak Tersayang. No. 8 Paling Penting!

Busy Book Idea untuk Melatih Motor-Skill Anak

Syu dah lama dah tengok idea-idea busy book nie, tapi nak buat tu memang la malas. Dulu kan kerja. Keluar pagi, balik petang. Mana ada masa nak buat. Ingatkan nak beli je, tapi tengok harga satu busy book tu, memang tak mampu la nak beli kan. Satu buku dalam RM 200-250. Mahal sangat, sebab cara buat tu pun renyah juga. So, Syu faham la kenapa harga buku tu mahal.

Tapi, sekarang dah jadi WAHM dan buat bisnes Shaklee dari rumah, Syu ada la masa nak buat sikit-sikit. Tapi, belum cukup aktivitinya la untuk jadi buku. Tunggu sikit lagi, Syu bukukan.

Buat masa nie Syu ada 7 idea busy book untuk Khaulah Safiyyah. Thank you mak tolong jahitkan. Tapi yang lebih excited untuk main busy book nie kakak-kakaknya..haha…

Nie contoh-contoh iea busy book yang dah siap šŸ™‚ Jemput tengok. Nak guna idea-idea nie pun boleh.

 

 

 

 

 

 

Nanti Syu update lagi gambar-gambarnya bila Syu jahit lagi ye.

.

Kebaikan Busy Book Buat Anak Kita

Sebenarnya ada macam-macam kebaikan busy book nie, untuk anak dan juga untuk parents nya. Kita buat susah payah dengan penuh kasih sayang demi anak-anak dapat explore macam-macam benda dengan tangan mereka.

Antara kebaikan busy book nie adalah:

1. Kills Time

Bila ada busy book ini, anak kita boleh main berjam-jam tanpa sedar dah lama mereka main. Tak tengok kiri kanan bila sibuk main.

Kalau mak-mak tengah masak or tengah sidau baju ke, anak-anak pun takde la menangis mak takde sebab mereka leka main busy book. Mereka tak sedar pun yang maknya takde.

2. Kurang Main Dengan Gadget

Bila anak kita dah gembira main dengan busy book, mereka takkan ingat dengan gadget yang biasnaya menjadi peneman setiap kali bangun tidur.

Takde la mak ayah risau lagi pasal gadget yang sememangnya memberi banyak kesan buruk pada perkembangan otak anak yang sedang membesar, dan juga kesan buruk pada skill bersosial dan juga berkomunikasi mereka juga.

3. Mak Boleh Berehat Sekejap

Mak dah penat menguruskan rumah mesti tertidur walaupun anak tak nak tidur-tidur. Tapi, dengan busy book nie, tak perlu risau lagi.

Kita boleh berehat sebentar, ambil power nap sekejap sementara anak melayan busy book ini. Tapi, sebelum tidur tu, make sure semua benda sekeliling selamat ye.

4. Belajar Selesaikan Masalah

Aktiviti dalam busy book membuat anak kita belajar untuk selesaikan masalah yang sesuai dengan umur mereka. Anak kita akan berfikir macam mana nak selesaikan aktiviti-aktiviti yang kita dah siapkan itu.

5. Perkembangan motor-skill Yang Baik

Aktiviti di dalam busy book termasuklah menggunakan zip, ikat tali, menyepit baju, dan menampal menggunakan velcro. Itu semua membuatkan anak kita belajar menggunakan kebolehan tangan mereka untuk menggunakan bahan-bahan tersebut.

Itu membolehkan anak kita mengembangkan kebolehan motor-skill mereka dengan lebih baik.

6. Belajar Kenal Nombor, Huruf, Bentuk

Kita boleh masukkan aktiviti untuk anak-anak kita kenal huruf, nombor, dan bentuk. Nak masukkan aktiviti kenal alif, ba, ta pun boleh.

Banyak yang kita boleh masukkan dalam busy book tu tau.

7. Yakin Menghadapi Cabaran

Anak-anak memerlukan cabaran untuk meningkatkan keyakinan mereka. So, bila mereka dapat selesaikan aktiviti-aktiviti dalam busy book tu, mesti la diorang happy kan? Habis tu, habis satu kampung diorang cerita tentang kejayaan mereka tu.

Lepas tu, bagilah cabaran apa pun, mesti anak kita boleh buat!

8. Kurang Agresif

Yang penting, dengan busy book, anak kita kurang agresif macam main handphone ataupun gadget. Gadget membuatkan anak kita macam ketagih, dan kalau tak dapat mereka akan keep on minta. Bila tak dapat mesti mereka mengamuk.

Tapi, dengan busy book, mereka akan lebih tenang.

9. Berkeyakinan Untuk Berkomunikasi dengan orang lain

Anak yang boleh selesaikan masalah-masalah, akan buat mereka lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang ramai.

Kita bercakap dengan anak semasa mereka selesaikan busy book. Anak pun akan belajar cara berkomunikasi dengan orang juga.

10. Kerjasama

Bila anak kita main busy book dengan adik beradik yang lain, mereka akan team up untuk selesaikannya. Jadi, kita boleh nampak mereka belajar untuk bekerjasama antara satu sama lain.

.

Inilah bestnya buat busy book untuk anak-anak kita. Kita nak kurangkan penggunaan gadget untuk anak-anak, kita kenalah sediakan alternatif yang menarik untuk anak kita. Kalau kita tak bagi alternatif, nanti anak kita mengamuklah bila tak dapat gadget kesukaan mereka.

So, selamat mencuba mummy-mummy semua.

nota kaki: Jangan cari Syu untuk tempah busy book tau. Syu tak jual. Tak cantik pun busy book yang Syu buat tu. Syu jual Shaklee je. Kalau nak cari suplement Shaklee, jangan segan untuk contact syu terus ye šŸ™‚

.

Love,

Syu Amir

Mak Nak Kurangkan Gadget Pada Anak

0192198621

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.